Bila susu ibu berlebihan dan tersumbat akan terjadinya masalah bengkak susu. Biasanya apa yang kita lakukan adalah melakukan urutan sambil itu ibu amalkan juga doa hilangkan ketulan di payudara jika kerap berlaku.
Doa ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan segala bengkak yang terjadi pada anggota badan Ia termasuklah bengkak kelenjar, ketumbuhan, bengkak gusi, kaki, mata dan sebagainya.
Doa Hilangkan Ketulan Di Payudara
Sebelum memulakan bacaan doa, jadi apa yang anda perlukan ialah:
- Istighfar sebanyak 3 kali
- Selawat ke atas Nabi sebanyak 10 kali
- Membaca surah Al-Fatihah 1 kali
- Ayat Kursi sekali
Kemudian diikuti dengan doa surut bengkak seperti di bawah. Anda boleh pejam mata semasa membaca doa ini sambil bayangkan Allah mengecutkan bengkak, mematikan akar dan menyembuhkan segala luka.
Walaupun ia bukanlah salah satu penyakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital, tetapi jika tidak dibiarkan ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu.
Selain berdoa, anda juga boleh cuba beberapa cara hilangkan ketulan di payudara disebabkan bengkak susu adalah:
- Tuam atau basahkan payudara dengan air suam bagi melancarkan susu ibu.
- Mandi dengan air panas dengan air dihalakan pada payudara sambil lakukan urutan secara membulat.
- Tetapkan rutin penyusuan bayi selama 2-3 jam sekali.Ia membantu mengosongkan payudara. Jika bayi sedang tidur, ibu boleh mengepam susu tersebut.
- Sewaktu bengkak, ibu boleh memerah susu dengan tangan (marmet). Cara ini membantu mengeluarkan susu tersumbat dengan mudah.
- Amalkan tuam ais atau air suam sebelum dan selepas menyusukan bayi.
- Pakai bra menyusu supaya lebih selesa dan saluran penyusuan tidak tersumbat.
Bukan semua jenis ketulan yang dialami adalah adalah ketulan kanser payudara. Sesetengah ketulan yang terbentuk akan menghilang dalam masa yang singkat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya – Jom Kenali Tanda-Tandanya!
Baca juga: Bengkak Susu Selepas Bersalin: Punca Payudara Sakit, Cara Urutan Bengkak Susu & Ubat Bengkak Susu
Baca juga: Payudara Besar Sebelah Masa Menyusu Badan? Ibu Boleh Atasinya Dengan 6 Cara Ini!