6 Doa Banjir Yang Boleh Diamalkan Agar Dilindungi Dari Musibah & Banjir Segera Surut

Doa banjir boleh diamalkan selalu bagi memohon perlindungan dari Allah S.W.T dari sebarang musibah dan supaya banjir cepat surut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Disebabkan oleh perubahan monsun yang berlaku, setiap hujung tahun negeri di pantai timur, utara dan Sabah sering dilanda banjir besar. Justeru bagi umat Islam, anda disaran untuk mengamalkan doa banjir agar seisi keluarga dilindungi daripada sebarang bahaya.

Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 21 November 2023. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung serta Sabah. 

Doa Banjir Dan Hujan Lebat

Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan. MET Malaysia telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Sabah berkuat kuasa sehingga 20 November.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga 21 November 2023.

Apabila berdepan dengan musim banjir, mereka yang tinggal di kawasan rendah amat berisiko dan perlu berpindah dengan segera.

Selain menyelamatkan diri dan dokumen penting, ada beberapa doa banjir yang boleh anda serta seisi keluarga amalkan bagi memohon perlindungan daripada sebarang kemudaratan akibat banjir.

Berikut kami senaraikan doa ketika banjir yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’Harun di Facebook miliknya: 

#1. Doa Untuk Alihkan Banjir

Nabi Muhammad SAW pernah berdoa atas permintaan seorang lelaki yang bertemu dengan baginda agar ALLAH menghentikan hujan. Ini kerana harta benda, jalan-jalan, tanam-tanaman dan haiwan ternakan banyak yang rosak dan binasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Maka Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya: “Ya ALLAH! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya ALLAH! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” Riwayat al-Bukhari.

Maka berhentilah hujan dan keluarlah matahari. Sebahagian ulama menulis faedah doa ini bahawa secara adabnya kita berdoa agar ALLAH SWT mengalihkan hujan ini ke tempat-tempat lain kerana hujan itu membawa rahmat dan keberkatan.

#2. Doa Ketika Hujan 

Selain itu, terdapat sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya berkaitan doa ketika turunnya hujan. Daripada Aisyah R.anha berkata, ketika Rasulullah SAW melihat hujan, baginda berdoa:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksudnya: “Ya ALLAH, Engkau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” Riwayat al-Bukhari

Sungguh, dalam keadaan getir dan sukar ini, mari sama-sama panjatkan doa dan bermunajat memohon rahmat dan pertolongan daripada Allah SWT.

#3. Doa Memohon Pertolongan Allah 

Daripada Anas bin Malik, dia berkata, “Nabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Maksudnya: ”Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan).” (HR Tirmidzi, hadis hasan)

#4. Doa Ketika Kesulitan

Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan baginda membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: “Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.” (HR Muslim, hadis sahih)

#5. Doa Elak Banjir Berlarutan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Selain itu, umat Islam juga boleh mengamalkan doa elak banjir daripada berlarutan sebagaimana yang sempat dibacakan Nabi Nuh AS. Doa ini dibacakan ketika banjir menyerang kaum yang tidak mahu mendengar ajaran nabi,

Doa elak banjir dilihat di Al-Qur’an surat Hud ayat 44.

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Wa qīla yā arḍubla’ī mā`aki wa yā samā`u aqli’ī wa gīḍal-mā`u wa quḍiyal-amru wastawat ‘alal-jụdiyyi wa qīla bu’dal lil-qaumiẓ-ẓālimīn

Maksudnya: “Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim”. (Surah Hud: 44)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Imam Ibn Katsir Rahimahullah berkata: “Allah Taala memberitahu bahawa sesungguhnya dia, apabila telah tenggelam warga bumi melainkan mereka yang berada di atas kapal, mengarahkan bumi supaya menelan airnya yang telah keluar daripadanya dan berhimpun di atasnya, dan langit untuk berhenti daripada terus menurunkan hujan.”
Rujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim (4/323)

Berdasarkan ayat di atas, ayat ini menunjukkan perbuatan Allah Taala mengarahkan bumi dan langit untuk menyurutkan banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh.

Ini juga menunjukkan kehebatan dan keagungan Allah Taala sebagai Pentadbir Hakiki bagi bumi dan langit sedangkan kekufuran manusia itu tidak sedikit pun menggugah kebesaran Allah Taala. (sumber rujukan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

#6. Doa Ketika Hujan

Merujuk kepada portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara doa yang pernah dilazimi oleh Rasulullah SAW ketika hujan turun adalah:

  • Doa Ketika Hujan Semakin Lebat

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآ كَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya ALLAH, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya ALLAH, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

  • Doa Ketika Hujan Berhenti 

مُطِرْناَ بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ

“Kami diberi hujan kerana kurnia dan rahmat ALLAH.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Elak Memandu Kereta Ketika Banjir, Kalau Terdesak Cuba Cara Ini

Baca juga:  Doa Hujan Lebat & Angin Kencang Bagi Mengelakkan Banjir Atau Bencana Alam

Baca juga: Rumah Gelap Gelita & Air Cecah Leher, Ibu Ini Lalui Detik Hitam Banjir Bersama Bayi 6 Bulan