X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Tahajjud Dalam Bahasa Rumi Yang Ringkas, Jadi Pelengkap Solat Sunat Tahajjud

5 min bacaan
Doa Tahajjud Dalam Bahasa Rumi Yang Ringkas, Jadi Pelengkap Solat Sunat Tahajjud

Doa tahajjud yang ringkas dan dalam bahasa rumi boleh dijadikan panduan untuk anda menunaikan ibadah ini dengan lebih sempurna

Solat sunat tahajjud dilakukan tiada had rakaat. Ia sebenarnya mengikut kesanggupan dan kemampuan seseorang, dengan setiap dua rakaat satu salam. Untuk jadikan solat sunat tahajjud lebih sempurna, amalkan doa tahajjud yang ringkas ini.

Jika dirasakan berat melakukan solat dengan rakaat banyak, memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a –

Doa Tahajjud Rumi Yang Ringkas Berserta Maksud

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya. Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa tahajjud berikut :

doa tahajjud jakim

Doa Tahajjud Rumi:

‘Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq

AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billah’

Doa Tahajjud Dan Maksudnya:

Ya Allah, bagi Mu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
▪︎Bagi Mu lah segala puji, Engkaulah yang benar, Engkaulah yang benar, janji Mu adalah benar, perjumpaan Mu itu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
▪︎Ya Allah, kepada Mu lah aku berserah diri, kepada Mu lah aku kembali, kepada Mu lah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum.
▪︎Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
▪︎Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Cara Melaksanakan Solat Tahajjud

Doa tahajjud rumi

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas tidur dan sebelum subuh. Berikut adalah tatacara ringkas melaksanakan Solat Tahajjud:

  1. Niat: Mulakan dengan niat dalam hati untuk menunaikan Solat Tahajjud.
  2. Takbiratul Ihram: Membaca “Allahu Akbar” selepas niat memulakan solat.
  3. Bacaan Surah: Baca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Ikhlas pada rakaat pertama, dan Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua.
  4. Rukuk, Sujud, dan Tashahhud: Lakukan gerakan rukuk, sujud, dan tasyahhud seperti dalam solat biasa.
  5. Salam: Akhiri solat dengan salam.

Selain itu, anda juga boleh membaca solat Tahajud selepas selesai solat. Waktu yang paling baik untuk melaksanakan Solat Tahajjud adalah pada tengah malam, kira-kira sepertiga malam sebelum subuh.

Cara Istiqamah Solat Sunat Tahajjud

  • Minta Allah tolong kejutkan sebelum tidur, solat taubat tambah witir dan minta,” Ya Allah, tolong kejutkan hamba bangun Tahajjud.”
  • Minum air sebanyaknya.
  • Tidur sebelum pukul 11.00 malam. Kalau betul mahu urusan kita Allah selesaikan. Hajat kita Allah makbulkan. Belajarlah untuk  tidur awal.
  • Jaga pandangan mata, banyakkan bacaan Quran. Hafaz surah Al Muzammil, surah yang khas mengenai bangun malam.
  • Banyakkan istighfar. Ini kerana Tahajjud ini adalah kurniaan Allah pada orang yang terpilih. dengan orang yang bangun Tahajjud.
  • Mulakan solat tahajjud secara sikit sikit dulu. Jangan terlalu drastik. 2 rakaat dulu. Seminggu sekali dulu. Buat 15 minit dulu sebelum masuk subuh. Jadikan ia kebiasaan dahulu. Lepas dah seronok, baru upgrade.

Kelebihan Solat Sunat Tahajjud

solat sunat tahajjud

Solat malam atau Solat Tahajjud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan hubungan kita dengan Allah.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
– Hadis riwayat Abu Daud –

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Lima kurniaan di dunia ialah:

  1. Jauh daripada segala penyakit.
  2. Lahir kesan taqwa pada wajahnya.
  3. Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia.
  4. Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan).
  5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

  1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
  2. Dipermudahkan hisab.
  3. Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat.
  4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya,

“Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” – Hadis Riwayat Muslim –

Jika ibu ayah mencari tudung atau hijab untuk anak perempuan yang masih kecil, mungkin boleh beli yang begini. Senang untuk digayakan.

Semoga bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Viral Media Malaya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Baca juga: Suami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal Bahagia

Baca juga: Terasa Rezeki Sempit Dan Tertekan? Cuba Amalkan Doa Dhuha Ini Setiap Hari, Mudahan Pintu Rezeki Terluas Tak Disangka, Jiwa Tenang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Doa Tahajjud Dalam Bahasa Rumi Yang Ringkas, Jadi Pelengkap Solat Sunat Tahajjud
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham