TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Amalkan Doa Masuk Rumah Dan Adab-Adab Lain, Rumah Terhindar Dari Gangguan

25 Dec, 2023
Amalkan Doa Masuk Rumah Dan Adab-Adab Lain, Rumah Terhindar Dari Gangguan

Sebagai orang Islam, kita dianjurkan supaya membaca doa masuk rumah supaya dapat mengelakkan daripada anasir-anasir buruk.

Sebagai seorang muslim, kita dianjurkan supaya membaca doa masuk rumah supaya segala urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Pernah dengar ungkapan “Rumahku, Syurgaku” ataupun dalam bahasa Inggeris, “Home Sweet Home”? Rumah merupakan tempat kediaman untuk berlindung dan tempat tinggal kita yang selesa.

Kita perlu sedar bahawasanya manusia bukan satu-satunya makhluk yang diciptakan Allah di atas muka bumi ini. Sesungguhnya, kita sama-sama berkongsi alam. Hanya sahaja Allah SWT menghijabkan pandangan mata manusia dari melihat ciptaanNya yang lain.

Malah, dalam Islam setiap perkara yang kita lakukan mempunyai aturan, tertib atau adab-adab dan juga doa-doanya. Lantaran itu, sebagai muslim apa pun yang sedang kita lakukan atau usahakan, selitkanlah ianya dengan doa untuk memohon pertolongan dan perlindungan Allah dan juga sebagai tanda kita mensyukuri nikmat-nikmat kurniaan-Nya.

Selain itu, jika doa masuk rumah ini sering diamalkan juga, ianya dapat menghindarkan diri kita dari gangguan jin atau makhluk halus yang berkeliaran di luar rumah kita.

Antara amalan sebelum masuk rumah :

1. Memberi salam

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Nabi Muhammad S.A.W. menggalakkan umatnya untuk memberi salam sebelum masuk dalam rumah meskipun tiada sesiapa di dalam. Ini bertujuan untuk menghindari syaitan daripada masuk bersama kita serta menghalau makhluk lain yang mungkin menumpang atau menghuni di dalam rumah.

Jabir bin ‘Abdillah R.A. pernah mendengar nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Jika seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah S.W.T. ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata, ‘Tidak ada tempat bermalam bagi kamu semua dan tidak ada makanan di sini.’ Jika seseorang masuk tanpa mengucapkan nama Allah, maka syaitan berkata, ‘Kamu semua telah mendapat tempat untuk bermalam.’ Jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan berkata, ‘Kamu semua telah mendapat tempat untuk bermalam dan makanan’.” (Hadis Riwayat (HR) Muslim, XIII / 190 nombor 5230)

2. Membaca Bismillah

Baca Bismillah sekali dan selawat nabi 1 kali. Kemudian tiup ke arah atas pintu rumah sebelum keluar dan sebelum masuk ke dalam rumah.

InsyaAllah dijauhi godaan jin fasik, iblis dan syaitan serta dimurahkan rezeki kita seharian.

3. Baca doa masuk rumah

Seperti mana kita tahu, jika pulang rumah terlalu lewat risau ada yang ‘ikut’. Jadi, dianjurkan untuk membaca doa sebelum masuk rumah seperti di bawah.

اَللهُمَّ اِنّىْ اَسْأَلُكَ خَيْرَالْمَوْلِجِ وَخَيْرَالْمَخْرَجِ بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللهِ رَبّنَا تَوَكَّلْنَا

“Allahumma inni as-aluka khoirol mawlaji wa khoirol makhroji, bismillahi walajnaa wa bismillahi khorojna wa ‘alallahi robbinaa tawakkalnaa”

4. Masuk kaki kanan

Setelah membaca doa, langkah masuk ke dalam rumah menggunakan kaki kanan seperti yang disunatkan di dalam Islam.

5. Mandi

Bila dah masuk rumah, jangan terus tidur! Buka pakaian dan letakkan di dalam raga baju kotor. Kemudian, segara mandi membersihkan diri agar dihindari daripada gangguan makhlus halus.

6. Menunaikan solat

Jika anda tidak sempat menunaikan solat ketika berada di luar, segera tunaikan solat sebelum tidur.

InsyaAllah dengan izinNya, tiada sebarang gangguan atau makhluk yang ikut anda. Bila berada di luar, jangan lupa baca doa pelindung diri juga ya.

Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Cara Jana Pendapatan Dengan Mudah, Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Buatkan Anda Berminat Untuk Cuba!

Baca juga : Nak Tukar Mood Baru Pada Ruang Kediaman? Serahkan Sahaja Pada Yang Pakar, Jom Tengok Harga Cat Rumah Terkini

Baca juga : Langkah Keselamatan Anak Di Luar Rumah, Ibu Ayah Ajarkan Mereka Tentang Stranger Danger

Stories Rakan Kongsi
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Amalkan Doa Masuk Rumah Dan Adab-Adab Lain, Rumah Terhindar Dari Gangguan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham