Ia adalah satu cabaran untuk terus kekal sejuk dalam cuaca tropika Malaysia, dan seperti yang semua ibu ayah tahu, tiada apa yang membuatkan bayi lebih meragam selain daripada kepanasan dan ketidakselesaan. Ini menyebabkan kedua-dua ibu dan bayi menjadi letih!
Terdapat banyak sebab mengapa ianya penting untuk anda memastikan bayi anda kekal sejuk.
Apabila si kecil anda kepanasan, selain daripada menjadi gelisah dan mudah meragam, dia juga mungkin tidak mahu menyusu. Tangani cuaca panas di Malaysia dengan tip dan panduan ini untuk memastikan bayi anda kekal sejuk.
Keselamatan di bawah terik matahari
Jika bayi anda berusia bawah enam bulan, cara terbaik adalah dengan menjauhkannya dari sinaran matahari.
Bayi pada usia ini mempunyai kulit yang sangat sensitif, yang bermakna ianya mudah untuk dirosakkan oleh sinaran UV yang kuat malah juga terdapat risiko untuk mengalami reaksi alahan terhadap pelindung matahari.
Walau untuk bayi yang sudah sedikit besar sekalipun, ia adalah bagus untuk mereka menjauhi cahaya matahari. Berjaga-jagalah, terutamanya ketika awal tengah hari di mana matahari memancar terik.
Pada usia sebegini, anda harus menggunakan pelindung matahari pada bayi anda, tetapi ia adalah lagi baik untuk anda mencari produk yang direka khas untuk kulit sensitif mereka.
Jika anda mengendong bayi anda dalam carrier bayi, dia juga akan menerima haba badan anda.
Untuk setiap hari yang panas, bawalah kipas tangan atau simpan kain basah yang anda boleh lap pada tangan dan kakinya supaya bayi anda kekal sejuk. Selain itu, berhati-hati dengan berapa banyak lapisan baju yang anda dan bayi anda pakai.
Ini boleh menjadi sukar di Malaysia di mana anda sentiasa bergerak masuk dan keluar dari bilik berpenghawa dingin yang kuat.
Kekal terhidrat
Salah satu perkara yang paling mengecewakan apabila bayi anda tidak mahu berhenti menangis adalah kita tidak mengetahui apa yang mengganggunya.
Adakah dia lapar, dahaga, atau dia mahu ditukar lampinnya? Senarai potensi masalah adalah terlalu panjang!
Untuk bayi yang menyusu badan, anda mungkin perasan yang dia lebih kerap lapar pada hari di mana anda banyak menghabiskan masa di luar.
Untuk bayi yang minum susu botol pula, anda boleh memberinya air sejuk yang telah dimasak sebagai makanan tambahan mereka.
Pantau jumlah lampin basah anak anda dalam sehari. Jika bayi anda kelihatan kurang peka daripada biasa atau mempunyai lampin basah yang sedikit, maka dia mungkin sedang mengalami kesan dehidrasi.
Pakaian nipis
Memakaikan bayi anda pakaian nipis akan membantunya untuk kekal sejuk. Kedua-dua fabrik nipis, seperti kapas, serta pakaian yang sedikit longgar dan berwarna cerah akan membantu memastikan si kecil anda kekal sejuk.
Antara perkara yang ramai ibu bapa terlepas pandang adalah lampin bayi mereka! Kebanyakan lampin adalah besar dan menyimpan banyak haba pada badan si kecil anda.
Semakin ramai ibu bapa di Malaysia yang mencari alternatif nipis seperti Offspring Featherlite Ultra-Thin Diapers yang hanya setebal dua milimeter.
Lampin nipis oleh Offspring ini direka khas untuk bayi di negara tropika. Dengan menggunakan teknologi baru bebas pulpa, Offspring telah mereka lampin paling nipis yang ada di pasaran.
Teras penyerap hiper pada lampin ini boleh menyerap kebasahan dengan sangat cepat, di mana ia penting bagi mencegah iritasi kulit yang boleh menjadi lebih teruk disebabkan kepanasan.
Selain itu, tekstur timbul pada permukaan atas lampin membolehkan pengudaraan yang lebih baik antara lampin dan kulit bayi anda, berbanding lampin-lampin lain.
Kenipisan lampin juga membantu untuk membuang haba daripada air kencing bayi anda, memastikan kulitnya kekal sejuk dan kering.
Lampin Featherlite Ultra-Thin ini juga boleh menyerap 450mL kebasahan (saline). Ia cukup sesuai bagi bayi yang minum susu secara purata untuk memakainya selama 4 ke 6 jam.
Lampin ini boleh didapati dalam kedua-dua bentuk pelekat penutup velkro yang mudah dibuka atau lampin seluar jenis bersarung.
Untuk bayi yang selalu basah, Offspring juga telah menghasilkan Fashion Diapers yang bergaya di mana ia boleh menampung sehingga 750mL.
Layari laman web Offspring untuk mengetahui lebih lanjut atau memesan produk mereka. Anda pasti tidak akan percaya betapa nipisnya lampin mereka sehingga anda melihatnya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!