Doa Naik Kenderaan, Doa Keluar Rumah & Maksudnya – JAKIM

Doa adalah salah satu senjata umat Islam oleh itu kita amat digalakkan memulakan sesuatu perjalanan dengan doa naik kenderaan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai orang Islam, kita digalakkan dan disunatkan untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan tidak kira perjalanan jauh atau dekat.

Doa adalah salah satu senjata atau kekuatan umat Islam. Oleh itu, di dalam Islam sangat dituntut memulakan sesuatu perkara dengan doa sama seperti doa menaiki kenderaan. 

Bacaan Doa Naik Kenderaan

Perlu diingatkan bahawa kenderaan merupakan apa jua jenis pengangkutan termasuklah kereta, motosikal, bot, kapal terbang dan sebagainya. Semua ini tergolong dalam kenderaan. Maka semua ini wajar diamalkan adab yang sama.

Sebelum keluar rumah dan ketika naik kenderaan, kita digalakkan untuk membaca doa ini:

1. Doa Naik Kenderaan

سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبَّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Subhanallazi sakharanalana haaza wama kunna lahu muqriniiina wa inna ila robbina lamun qolinbuuun

Maksudnya: Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa ini berasal daripada dua ayat al-Quran Surah az-Zukhruf ayat 13 hingga 14. Doa ini juga diajarkan oleh Rasulullah menerusi hadis riwayat at-Tirmidzi.

2. Masuk Kenderaan Dengan Kaki Kanan dan Keluar Dengan Kaki Kiri

Rasulullah SAW selalu mendahulukan anggota tubuh sebelah kanan dalam setiap perbuatan Baginda seperti bersuci, bersisir dan memakai sandal.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalkan sunnah ini semampu kita. Kita faham bahawa sesetengah keadaan tidak mengizinkan kita untuk memulakan dengan kaki kanan seperti tempat duduk pemandu bagi kereta.

Bagi mereka yang memandu kereta, tempat duduknya di sebelah kanan kereta. Maka, nak masuk kereta itu nak tak nak mesti dimulakan dengan kaki kiri. Perlu diingatkan, ini sunat sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya memang adat kena dengan kaki kiri, maka gunakan sajalah. Tak perlulah kita menyusahkan diri untuk masuk dengan kaki kanan juga. Islam tidak rigid dan sempit. Amalkan sunnah ini dalam keadaan yang kita mampu.

3. Jaga Keselamatan

Untuk yang menunggang motosikal, hendaklah memakai helmet. Bagi yang memandu kereta, pakailah tali pinggang keledar. Begitulah dengan kenderaan lain. Terdapat satu hadis dalam Sahih Ibnu Hibban yang mengatakan seperti berikut:

Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal? Baginda menjawab: Ikatlah unta itu dan bertawakkallah.

Ada seorang lelaki yang tidak mengikat untanya supaya unta tidak lari atau dicuri orang. Lelaki tersebut bertawakkal sahaja. Biarkan unta terdedah kepada risiko. Ini tidak selari dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah. Kita wajib menjaga keselamatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang paling penting juga, kita kena menjadi realistik. Jangan berfikir di luar logik. Contohnya, memakai serban ketika menunggang motosikal sebagai tanda Allah menjaga kita atau sebagai perisa supaya tak terlibat dalam apa-apa kemalangan. Ini satu cara berfikir yang keliru. Ia bukan masalah serban, tetapi amalan keselamatan kita.

Orang Islam dulu-dulu waktu zaman Rasulullah pun memakai baju besi untuk berperang. Tidak pula mereka memakai jubah dan serban sahaja?

Doa Ketika Keluar Rumah

Sebelum keluar rumah, kita dianjurkan untuk membaca doa seperti ini untuk dilindungi dari bahaya yang tidak diketahui:

Doa 1

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

 Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

Doa 2

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

Doa 3

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Allahumma inni a-‘udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, dari aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain.

Video Bacaan Doa Naik Kenderaan

Jika anda susah nak hafal doa di atas, cuba tonton video Omar & Hana bersama-sama. Video ini juga sangat membantu untuk anak-anak kecil, supaya mereka boleh ingat doa dengan lebih mudah.

Sunnah & Adab Bermusafir

Ini adalah beberapa adab dan amalan sunat yang boleh kita amalkan semasa dalam perjalanan:

  1. Baca doa sebelum naik kenderaan.
  2. Beri keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan.
  3. Hormati orang lain.
  4. Pastikan kebersihan dijaga.
  5. Bersabar dan elakkan kata-kata negatif.
  6. Banyakkan selawat dan zikir semasa dalam kenderaan.
  7. Patuhi peraturan jalan raya – ikut had laju, hormati pemandu lain.
  8. Jangan berebut-rebut semasa naik kenderaan.
  9. Elakkan membawa muatan berlebihan.
  10. Jangan guna telefon ketika memandu.

Tips Keselamatan Sebelum Memulakan Perjalanan

Bagi memastikan keselamatan anda dan kesemua penumpang dalam kenderaan, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti:

  • Pastikan kenderaan yang ingin dipandu dalam keadaan baik dan selamat
  • Pastikan suis elektrik dan semua peralatan elektrik sudah dimatikan dan plug dicabut juga dari soket
  • Simpan semua barang yang berharga
  • Nyalakan lampu rumah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 5 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini

Baca juga : Selalu Dipanggil Untuk Baca Doa Di Depan Orang Ramai?Ini Doa Majlis Ringkas Untuk Dibacakan

Baca juga : Panduan Zikir & Doa Mudah Bersalin Yang HARUS Bakal Ibu Amalkan Selalu

Penulis

Nursyamimi