Terdapat banyak sebab untuk anda mengecat semula dinding rumah anda sama ada anda mahu menutup kecacatan pada ruang, ingin menyembunyikan contengan anak-anak anda, ataupun anda ingin memberikan mood baru kepada ruang anda tanpa mengeluarkan kos yang banyak seperti membeli perabot baru atau kelengkapan rumah yang lain, namun tahukah anda anggaran harga cat rumah?
Apabila bercerita tentang mengecat semula, ramai yang menganggap ia adalah kerja yang mudah dan kebanyakannya terkejut apabila mengetahui harga cat rumah di sekitar Lembah Klang.
Namun sebenarnya, harga perkhidmatan mengecat rumah di Malaysia masih dianggap pada kadar berpatutan. Anda boleh meminta kontraktor cat anda untuk mencipta kesan-kesan berlainan sebagaimana yang diperlukan.
Anda boleh DIY dan mengecat dinding serta siling anda sendiri tetapi ia akan menjadi sebuah projek yang besar jika anda tiada masa atau bimbang cat tumpah atau comot di sana sini. Tugas ini menjadi lebih rumit kalau anda mahu mencipta kesan dan tekstur cat yang istimewa.
Kenapa Perlu Guna Perkhidmatan Profesional Untuk Mengecat Rumah?
Sebab utama anda perlu menggunakan perkhidmat profesional ialah untuk menjimatkan masa. Mengecat semula kediaman anda boleh mengambil masa yang lama malah jika anda melakukannya sendiri, anda perlu melakukannya dari satu bilik ke bilik yang lain dan mengosongkan setiap bilik sebelum itu.
Tetapi dengan perkhidmatan daripada kontraktor cat, anda mendapat kumpulan pengecat yang boleh melakukan tugas itu dalam masa yang lebih singkat.
Selain itu kerja mengecat boleh dilakukan dengan lebih pantas kerana mereka mempunyai kelengkapan dan tahu teknik mengecat yang betul.
Mahukah anda mengeluarkan wang untuk membeli tangga, tarp, tiang panjang, penggelek, alat penyembur, penampal dinding dan plaster, berus dan banyak lagi alatan lain hanya untuk membuat kerja yang cuma dilakukan sekali sahaja untuk setiap beberapa tahun?
Selain itu, perkhidmatan mengecat profesional tahu bagaimana hendak menggunakan teknik yang betul bagi memastikan cat rumah anda kekal lebih lama. Ini termasuklah menyediakan dinding dan siling terlebih dahulu dan meletakkan primer serta bahan tampal yang betul.
Anggaran Harga Cat Rumah
Untuk dinding dalaman serba putih menggunakan cat emulsi ICI Maxilite
Maxilite secara umumnya dianggap sebagai cat putih dalaman serba guna. Biasanya digunakan untuk siling. Ia juga boleh digunakan untuk dinding bagi penyediaan lapisan asas warna putih. Jenama lain termasuk Nippon Matex dan Jotaplast oleh Jotun.
Harganya bermula dari:
- Dalaman (Dinding sahaja): RM2.20 per kaki persegi
- Dalaman (Dinding dan siling): RM2.20 per kaki persegi
- Luaran: RM2.80 per kaki persegi
Berdasarkan kepada maklumat di atas, kos mengecat asas untuk pangsapuri pada purata 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi akan bermula dari RM3500.
Jika anda mahu cat putih yang lebih premium seperti Nippon Easy Wash, harga dinding dalamannya boleh meningkat sehingga RM2.50 kaki persegi. Jika anda berniat untuk menggunakan dua warna di rumah anda (sebagai contoh, menggunakan warna yang berbeza pada dinding utama), harganya bermula dari RM2.80 kaki persegi.
Untuk dinding serba putih di luar menggunakan Dulux Weathershield
Dulux Weathershield adalah pilihan biasa untuk dinding luar. Produk lain termasuklah Nippon Weatherbond dan Jotun Jotashield.
Walau bagaimanapun, dinding luar hampir selalu akan memerlukan lapisan bahan tampal untuk digandingkan dengan cat. Menyapu bahan tampal sebelum mengecat membantu cat untuk melekat pada dinding dengan lebih baik.
Harga juga boleh pelbagai kerana cat luar perlu menimbang faktor-faktor lain dengan melihat kepada ketinggian rumah, sama ada kita perlukan kelengkapan keselamatan dan perancah kerana keadaan dinding mungkin memerlukan jet air. Dengan kata lain, harga untuk cat dinding luar boleh bermula dari RM5 hingga RM6 per kaki persegi.
Upah Yang Setimpal Dengan Perkhidmatan
Anda bukan sahaja membayar upah mengecat tetapi biasanya telah merangkumi servis-servis lain seperti dinyatakan di bawah;
- Jika kediaman tersebut berpenghuni, pasukan akan menolong mengeluarkan perabot sebelum kerja bermula
- Selepas perabot dikeluarkan, mereka akan menutup lantai dan perabot terbina dalam untuk melindunginya daripada percikan cat
- Bagi memastikan sisi yang sama rata, mereka akan melekatkan bingkai pintu dan tingkap dengan pita perekat semasa mengecat dinding dan siling. Begitu juga dengan dinding di sekeliling bingkai. Ia juga dilekatkan dengan pita perekat supaya bingkai boleh dicat.
- Jika lekapan-lekapan lampu tidak boleh ditanggalkan, contohnya lampu ke bawah yang dibina ke dalam siling plaster kotak L. Mereka juga akan melekatkan pita perekat di sekelilingnya sebelum mengecat. Satu alternatif untuk mengelakkan mengecat lampu secara tidak sengaja adalah dengan melonggarkannya sedikit supaya ia tergantung dari siling bersama kordnya. Ini akan membolehkan penggelek dan berus untuk mengecat di bawah cahaya.
Secara umumnya, cat dalaman untuk kediaman berkeluasan 1,200 kaki persegi boleh mengambil masa kira-kira 2 sehingga 3 hari jika rumah tersebut kosong.
Jumlah masa akan bertambah jika kediaman itu berpenghuni memandangkan perabot yang ada perlu dikeluarkan sebelum kerja bermula.
Tugasan lain yang akan menambah masa tambahan adalah menanggalkan cat yang ada, meratakan dinding, atau mengenakan lapisan. Anda juga perlu memberikan masa untuk primer atau lapisan bahan tampal untuk mengering sebelum menyapu lapisan cat yang sebenar.
Jadi kalau kena dengan bajet anda, guna sahaja perkhidmatan seperti ini. Tak memeningkan kepala, pantas dan hasilnya pun nanti memuaskan hati!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Rumah Wangi Dan Menyegarkan, Cuba Wangian Rumah DIY Ini, Mudah Dan Murah Sahaja!
Baca juga : Pencuci Lantai Rumah DIY, Hanya Guna Bahan Di Dapur, Confirm Berkesan & Selamat Untuk Si Kecil
Baca juga : Rumah Sejuk Tanpa Pasang Aircond, Wanita Kongsi Cara Bajet Hadapi Cuaca Panas
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!