Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

Amalan doa musafir akan menjamin keberkatan, keselamatan serta keamanan kerana musafir itu sebahagian daripada kesusahan yang perlu ditempuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda doa musafir yang tepat dan betul dengan terjemahan dan bahasa ruminya bagi kemudahan dalam membaca.

Dari segi bahasa, maksud musafir mengikut Kamus Dewan Bahasa Pustaka beerti orang yang masih dalam perjalanan, orang yang berpergian atau pengembara.

Menurut istilah pula, musafir itu bermaksud seseorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah atau 81 KM. 

Dalam Islam, kita digalakkan untuk melihat dunia dengan kaca mata yang berbeza dan menyelami kehidupan manusia lain yang hidupnya jauh berbeza dengan kita.

Di dalam surah al-Hujurat ayat 13 dirakamkan penciptaan manusia yang dijadikan daripada pelbagai bangsa dan suku untuk kita semua saling kenal-mengenali. Anjuran ini sekaligus menggalakkan kita untuk keluar bermusafir dan mengenali kelainan yang ada pada manusia lain.

Adab Ketika Bermusafir

Kerana itu anjuran bermusafir ini tidak hanya datang dengan galakan sahaja, malah islam telah menggariskan beberapa adab yang kita boleh amalkan semasa kita dalam pengembaraan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Perjalanan dengan niat yang baik.
  2. Menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar daripada rumah.
  3. Menyediakan bekalan dan persediaan yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
  4. Membaca doa menaiki kenderaan.
  5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.
  6. Memulakan perjalanan pada waktu malam.
  7. Meminta dan mendoakan orang yang bermusafir.
  8. Membelikan buah tangan kepada keluarga di rumah

Doa Musafir

Berikut adalah penjelasan lengkap mengenai doa musafir yang boleh anda amalkan

Doa Bermusafir Ringkas

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Rumi: Subhanallazi sakkharalana haza wama kunna lahu muqrinin wa inna ila rabbina lamunqolibun

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa Bermusafir Lengkap

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى
وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى
اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا
وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ
اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ
وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْل

Rumi: Allahumma inna nas aluka fi safarina hazal birro wattaqwa Waminal ‘amali ma tardho Allahumma hawwan ‘alaina safarona haza wadhwi ‘anna bu’dahu Allahumma antasso hibu fissafari wal kholi fatu fil ahli Allahumma inna au’zubika min wa’sa issafari Wakabatil man zhor wasu il mun qolabi fil mali wal ahla

Maksudnya: “Ya Allah! Kami mohon kepada Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai.

Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami. Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan).

Ya Allah! Aku mohon berlindung daripada Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 5 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : 5 Doa Banyakkan Susu Ibu - Jika Diamal Selalu, Susu Pasti Akan Lebih Lancar

Baca juga : Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi