Amalan membaca doa majlis ringkas sebagai pembuka atau penutup sudah menjadi kebiasaan di mana-mana majlis keraian. Adakalanya individu akan dipanggil di saat akhir untuk membaca doa di khalayak ramai menandakan majlis akan bermula.
Doa sebagai pembuka acara juga merupakan adab yang dituntut dalam agama islam agar majlis berjalan dengan lancar, diberkati-Nya dan dijauhkan dari bala bencana. Bagi yang tercari-cari doa majlis ringkas dan mudah untuk dibacakan, dikongsikan bacaan doa sesuai untuk semua majlis.
Kita juga digalakkan sentiasa berdoa kerana boleh jadi mana-mana doa yang dibaca pada bila-bila masa akan diangkat dan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Doa Pembuka Majlis 1
Maksudnya:
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami.
Doa Pembuka Majlis 2
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،
وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
Maksudnya:
Ya Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar
Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya Allah
Kurniakanlah ilmu kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat
Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa
Doa Pembuka Majlis 3
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ
Maksudnya:
Ya Allah Ya tuhan kami. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu. Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim, dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi jabatan kami.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan. Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan. Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut. Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
Doa Pembuka Majlis 4
Bacaan doa majlis ringkas ini boleh dibacakan sebagai pembuka majlis dan boleh dijadikan sebagai amalan doa pendinding dan pembenteng diri dari kejahatan dan bala bencana.
Ya Allah, sesungguhnya kami meminta perlindungan dan kami simpankan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta, dan segala sesuatu yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah, jadikan kami dalam pemeliharaanMu, keamananMu serta perlindunganMu dari syaitan yang derhaka, keterpaksaan yang menyimpang dari mata gelap, kezaliman dan kejahatan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah hiasilah kami dengan kesihatan dan keselamatan dan tetaplah kami dengan ketakwaan dan keteguhan hati dan jauhkanlah kami dari kejahatan besar yang menyesatkan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar atas segala permohonan.
Ya Allah, ampunilah kami, orang tua kami, anak-anak kami, guru-guru kami, saudara-saudara seagama, sahabat-sahabat kami, siapa yang menyayangi kami untuk mendapatkan redhaMu dan siapa yang berbuat baik kepada kami dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, orang Islam lelaki dan perempuan.
Ya Allah, berilah rahmat serta salam atas hamba dan utusanMu, junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.
Dan limpahkan rezeki kepada kami dan diikuti dengan kesempurnaan mengikutinya zahir dan batin, kesihatan dan keselamatan dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih.
Dan Semoga Allah selalu melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.
Ya Tuhan kami, terimalah doa kami. Sesungguhnya Engkau mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Janganlah Engkau mengira kesalahan dan jenayah kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
Dan akhiri doa-doa mereka (orang yang beriman) adalah segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Semoga doa majlis yang ringkas ini dapat memberikan kelancaran dan keberkatan dalam majlis yang dilangsungkan pada masa yang terdekat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Ini Untuk Anak Mudah Dengar Kata, Pintar & Dijauhkan Zina