X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rumah Sejuk Tanpa Pasang Aircond, Wanita Kongsi Cara Bajet Hadapi Cuaca Panas

3 May, 2023
Rumah Sejuk Tanpa Pasang Aircond, Wanita Kongsi Cara Bajet Hadapi Cuaca Panas

Keadaan cuaca yang terlalu panas sekarang membuatkan orang ramai mula mencari alternatif untuk menjadikan rumah lebih sejuk dan selesa.

Tidak dinafikan dengan cuaca yang terlalu panas sekarang membuatkan kita berada dalam keadaan tidak selesa dan memerlukan ruang yang sejuk.

Adakalanya sepanjang hari kita ‘berperang’ dengan rasa panas membahang dan adakalanya hujan pula turun sepanjang hari tanpa diduga-duga. 

Buat mereka yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk menggunakan penyaman udara di rumah ketika hari panas namun bukan semua orang berkemampuan jadi masing-masing cuba mencari alternatif lain yang lebih murah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, Sapiah Mamat yang berkongsi kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium bubble foil.

Menurutnya, dia tinggal berdekatan dengan laut dan rumahnya pula jenis teres rapat-rapat menyebabkan tidak banyak angin boleh masuk ke rumah kerana tingkap tidak banyak.

“Tingkap depan ada satu dan tingkap dapur ada satu, jadi panasnya memang terasa berbahang seawal jam 9 pagi dah terasa bahang, biasanya. Kalau malam pula jangan cerita, tidur pasang dua kipas pun masih berpeluh. Kalau mak datang duduk ngan kak Piah, selalu mengeluh cakap panas..panas..
 
“Tapi selepas siap pasang aluminium bubble foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond,” kongsinya.

Ujarnya, dia hanya membeli aluminium bubble foil di Shopee yang berharga tidak sampai RM300 tetapi sudah boleh membuatkan kediamannya nyaman tidak berbahang.

Katanya juga, aluminium bubble foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekali gus menjadikan rumah lebih nyaman.

“Sewaktu tukang pasang bumbung rumah, elok letak aluminium bubble foil tu dulu sebelum pasang siling rumah.

“Tapi oleh sebab rumah kak Piah ni dah siap, dah duduk ‘bersauna’ berbelas tahun dah, jadi terpaksalah tampal dari dalam rumah sahaja,”kongsinya lagi.

Selain itu, antara kaedah lain bagi menjadikan rumah lebih sejuk, anda boleh membeli exhaust fan pada harga kurang RM50 untuk menjadikan suhu dalam rumah lebih terkawal.

Exhaust fan biasanya dipasang pada dapur untuk menyedut haba dan menghilangkan bau.

Fungsi sebenarnya bukanlah untuk menyejukkan, namun pemasangan exhaust fan mampu menyedut keluar haba panas dari kediaman anda.

“Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling saja,” tulis seorang pengguna.

Sapiah Mamat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond

Baca juga : 7 Jenama Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur Dan Ruang Tamu Di Rumah Anda

Baca juga : Tahukah Anda Aircond di Rumah Sebenarnya Tak Selamat & Bahaya Untuk Anak?

Stories Rakan Kongsi
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
How to Raise Healthy & Happy Children, 5 Easy Tips All Parents Must Know
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!
Ini Item Yang WAJIB Ada Dalam Checklist Barang Baby Ke Hospital, Lampin Paling Penting!
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Rumah Sejuk Tanpa Pasang Aircond, Wanita Kongsi Cara Bajet Hadapi Cuaca Panas
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham