Doa Hari Arafah Adalah Waktu Paling MUSTAJAB, Ambil 1 Jam Sahaja Lepas Asar Nanti

Doa hari Arafah adalah waktu yang paling mustajab. Rebutlah peluang ini untuk memohon keampunan dan rahmat daripada Yang Maha Esa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun tidak berkesempatan untuk melakukan ibadat Haji pada tahun ini, anda masih boleh memanjat doa hari Arafah kerana ia dikatakan paling mustajab. Rebutlah waktu ini untuk mendoakan kesejahteraan diri sendiri, ahli keluarga dan kenalan terdekat agar dimakbulkan oleh Allah S.W.T 

Waktu Wukuf Di Mekah / Malaysia

Tentu semua umat Islam tahu bahawa amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT.

Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Waktu wukuf di Arafah bermula pada 9 Zulhijjah, Ahad (16 Jun 2024) bermula jam 5.22 pm hingga 12.04 am Isnin (17 Jun) mengikut waktu Malaysia.

Bagi yang berada di Malaysia, puasa sehari sebelum iaitu pada Sabtu (15 Jun 2024) adalah puasa hari Tarwiyah, manakala puasa pada Ahad (16 Jun 2024) dikira puasa Arafah.

12.22 pm – 7.04 pm (Mekah)
5.22pm – 12.04 am (Malaysia)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlukah untuk kita samakan waktu kita berdoa dengan waktu wukuf di padang Arafah itu?

Menurut hadis Nabi s.a.w, Nabi s.a.w tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada Hari Arafah.

Jadi, bagaimanakah mentafsirkan hari Arafah?

Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Bermaksud, sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah doa mustajab.

Adapun bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sabda Nabi s.a.w:

الحج عرفة
Maksudnya: “Haji itu (berwukuf) di padang Arafah.”

Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

Zikir Nabi SAW Semasa Hari Arafah

Sebaik-baik doa dan zikir yang boleh diamalkan adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Himpunan Doa & Zikir Yang Boleh Dibacakan Pada Hari Arafah / Wukuf (Waktu Mustajab Doa)

Banyak kelebihannya berdoa pada hari Arafah. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Makasudnya: Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Antara doa dan zikir yang boleh dibacakan pada hari arafah adalah seperti yang berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Zikir Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari ‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Barangsiapa yang membaza zikir ini 100 kali dalam sehari, maka ganjaran pahala diberikan seperti membebaskan 10 orang hamba, ditetapkan baginya 100 kebaikan dan dijauhkan daripadanya 100 keburukan dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang.

Dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini”. (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Doa Penyerahan Diri 

Daripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata, kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْكَ مَآبِي وَلَكَ رَبِّ تُرَاثِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

3. Sayyidul Istighfar

Daripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu.

Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. – Hadis Riwayat Bukhari.

Doa Wukuf / Hari Arafah

Wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing.

Mereka boleh berdoa sepanjang tempoh tersebut berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing tanpa mengehadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu.

Bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu.  Ini kerana tiada dalil khusus yang mengehadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Tips Mengisi 330 Minit Wukuf Di Arafah:

Manfaatkan waktu dan tempat di mana jemaah haji berhenti di Padang Arafah untuk berdoa, berzikir, dan merenung. InsyaAllah mustajab doa berganda-ganda.Berikut adalah beberapa tips untuk mengisi waktu wukuf di Arafah dengan sebaik-baiknya:

1. Niat & Berdoa

Mulakan dengan niat yang ikhlas untuk beribadah kepada Allah dan berdoa untuk mendapatkan keampunan, hidayah dan rahmat Allah.

2. Membaca Al-Quran 

Membaca surah-surah dari Al-Quran sambil menghayati maknanya dan cuba kaitkan dengan kehidupan sendiri untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam. 

3. Perbanyakkan Zikir & Istighfar

Amalkan zikir-zikir yang disunatkan seperti “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, “Allahu Akbar”, dan “La ilaha illallah” serta perbanyakkan istighfar mohon keampunan daripada Allah SWT atas segala dosa yang telah dilakukan. 

4. Membaca Doa Khusus dan Umum

Buat senarai doa khusus untuk diri sendiri, keluarga, dan orang lain. Mintalah apa saja yang diinginkan, baik di dunia mahupun akhirat. 

Jangan lupa berdoa untuk kesejahteraan umat Islam seluruhnya, keamanan dunia, dan kesihatan rohani dan jasmani.

5. Menjaga Adab

Sentiasa menjaga adab dan berakhlak mulia sepanjang masa. Praktikkan kesabaran dan keikhlasan dalam setiap perbuatan dan ucapan serta elakkan mengata atau melakukan perkara yang mengganggu ketenteraman dan kesucian wukuf. 

Manakala, bagi mereka yang tidak pergi haji boleh menggantikannya dengan berpuasa pada hari berkenaan. Nabi S.A.W bersabda:

ثَلاثَةٌ لا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ..

Maksudnya: ”Tiga doa yang tidak akan ditolak Allah (bermaksud sangat mustajab) iaitu doa seorang pemimpin yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi..”

Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab insyaAllah.

Harian Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 Cabaran Berpantang Pada Hari Raya, Bertabahlah Wahai Ibu, Jaga Makan Okey!

Baca juga: Rezeki Dapat Tunai Haji Di Usia Muda, Berkat Ibu Konsisten Buat Potongan Gaji Setiap Bulan

Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak Secara Online, Mudah Boleh Daftar Haji Sekali!