Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan

Selepas berikhtiar, amalkan doa dan niat dalam hati untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga keberkatan doa dimakmulkan Tuhan Yang Satu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak merupakan anugerah yang tak ternilai dari Yang Maha Esa. Tapi kalau sampai sekarang anda, pasangan atau mana-mana ahli keluarga tidak dikurniakan cahaya mata, pasti kalian ingin tahu doa cepat hamil secara Islam, kan?

Pemberian yang ditunggu lama oleh pasangan suami isteri dengan disertai doa cepat hamil secara Islam boleh diamalkan supaya rahim lekat dengan denyutan jantung bayi.

Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan doa cepat hamil secara Islam yang boleh anda amalkan. Doa cepat hamil secara Islam ini dikongsi rakan artis di laman Instagram mereka.

Jom amalkan bersama! 

Doa cepat hamil secara Islam, perkongsian Adam Corrie 

Siapa tak kenal dengan pelakon Adam Corrie yang begitu terkenal dengan aksi ngeri dan lakonan babak ganas yang sering ditampilkan dalam kaca tv. 

Kini, hampir sedekad berumah tangga bersama isteri tercinta, Adam Corrie akhirnya dikurniakan cahaya mata.

Ternyata rezeki tak salah alamat apabila doktor mengesahkan isteri Adam Corrie disahkan hamil setelah menjalani rawatan seperti pcos, cyst, endometriosis dan tiub tersumbat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa yang diamalkan dari awal perkahwinan sebagai doa cepat hamil secara Islam ialah dengan mengamalkan doa dari Nabi Zakaria iaitu:

” Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

Kemudian jika kita baca sirah Nabi Zakaria, Insyaallah kita akan faham tentang apa itu rezeki, ujian dan kasih sayang dari Allah S.W.T. 

Inilah doa cepat hamil secara Islam yang sering diamalkan Adam Corrie dan isterinya. Alhamdulillah, Allah perkenankan permintaan mereka dan bakal melahirkan bayi comel tak lagi. Tahniah! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa cepat hamil secara Islam dikongsikan oleh isteri Saharul Ridzwan, Deena Emir 

Isteri pelakon Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir juga tidak ketinggalan untuk berkongsi doa cepat hamil secara Islam di laman Instagramnya. 

Ketika kehamilan masuk usia lima bulan, Deena Emir berkesempatan melakukan ibadah umrah bersama suami tercinta, Saharul Ridzwan. Di sana, Deena berdoa dan bersyukur dengan zuriat dalam kandungannya itu. 

Menurut Deena, sepanjang melakukan umrah, bayi dalam kandungannya dalam keadaan baik dan tak banyak ragam. Alhamdulillah umrahnya berjalan lancar, tawaduk dan sempurna. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Ketika berada di wad bersalin, Deena juga mengamalkan doa ini:

Lailahailaanta subhanakainni kuntumminazolimin. Bermaksud Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang zalim

Selain doa cepat hamil berikut, doa ini juga dibaca untuk proses kelahiran berjalan sempurna. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Denna juga berkongsi doa ini supaya kesejahteraan bayi dalam kandungan sentiasa terpelihara olehNYA. 

Selain doa cepat hamil secara Islam, ibu juga perlu amalkan pemakanan yang sihat 

Akan tetapi, doa sahaja tidaklah mencukupi. Wanita-wanita yang ingin hamil juga perlu menjaga dan mengamalkan pemakanan yang sihat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya seperti:

  1. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protein kerana ia rendah lemak dan kurang kalori seperti telur, kacang almond, susu dan daging ayam. 
  2. Makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan salmon, sardin, tuna dan telur. 
  3. Untuk segera hamil, ibu juga perlu banyak makan karbohidrat untuk tambah tenaga seperti roti gandum dan beras perang. Kandungan vitamin B, antioksidan dan zat besi membantu reproduksi dalam keadaan subur.
  4. Makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi supaya dapat tingkatkan kualiti telur seperti bayam, daging, ikan dan banyak lagi.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan anda. Amin! 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Instagram 

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdoa-cepat-bersalin