X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

8 Jenama Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur Dan Ruang Tamu Di Rumah Anda

Aircond adalah pembelian untuk kegunaan jangka masa panjang. Jadi, anda harus buat keputusan bijak dengan memilih jenama aircond terbaik yang sesuai dengan saiz bilik, jimat elektrik dan dengan teknologi terkini!

Tinggal di negara yang bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun, pelaburan untuk jenama aircond terbaik adalah penting. Ini adalah kerana, boleh dikatakan setiap hari aircond yang ada di bilik tidur atau ruang tamu itu akan terpasang sekurang-kurangnya selama lima hingga lapan jam setiap hari. 

Jadi, anda harus pastikan jenama aircond terbaik yang anda pilih itu adalah jenis yang tahan lasak dan mudah untuk diselenggara!

Apakah Fungsi Aircond?

Aircond atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai penghawa dingin atau pendingin hawa ialah satu alat elektrik yang digunakan di rumah atau premis komersil untuk menurunkan suhu dalam bilik. 

Cara aircond menurunkan suhu ialah dengan menyedut haba atau udara panas di dalam rumah, melalui cooling coil dan udara yang lebih sejuk dilepaskan semula ke dalam rumah. Haba atau udara panas tadi pula akan dilepaskan ke luar rumah.

Selain itu, aircond juga mempunyai fungsi untuk mengurangkan tahap kelembapan udara di dalam sesuatu ruang. Fungsi ini dapat digunakan jika anda memilih tetapan Dry pada alat penyaman udara. Simbol yang biasa digunakan ialah bentuk titisan air.

Dengan satu pembelian, anda akan dapat penyaman udara dan juga dehumidifier! 

Tips Memilih Jenama Aircond Terbaik

Jika ini adalah kali pertama anda hendak membeli penghawa dingin atau pendingin hawa, pastikan anda baca tips kami ini dengan teliti.

  1. Kapasiti aircond - Pastikan saiz aircond itu bersesuaian dengan saiz ruang yang ia akan dipasang. Lebih luas saiz bilik, lebih tinggi kapasiti (HP) aircond yang diperlukan untuk menyejukan ruang itu dengan efisien.
  2. Kadar penggunaan elektrik - Aircond yang menggunakan sistem inverter lebih jimat elektrik berbanding aircond jenis non-inverter. Namun, aircond jenis inverter biasanya lebih mahal. Anda akan nikmati penjimatan berganda pada bil elektrik bulanan kelak.
  3. Jenis aircond - Aircond yang biasa digunakan untuk kediaman adalah jenis split-unit atau cassette. Aircond jenis split unit mempunyai unit indoor yg kurus memanjang yang dipasang di dinding. Manakala aircond jenis cassette pula adalah jenis yang digantung di siling.
  4. Harga - Setiap jenama aircond mempunyai aras harga yang berbeza. Tetapi secara umumnya, lebih besar kapasiti aircond itu bermakna lebih tinggilah harga aircond itu dijual. Semak juga jika harga pembelian unit alat penyaman udara itu termasuk dengan kos pemasangan atau tidak.
  5. Pemasangan dan penyelenggaraan - Cara pemasangan aircond adalah berbeza mengikut jenis aircond (split unit atau cassette) itu. Jadi, pastikan pihak yang anda upah untuk membuat pemasangan atau penyelenggaraan itu memang berpengalaman untuk melakukan kerja-kerja itu.
  6. Tempoh jaminan - Kebiasaannya, tempoh jaminan untuk aircond adalah antara 1 tahun hingga 5 tahun. Sesetengah kedai ada memberi pilihan kepada pembeli untuk tambah tempoh jaminan dengan caj tambahan.

8 Jenama Aircond Terbaik di Malaysia

Bagi membantu anda membuat pembelian yang terbaik, kami kongsikan 8 jenama aircond terbaik untuk anda pasang di rumah anda. 

[product-comparison-table title="Jenama Aircond Terbaik Untuk Rumah Anda"]

Acson 1HP AVO Series Non-Inverter

Jenama Aircond Terbaik Jenis Non-Inverter

Acson adalah jenama penyaman udara untuk kediaman dan premis komersil yang sudah lama ada di pasaran. Acson terkenal dengan produknya yang tahan lasak dan mudah untuk diselenggara. Boleh dikatakan semua syarikat yang menyediakan khidmat baiki dan servis aircond pasti biasa dengan jenama Acson ini.

Aircond dengan kapasiti 1HP ini adalah saiz paling rendah untuk AVO Series Non-Inverter ini. Produk ini sudah mencukupi untuk menyejukkan ruang yang bersaiz kecil hingga sederhana seperti bilik tidur anak atau bilik tidur tetamu.

Apa yang kami suka:

  1. Untuk jenama yang sudah lama di pasaran, harganya tetap berpatutan.
  2. Menggunakan teknologi non-inverter yang tidak terlalu mahal untuk diservis setiap enam bulan.
  3. Hanya perlukan tempoh 20 minit untuk buat bilik terasa sejuk dan nyaman apabila menggunakan mode Turbo.

Acson 1HP AVO Series Non-Inverter

dari Acson

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

York 3HP Johnson Controls Premium DC Inverter

Jenama Aircond Terbaik Dengan Teknologi Inverter

 

 

Aircond York adalah jenama pilihan utama bagi generasi yang sebelum ini. Penulis artikel ini sendiri juga mempunyai pengalaman menggunakan York aircond yang kekal berfungsi dengan baik selama 10 tahun. 

Jika rumah anda mempunyai ruang jenis terbuka, anda hanya perlukan satu unit York aircond 3HP sahaja untuk membuatkan seluruh ruang tersebut sejuk dan nyaman.York aircond ini direka dengan teknologi inverter yang terkenal dengan penjimatan elektrik. Jadi, anda tidak perlu risau untuk biarkan aircond itu terpasang untuk beberapa jam setiap hari.

Apa yang kami suka:

  1. Bil elektrik bulanan yang berpatutan kerana teknologi inverter memang menjimatkan.
  2. Kawasan liputan yang luas kerana bukaan blower yang lebar untuk udara nyaman pergi jauh.
  3. Mempunyai tetapan kelajuan Fan sehingga nombor 5, berbeza dengan aircond jenama lain yang hanya mempunyai kelajuan hingga nombor 3 sahaja.

York 3HP Johnson Controls Premium DC Inverter

dari York

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Haier 2HP Ceiling Cassette Inverter Type Air Conditioner

Jenama Aircond Terbaik Untuk Ruang Siling Tinggi

Berbeza dengan aircond yang tersenarai di atas, Haier aircond ini adalah jenis casette yang perlu dipasang di siling, bukan di dinding.  Aircond jenis ini adalah pilihan yang lebih baik untuk kawasan yang mempunyai siling yang tinggi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kawasan yang tidak mempunyai dinding yang boleh digunakan untuk memasang aircond jenis split-unit.

Yang paling menarik, Haier aircond ini mempunyai fungsi Wi-Fi untuk anda ON/OFF dan tukar tetapan melalui aplikasi khas pada telefon bimbit anda. Jadi, anda boleh ON aircond rumah anda semasa dalam perjalanan pulang dari kerja lagi. 

Apa yang kami suka:

  1. Sesuai untuk siling setinggi antara 4.2 meter hingga 5 meter, ketinggian biasa bagi ruang tangga dan tingkat atas rumah semi-d atau banglo. 
  2. Setiap sisi mempunyai louvre yang boleh dikawal dan tetapan arah berasingan.
  3. Mempunyai rekaan yang nipis dan nampak kemas apabila ditanam dalam siling plaster

Haier 2HP Ceiling Cassette Inverter Type Air Conditioner

dari haier

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Hisense 1.5HP Standard Air Conditioner

Jenama Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur

Hisense aircond mempunyai kelebihannya yang tersendiri, iaitu fungsi self-cleaning pada unit aircond itu sendiri. Dengan adanya fungsi ini, Hisense aircond ini dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama sebelum ia perlu diservis semula.

Alat penyaman udara ini sesuai untuk dipasang di bilik tidur utama dan mana-mana ruang luas yang sedikit tertutup. Dalam tempoh yang sekejap sahaja anda akan dapat berehat dalam bilik yang nyaman.

