Puasa dengan cuaca panas yang bahang ini membuatkan terasa lebih haus dan cepat lapar. Apatah lagi jika bekerja di bawah terik matahari. Berikut merupakan beberapa doa agar tidak haus saat puasa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan.
Isi Kandungan
Doa Agar Tidak Haus Saat Puasa
اَلَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِي وَ الَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَ يَسْقِيْنِي وَ إِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْن
Alladzii khalaqanii fahuwa yahdiinii, walladzii huwa yuth’imunii wayasqiinii.
Maksudnya: “Allah yang menciptakan saya, Dia yang memberi petunjuk kepada saya, dan Dia yang memberi makan dan minum kepada ku.”
Doa Hilangkan Haus
ٱللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلْجُوْعِ، فَإِنَّهُ بِئْسَ ٱلضَّجِيْعُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلْخِيَانَةِ، فَإِنَّهَا بِئْسَةُ ٱلْبِطَانَةِ
Allahumma ini adalah audzubika minal ju’i fa innahu bi’sad dhaji’. Wa audzubika minal khiyanati fainnaha bi’satil bithanah.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada lapar, kerana ia merosakkan perut, dan aku berlindung kepada-Mu daripada perbuatan khianat, kerana ia merosakkan peribadi.”
Doa Supaya Tidak Haus Saat Puasa
ٱللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ فَإِنَّهَا لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ
Allahumma inni as aluka min fadhlika wa rahmatika fa innahu la yamlikuha illa anta
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kurnia dan rahmat, kerana hanya Engkau yang memilikinya.
Baca Surah Al-Kautsar, Hilang Lapar & Dahaga
Terdapat juga surah yang boleh diamalkan supaya tidak cepat haus dan lapar ketika berpuasa iaitu Surah Al-Kautsar.
Surah pendek yang mengandungi 3 ayat ini diturunkan di Makkah dan membawa maksud sungai di syurga. Ini berdasarkan riwayat Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW berkata sebaik sahaja sampai akhir surat.
“Tahukah kalian apa itu al-Kautsar? Dia adalah sebuah sungai yang berada di syurga yang Allah SWT berikan kepadaku dan padanya terdapat banyak kebaikan. – Hadis Riwayat Al-Imam Ahmad.
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Caranya, setiap kali bersahur, ambil segelas kosong. Minum seteguk kemudian berhenti sambil membaca surah al-Kautsar dan sambung minum air tadi sebanyak tiga teguk.
Jangan mengambil apa-apa minuman atau makanan selepas itu. Atau, boleh juga dibaca sambil gosokkan ke leher. Mudah-mudahan dengan izin Allah hilang rasa dahaga dan lapar.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM
Baca juga: 6 Waktu Berdoa Paling Mustajab Di Bulan Ramadhan, Saat Inilah Mohon Hajat & Keampunan!
Baca juga: Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!