X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sukar Menghafaz Al-Quran Atau Mengingati Pelajaran? Amalkan Doa Mudah Menghafal Dan Amalan Memperkuatkan Ingatan Ini

5 Sep, 2023
Sukar Menghafaz Al-Quran Atau Mengingati Pelajaran? Amalkan Doa Mudah Menghafal Dan Amalan Memperkuatkan Ingatan Ini

Bagi anda yang sedang menghafal boleh mengamalkan membaca doa mudah menghafal ini dan mengamalkan beberapa tips yang dikongsikan.

Setiap orang tentunya mempunyai kemampuan untuk menghafal yang berbeza-beza, ada yang mudah sekali untuk menghafal dan ada pula yang sukar untuk menghafal jadi bagi anda yang sedang menghafal namun terasa sukar untuk mengingatinya padahal sudah bekerja keras agar mampu untuk menghafal, boleh mengamalkan membaca doa mudah menghafal ini.

Amalan Mudah Menghafal

doa mudah menghafal

Sebelum mengetahui bacaan doa mudah menghafal, anda juga boleh mengikuti tips supaya mudah menghafal yang diambil dari sebuah kitab yang menjadi rujukan bagi para pencari ilmu iaitu Ta’lim Muta’alim karya Syekh Zarnuji.

Berikut merupakan tips dan amalan mudah menghafal berdasarkan kitab Ta’lim Muta’alim:

1. Kurangkan makan

2. Rajin solat pada waktu malam (tahajud)

3. Perbanyakkan membaca al-Quran.

4. Ketika memegang al-Quran atau kitab yang hendak dihafalkan, bacalah doa: “ Bismillahi wa subhanallahi wal hamdulillahi wa laa ilaha illallahu wallahu akbar wa la haula wa la quwwata illa billahiil ‘aliyyil ‘azhimil ‘azizi ‘alim ‘adada kulli harfin kutiba wa yuktabu abadal abidina wa dahrad dahirin.”

5. Baca doa ini setiap selesai solat fardu: “ amantu billahil wahidil ahadil haqq wahdahu la syarikalahu wa kafartu bima siwahu.”

6. Perbanyak membaca selawat Nabi.

7. Amalkan minum madu

8. Menjauhi perkara maksiat

Bacaan Doa Untuk Menghafal

Doa mudah menghafal

Bacaan doa mudah menghafal berikut ini diambil daripada Kitab Perukunan Melayu Besar yang sebahagian besar isinya merupakan karya Syekh Muhammad Arsyad Banjar.

Ini bacaan doa untuk mudah menghafal yang boleh anda amalkan setiap hari :

فَفَهَّمْنَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِيْنَ يَا حَيُّ، يَا قَيُّوْمُ، يَا رَبَّ مُوْسَى وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ، وَيَا رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةَ وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Fafahhamnā Sulaimāna, wa kullan ātaynā hukman wa ‘ilman, wa sakhkharnā ma‘a dāwūdal jibāla yusabbihna wat thayra, wa kunnā fā‘ilīn. Yā hayyu, yā qayyūmu, yā rabba Mūsā wa Hārūn, wa rabba Ibrāhīm, way ā rabba Muhammadin shallallāhu ‘alayhi wa sallama ‘alayhim ajma‘īn. Allāhummarzqniyal fahma, wal ‘ilma, wal hikmata, wal ‘aqla, bi rahmatika, yā arhamar rāhimīn.

Maksudnya :

“Kami memberikan pemahaman kepada Sulaiman. Setiap dari mereka Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu. Kami tundukkan gunung dan burung kepada Dawud. Mereka bertasbih. Kami lah yang melakukan itu semua. Wahai zat yang hidup, wahai zat yang tegak, wahai Tuhan Musa, Harun, Tuhan Ibrahim, wahai Tuhan Muhammad SAW. Ya Allah, karuniakan aku pemahaman, ilmu, kebijaksanaan, dan akal dengan rahmat-Mu wahai zat yang maha pengasih.”

Doa Menghafal Seperti Yang Diajarkan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW turut mengajarkan doa untuk mudah menghafal al-Quran kepada Ali bin Thalib yang boleh diamalkan setiap hari.

اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ مَا لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَى النَّحْوِ الَّذِي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عَنْ قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تَغْسِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لَا يُعِينُنِي عَلَى الْحَقِّ غَيْرُكَ وَلَا يُؤْتِيهِ إِلَّا أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Bacaan rumi:

Allaahummarhamnii bitarkil ma’aashii abadan maa abqaitanii. War hamnii an atakallafa maa laa ya’niinii, warzuqnii husnan nazhari fiimaa yurdhiika ‘annii.
Allaahumma badii’as samaawati wal ardhi dzal jalaali wal ikraam, wal ‘izzatil latii kaa turaamu. As-aluka yaa allaahu, yaa rahmaanu bi jalaalika wa nuuri wajhika an tulzima qalbii hifzha kitaabika kamaa ‘allamtanii, warzuqnii an atluwahu ‘alan nahwilladzii yurdhiika ‘annii.

Allaahumma badii’as samaawaati wal ardhi, dzal jalaali wal ikraam, wal ‘izzillatii laa turaam, as-aluka yaa Allaahu, yaa Rahmaanu bi jalaalika wa nuuri wajhika an tunawwira bikitaabika basharii wa an tudhliqa bihi lisaanii, wa an tufarrij bihi ‘an qalbii, wa an tasyrah bihi shadrii, wa an taghsil bihi badanii. fainnahu laa yu’iinunii ‘alal haqqi ghairuka, wa laa yu`tiihi illaa anta, wa laa haula wa laa quwwata illaa bika al ‘aliyyil ‘azhiim.

Maksudnya:

“Ya Allah, rahmatilah aku untuk meninggalkan kemaksiatan selamanya selama Engkau masih menghidupkanku, dan rahmatilah aku untuk tidak memberatkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat bagiku, berilah aku rezeki berupa kenikmatan dan perkara yang mendatangkan keredhaanMu.

Ya Allah, wahai pencipta langit dan bumi, wahai Dzat yang memiliki keagungan, kemuliaan dan keperkasaan yang tidak mungkin boleh dicapai oleh makhluk. Aku memohon kepadaMu ya Allah, wahai Dzat yang Mahapengasih, dengan kebesaran-Mu dan cahaya wajah-Mu agar mengawasi hatiku untuk menjaga kitab-Mu

Stories Rakan Kongsi
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!

Sebagaimana Engkau telah mengajarkannya kepadaku, dan berilah aku rezeki untuk sentiasa membacanya hingga membuat-Mu redha kepadaku.

Ya Allah, Pencipta langit dan bumi, Dzat yang memiliki kebesaran, kemuliaan dan keperkasaan yang tidak mungkin diinginkan oleh makhluk.
Aku memohon kepada-Mu ya Allah, wahai Dzat yang Maha Pengasih, dengan kebesaranMu dan cahaya wajah-Mu agar Engkau menyinari hatiku dan membersihkan badanku,

Sesungguhnya tidak ada yang dapat membantuku untuk mendapatkan kebenaran selain Engkau, dan juga tidak ada yang memberikan kebenaran itu selain dengan izni-Mu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”

Doa agar tidak mudah lupa

Memetik penjelasan Ahmad Zacky El-Syafa dalam Buku Panduan Doa dan Zikir Keselamatan Ratibul Haddad, doa agar tidak mudah lupa yang boleh dibaca ialah:

يَا قَيُّوْم فَلَا يَفُوُتُ شَيْءٌ مِنْ عِلْمِهِ وَلَايَئُودُهُ

Bacaan rumi:

Yaa ‘allaamal ghuyub falaa syaiun yafuutuhu min ‘ilmihii min ‘ilmihi wala yaudhu.

Maksudnya:

“Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib, maka tidak ada sesuatu pun yang luput dari pengetahuan-Nya dan semua itu tidak menyusahkan-Nya.”

Demikian itulah beberapa doa untuk mudah menghafal berserta tipsnya. Semoga dengan mengamalkan doa agar tidak mudah lupa ini dapat memberikan kelancaran dalam menghafal.

 

Dream Co

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 5 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini

Baca juga : Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

Baca juga : Nak Tidur Pun Perlu Baca Doa, Ada Lebih Baiknya Juga Diikuti Dengan Doa Bangun Tidur Selepas Lena Semalaman

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sukar Menghafaz Al-Quran Atau Mengingati Pelajaran? Amalkan Doa Mudah Menghafal Dan Amalan Memperkuatkan Ingatan Ini
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham