X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Rumah Gelap Gelita & Air Cecah Leher, Ibu Ini Lalui Detik Hitam Banjir Bersama Bayi 6 Bulan

27 Dec, 2021
Rumah Gelap Gelita & Air Cecah Leher, Ibu Ini Lalui Detik Hitam Banjir Bersama Bayi 6 Bulan

Banjir di Malaysia yang berlaku di bahagian Selangor dan Pahang tahun 2021 ini dianggap terburuk sehingga menjejaskan ramai penduduk

Banjir di Malaysia yang berlaku baru-baru ini telah meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk yang terjejas. Mereka bukan sahaja diuji dengan kehilangan harta benda, malah ada juga hilang ahli keluarga tersayang.

Tidak dinafikan banjir pada tahun 2021 kali ini terjadi di negeri Selangor dan Pahang adalah terburuk, yang rata-ratanya mengatakan ia tidak pernah berlaku sepanjang 30 tahun menetap di sana.

Banjir di Malaysia beri pengalaman yang menakutkan

pengalaman banjir

Memandangkan segalanya berlaku dengan sangat pantas dan tidak terjangka, ramai mangsa tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga dan berpindah ke pusat pemindahan banjir sehelai sepinggang.

Seorang wanita yang juga ibu kepada dua orang anak, Suriyani Mokhtar, 34 anak telah menceritakan pengalaman pahit yang dilaluinya apabila nyawa berada di hujung tanduk dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3.

Pada tarikh 18 Disember 2021, dia bersama bayi berusia 6 bulan terperangkap dalam kediaman mereka di Taman Karak Indah, Pahang. Air banjir yang mencecah hingga ke paras leher benar-benar menakutkan.

Ramai berasa sebak dan tidak menyangka begitu teruk pengalaman banjir di Malaysia yang dilalui olehnya.

Ibarat diberikan nyawa yang kedua 

Ketika kejadian, dia mengatakan suaminya tiada di rumah kerana masing-masing bekerja berlainan negeri sejak dua tahun yang lalu. Anak sulungnya pula bersama di Terengganu bersama suami.

”Saya bunyi sesuatu macam ada tekanan air. Ketika itu, di luar memang gelap dan air sudah penuh. Ia masuk ikut celah pintu dan tingkap dengan begitu laju sehingga mencecah ke paras pinggang.”

banjir tahun 2021

”Saya ambil kotak plastik sebab saya tengok ia terapung. Saya campak keluar semua barang yang ada didalamnya dan saya letak anak dalam bekas tu.” ceritanya.

Dalam pada itu, dia juga sempat menghantar pesanan bersuara kepada suami dan meminta maaf.

”Tolong, tolong ya Allah. Air makin tinggi. Tolonglah selamat anak, ya Allah. Tolong selamatkan anak saya je. Tolong, baby saya je, yang lain saya tak fikir.”

”Minta ampun bang, ampunkan mama dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Abang tolong ye ampunkan mama. Takde orang selamatkan mama bang, takde orang.” 

Dalam waktu yang getir, Suriyani terpaksa menjunjung anaknya selama 4 jam kerana keadaan air ketika itu sangat laju dan deras naik sehingga mencecah ke paras leher. 

Mengimbau kembali detik hitam, mereka ibarat berada di tengah-tengah lautan. Tiada siapa dapat membantu. Suriyani mula memujuk bayinya untuk sama-sama menutup mata seolah-olah mereka bersedia ditenggelami air banjir.

”Adik tutup mata, Mama pun tutup mata. Mama rasa inilah takdir kita berdua. Memang tiada orang lain boleh selamatkan kita. Abah pun takde, orang lain pun takde.”

masalah banjir di malaysia

”Saya rasa anak faham situasi masa tu. Dia peluk saya erat, dia tutup mata. Saya tak sangka anak umur enam bulan boleh buat macam tu.” kongsinya.

Pada ketika itu dia redha dengan ketentuan Ilahi dengan doa yang tidak putus-putus dipanjatkan. Dia bersyukur takdir masih menyebelahinya. 

Tanpa diduga, entah daripada mana dua orang anggota bomba tiba untuk menyelamatkan mereka. Bagaikan mati hidup kembali, pengalaman banjir di Malaysia ini pastinya akan terpahat selamanya dalam ingatannya.

Persediaan menghadapi banjir: Jangan tunggu air memasuki rumah 

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Pantai Timur, pastinya kejadian banjir adalah kebiasaan kerana kerap berlaku pada hujung tahun. Namun bagi kawasan tertentu, pastinya ia adalah sesuatu tidak terjangka. Lebih-lebih lagi bagi anda yang tinggal di kawasan bandar.

Stories Rakan Kongsi
Becoming Financially Savvy By Maximising Financial Knowledge
Becoming Financially Savvy By Maximising Financial Knowledge
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
7 simple facts about poop every parent should know
7 simple facts about poop every parent should know

Berikut beberapa tips sebagai persediaan untuk menghadapi banjir:

  • Sentiasa peka dan dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Ketahui pusat pemindahan yang terdekat.
  • Simpan dokumen penting di dalam bekas kalis air ataupun plastik zip log. Bersedia menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Jika mendapat arahan untuk berpindah, segera melakukannya tanpa anda menunggu air masuk ke dalam kediaman.
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat. Elakkan melalui kawasan banjir kerana arus deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh kerana ia boleh menyebabkan aliran elektrik.
  • Bawa air minuman di dalam botol atau makanan yang boleh tahan lama
  • Cas powerbank secukupnya

Sumber: Youtube TV3 Malaysia, Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terperangkap Di Tingkat Atas Sewaktu Banjir, Dua Bayi Comel Ini Tenang Ketika Diselamatkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Rumah Gelap Gelita & Air Cecah Leher, Ibu Ini Lalui Detik Hitam Banjir Bersama Bayi 6 Bulan
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.