Doa Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, yang salah satunya adalah manfaat menjauhkan kesusahan atau bencana.
Disebabkan zikir ini, Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Yunus, membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya.
Isi Kandungan
Doa Nabi Yunus
Berikut adalah bacaan doa Nabi Yunus Jawi:
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Doa Nabi Yunus Rumi: Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin.
Maksud: Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim. (QS Al-Anbiya’ 87).
Kisah Disebalik Doa Ini
Nabi Yunus AS atau nama sebenar beliau ialah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang nabi yang diutus oleh Allah kepada kaumnya.
Baginda berdakwah kepada kaumnya dan membimbing mereka ke jalan kebenaran namun tidak ada seorang pun yang beriman kepada Allah.
Baginda Marah Dan Meninggalkan Kaum
Lalu baginda berasa marah dan meninggalkan kaumnya yang degil itu dan menaiki sebuah kapal. Semasa di tengah laut, kapal yang dinaiki Nabi Musa dilanda badai lalu untuk mengelakkan kapal karam, mereka mengundi untuk mencampakkan nama yang terpilih ke dalam laut.
Setelah tiga kali undian dibuat, Nabi Yunus terpilih lalu baginda dicampakkan ke dalam laut. Sebaik sahaja dicampakkan ke dalam laut, baginda telah ditelan oleh seekor ikan paus lalu dibawa ke dasar lautan yang dalam dan gelap.
Pada mulanya Nabi Yunus menyangka baginda telah mati namun apabila tersedar baginda masih hidup lantas nabi Yunus mula menangis dan bertasbih kepada Allah dengan menyebut:
“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin”
Maksudnya: Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang yang zalim.
Ikan yu berenang sangat jauh dan tertidur di dasar lautan.
Menurut sejumlah pendapat Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus selama 40 hari. Setelah 40 hari lamanya berzikir dan berdoa kepada Allah SWT.
Allah menurunkan perintah kepada ikan itu supaya membawa baginda ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau. Nabi Yunus terselamat kerana baginda tidak henti-henti bertasbih kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas.
Kelebihan Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus memiliki pelbagai kelebihan, antaranya:
1. Doa Dan Hajat Dimakbulkan
Bagi yang mempunyai hajat atau keinginan, zikir Nabi Yunus ini amat sesuai diamalkan. Dengan izin Allah, setiap doa dan permintaan yang dipanjatkan melalui doa ini akan dimakbulkan.
2. Terhindar Dari Kesusahan
Jika sedang diuji dengan kesukaran, amalkan doa ini dengan kerap. Allah akan memberi jalan keluar dan melepaskan pembacanya daripada kesusahan yang menimpa.
3. Memudahkan Proses Bersalin
Bagi ibu yang menanti waktu kelahiran disarankan membaca doa ini bagi memudahkan proses bersalin serta memastikan keselamatan ibu dan bayi.
4. Urusan Harian Berjalan Lancar
Doa ini juga dianjurkan untuk dibaca sambil memohon agar segala urusan harian berjalan lancar. Mereka yang mengamalkannya akan merasakan kemudahan dalam pelbagai urusan.
5. Menjauhkan Musibah
Mengamalkan doa ini setiap hari dapat menjauhkan kita daripada sebarang bala dan musibah yang tidak diingini.
Bilakah Waktu Sesuai Amal Zikir Nabi Yunus
Waktu yang sesuai untuk membaca doa atau zikir Nabi Yunus adalah pada waktu-waktu yang dianggap lebih berkesan untuk berdoa, seperti selepas solat Subuh.
Selain itu, terdapat kepercayaan bahawa mengucapkan zikir Nabi Yunus sebanyak 40 kali boleh memberikan manfaat yang lebih besar. Antara waktu-waktu berdoa yang dianggap lebih berkesan adalah:
- Ketika hujan turun
- Ketika berbuka puasa
- Pada sepertiga malam terakhir
- Selepas solat wajib
- Pada hari Jumaat
Dengan demikian, membaca doa Nabi Yunus pada waktu-waktu tersebut diharapkan dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada umat Islam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Doa Demam Panas Yang Ibu Ayah Boleh Amalkan Sebagai Ikhtiar Turunkan Suhu Badan Anak
Baca juga : Doa Nabi Sulaiman Dapat Tundukkan Haiwan, Usir Jin Dan Mohon Kelancaran Rezeki
Baca juga : Amalkan Doa Masuk Rumah Dan Adab-Adab Lain, Rumah Terhindar Dari Gangguan