Apa yang kami suka:

  1. Dapat menurunkan suhu bilik dengan cepat walaupun pada hari yang panas.
  2. Tidak mempunyai bunyi yang terlalu bising walaupun pada tetapan kipas nombor 3.
  3. Tempoh jaminan yang lama iaitu 2 tahun untuk kerosakan biasa dan 5 tahun untuk kompresor.

Hisense 1.5HP Standard Air Conditioner

dari Hisense

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Midea 1.5HP Portable Air Cond

Jenama Aircond Terbaik Jenis Mudah Alih

Midea aircond semakin meningkat popularitinya di kalangan pengguna yang mencari aircond murah untuk rumah mereka. Portable Midea aircond ini mempunyai kuasa 1.5HP dan merupakan pilihan yang bijak untuk digunakan di rumah atau bilik sewa yang bersifat sementara. 

Midea aircond ini tidak memerlukan kerja-kerja hacking untuk dipasang. Sebaliknya, anda hanya perlu pasangkan plug dan letakkan corong untuk udara panas keluar ke arah luar bilik. Semudah itu sahaja!

Apa yang kami suka:

  1. Aircond murah ini sesuai dibeli sebagai simpanan jika aircond utama di mana-mana bilik rosak.
  2. Boleh digunakan di ruang tamu untuk anak-anak tidur siang dengan lebih selesa.
  3. Tidak menyebabkan kenaikan bil elektrik yang ketara walaupun dibiarkan terpasang sepanjang malam.

Midea 1.5HP Portable Air Cond

dari Midea

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Sharp Inverter Aircond 1HP

Jenama Aircond Terbaik Dengan Energy Rating 5 Bintang

Secara umum, Sharp aircond tidak terkenal seperti produknya yang lain seperti TV, mesin basuh atau microwave. Tetapi, yang sebenarnya kualiti Sharp aircond adalah setanding dengan jenama aircond terbaik yang lain.

Penyaman udara dengan teknologi inverter oleh Sharp ini mempunyai energy rating sebanyak 5 bintang. Ini menunjukkan yang aircond ini mempunyai kadar penggunaan elektrik yang sangat efisien. Aircond ini paling sesuai digunakan di ruang yang anda akan biarkan aircond terpasang untuk tempoh yang lama.

Apa yang kami suka:

  1. Dapat menurunkan suhu bilik dengan sangat cepat walaupun dengan tetapan Fan 3 sahaja.
  2. Bunyi aircond dan kompresor yang lebih senyap berbanding aircond jenama lain.
  3. Mampu menyebarkan udara nyaman untuk kawasan terbuka yang luas seperti ruang tamu dan ruang makan yang bersambung.

Sharp Inverter Aircond 1HP

dari Sharp

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Samsung Aircond 1.5HP Inverter Wind-Free Series

Jenama Aircond Terbaik Dengan Aplikasi SmartThings

Lagi satu jenama aircond terbaik dalam senarai ini ialah Samsung air conditioner dengan teknologi inverter jimat elektrik. 

Yang menariknya dengan aircond murah ini ialah anda tidak akan terasa angin sejuk yang dihembus keluar. Udara sejuk yang dikeluarkan adalah lebih halus dan buat ruang terasa nyaman dengan suasana yang lebih senyap dan tenang. 

Selain itu, Samsung air conditioner ini juga datang dengan Tri-Care Filter yang meningkatkan kualiti udara dalam bilik. Semestinya, ini pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah alahan pada habuk dan asthma. 

Apa yang kami suka:

  1. Menggunakan teknologi WindFree yang terkini dan jauh lebih senyap berbanding aircond jenis inverter oleh jenama lain.
  2. Mempunyai reka bentuk yang lebih moden dengan paparan LED.
  3. Samsung air conditioner ini juga boleh dikawal melalui aplikasi SmartThings yang boleh dimuat turun dalam telefon bimbit.

Samsung Aircond 1.5HP Inverter Wind-Free Series

dari Samsung

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Panasonic X-Deluxe Inverter R32 Series Air Cond

Jenama Aircond Terbaik Cepat Sejuk

Aircond inverter jenama Panasonic mempunyai teknologi nanoe™ X yang dapat memberi perlindungan daripada udara yang tercemar serta dapat menghilangkan bau. 

Dengan adanya teknologi ini, peralihan udara di dalam rumah menjadi lebih bersih dan berkesan untuk menghalang penyebaran korona virus.

Selain itu, aircond ini bercirikan kawalan pusat yang mudah dan anda hanya memerlukan peranti mudah alih yang mempunyai aplikasi Comfort Cloud yang mana anda boleh mengawal semua ciri penyaman udara dari jauh, memantau penggunaan tenaga secara komprehensif serta mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.

Menariknya teknologi iAUTO-X pula memberikan 25% penyejukan pantas dengan penggunaan Panasonic Thermal Enhancement Technology (P-TECh).

Teknologi ini membolehkan compressor mencapai frekuensi dengan pantas daripada permulaan sekaligus memberikan penyejukan serta merta walaupun hari yang panas terik. 

Apa yang kami suka:

  1. Teknologi Eco mode dengan kawalan A.I memberikan penjimatan tenaga sehingga 20%.
  2. Udara yang dihasilkan lebih bersih.
  3. Ruang cepat sejuk.

Panasonic X-Deluxe Inverter R32 Series Air Cond

dari Panasonic

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga Jenama Aircond Terbaik di Malaysia

Jenama

Harga (RM)

Acson 1HP AVO Series Non-Inverter

RM1080.00

York 3HP Johnson Controls Premium DC Inverter 

RM2899.00

Haier 2HP Ceiling Cassette Inverter Type Air Conditioner

RM3244.00

Hisense 1.5HP Standard Air Conditioner

RM1059.00

Midea 1.5HP Portable Air Cond

RM1299.00

Sharp Inverter Aircond 1HP

RM1349.00

Samsung Aircond 1.5HP Inverter Wind-Free Series

RM2119.00

Panasonic X-Deluxe Inverter R32 Series Air Cond

RM1849.00

Sebab Wanita Rasa Panas Ketika Mengandung

Semasa hamil terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri ibu dari segi fizikal, emosi, hormon dan mental. Salah satu perkara yang dirasai oleh hampir semua ibu semasa mengandung ialah rasa panas badan hingga buat diri rasa tidak selesa. 

Hal ini terjadi kerana berlakunya perubahan dan ketidakstabilan hormon dalam diri ibu semasa hamil. Selain itu, rasa panas itu juga terjadi kesan daripada badan ibu yang sedang menghasilkan lebih banyak darah untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan. Tambahan lagi, kadar metabolisma ibu yang meningkat semasa hamil juga menyebabkan ibu sering terasa panas semasa mengandung.

Rasa panas ini akan lebih ketara dan mengganggu semasa trimester terakhir. Walaupun tidak selesa ibu harus kekal tenang dan cuba sedaya upaya untuk buat badan kekal selesa dan nyaman.

Tanda Suhu Badan Naik Mendadak Dan Tiba-Tiba Ketika Mengandung

Suhu badan yang naik mendadak boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu alami salah satu tanda suhu badan naik seperti senarai dibawah ini, cepat-cepat ambil tindakan untuk sejukkan badan.

  1. Sakit kepala
  2. Pening dan ringan kepala
  3. Rasa mual
  4. Fikiran menjadi kabur / tidak fokus
  5. Berpeluh teruk
  6. Pitam
  7. Dedar seperti nak demam

Tips Kekal Dingin Ketika Mengandung

Semasa hamil, banyak perkara yang ibu harus ambil perhatian dan lebih berjaga-jaga. Antaranya ialah untuk tidak biarkan suhu badan (core body temperature) naik secara sengaja atau tidak sengaja. 

Untuk kekal dingin dan selesa, ibu boleh ikut dan amalkan beberapa tips mudah ini.

  1. Elakkan daripada memakai cardigan tebal dan baju berlapis semasa hari panas.
  2. Pilih pakaian daripada material kapas yang nipis, tetapi tidak jarang untuk menjaga aurat.
  3. Kurangkan aktiviti outdoor, sebaliknya pilih aktiviti indoor untuk kekal aktif pada hari yang panas.
  4. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan air biasa, bukan air panas.
  5. Banyakkan minum air untuk kekal hydrated.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Bila Ibu Mengandung Demam Panas, Boleh Bahayakan Janin Dalam Kandungan

Baca juga: Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa

Baca juga: Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Bantu Kurangkan Anemia Wanita Hamil

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Najibah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham