Suhu badan anak yang tinggi sewaktu demam boleh menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa, sebagai ikhtiar ibu bapa boleh membacakan doa demam panas untuk menyejukkan badan anak yang panas.
Menerusi perkongsian Ustazah Nazirah Abd Rahim di Facebook, beliau telah berkongsi beberapa doa dan ayat yang boleh ibu bapa bacakan kepada anak yang boleh dibuat di rumah dengan mudah.
Isi Kandungan
Doa yang boleh diamalkan ketika anak demam panas
Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I pernah berkata yang diriwayatkan dalam hadis Bukhari.
“Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota Makkah, tiba tiba aku diserang demam”.
Kemudian ibnu Abbas berkata: “Sejukkanlah dengan air Zam-zam kerana Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkanlah ia dengan air. Atau dengan air Zam-zam” (H.R Al-Bukhari)
Untuk melegakan demam panas anak, ambillah air atau air zam zam sekiranya ada dan bacakan doa-doa pada air dan pada anak. Tiup ubun-ubun anak dan tiup pada air. Jadikan air penawar tersebut sebagai air mandian selepas asar hingga maghrib.
Paling baik jika anda menjadikan air penawar tersebut sebagai bilasan akhir dan sehingga panas sudah habis.
Terdapat juga beberapa doa demam panas yang ibu ayah boleh amalkan untuk dijadikan sebagai penawar.
1. Surah Al Fatihah
Dirujuk sebagai ummu Al Quran, surah Al Fatihah sangat bermanfaat untuk dijadikan amalan sebagai ikhtiar perubatan.
2. Selawat syifa’
Selawat syifa sangat dikenali sebagai selawat yang memuji Rasulullah dan merupakan selawat yang meletakkan kedudukan Rasulullah sebagai penyembuh dan penawar penyakit.
3. Doa penyejuk demam
Bacakanlah doa penyejuk demam ini kepada anak anda dan niatkan agar anak anda cepat sembuh.
4. Ayat demam
Bacakan juga doa ini untuk membantu meredakan demam panas anak daripada terus berlarutan.
Demam panas anak yang berlarutan perlulah dirawat dengan segera sekiranya suhu demam menjadi terlampau tinggi. Ini kerana sekiranya dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
Penawar yang paling baik adalah dengan doa dan ikuti nasihat perubatan. Amalkanlah doa-doa yang telah dikongsikan ini agar penyakit yang dialami oleh anak mudah sembuh dengan izinNya.
5. Doa demam panas Nabi Ibrahim
Alhamdulillah dgn izin Allah demamnya reda dgn cepat, kebiasaannya demam 2-3hari tanpa ubat (kami memang tak bagi ubat pada baby, cuma kerapkan penyusuan baby setiap kali demam)
Doa ni adalah doa Nabi Ibrahim semasa dibakar oleh Raja Namrud.
Sebagai tambahan Ustaz Hafiz juga menyarankan membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq.
Ada sekali tu baby Mikhael terkena demam masa umur baru 4bulan, tetiba terlintas nak mencuba
Tatacara bacaan:
*Baca surah Al-Fatihah (40x jika tak mampu, baca cuma 7x jika masih tak mampu cukuplah dibaca 1x)
*Baca surah Al-Ikhlas
*Baca surah An-Nas
*Baca surah Al-Falaq
*Baca surah Al-Anbiya’ ayat 69
Remedi turunkan demam panas anak di rumah
Selain mengamalkan doa demam panas seperti di atas, bolehlah mencuba remedi semulajadi untuk turunkan demam panas anak di rumah.
1. Mandi air suam
Mandikan anak dengan air suam boleh jadi salah satu cara yang berkesan untuk menghilangkan demam panas dengan cepat.
Kalau tak nak mandi, boleh jerlum badan anak dengan air suam terutamanya di kawasan yang mempunyai suhu tinggi seperti bawah lengan dan celah peha.
Elakkan mengelap badan anak dengan air sejuk kerana suhu yang terlampau sejuk akan membuatkan badan anak menggigil.
Ia akan meningkatkan lagi rasa panas disebabkan badan ‘terkejut’ dengan suhu air tersebut.
2. Makan hidangan sup
Menikmati hidangan sup ketika demam panas membantu menguatkan imuniti badan dan membuatkan badan cepat sembuh dari demam. Ini kerana bahan dan rempah ratus yang dimasak sekali dengan sup memberi kesan positif dan bertindak balas terhadap mikrob asing yang menyerang sel tubuh badan.
3. Minum air yang banyak
Cara yang paling mudah untuk hilangkan demam adalah dengan memberikan anak minum air kosong yang banyak. Minum sekurang-kurangnya 4oz bagi bayi berusia 6 bulan dan ke atas. Demam akan membuatkan badan anak mudah untuk dehidrasi.
Jadi, pastikan anda memantau suhu badan anak sepanjang masa bagi mengelakkan mereka kekurangan banyak tenaga.
Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga bermanfaat kepada anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Doa Bayi Baru Lahir Yang Ringkas Agar Terhindar Gangguan & Membesar Dengan Sihat
Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan
Baca juga: Anak Lambat Bercakap? Amalkan 2 Doa Untuk Anak Cepat Bercakap Ini Setiap Hari