Ustazah Asma' Harun Nasihat Amalkan Doa Pengasih Suami Isteri Ini, Tingkat Rasa Cinta & Sayang!

Doa pengasih suami isteri yang dikongsikan Ustazah Asma' Harun ini elok diamalkan. Malah ia bukan terhadap kepada pasangan tapi keluarga juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penceramah bebas Ustazah Asma’ Harun yang terkenal dengan perkongsian mengenai hubungan kekeluargaan berkongsi mengenai doa pengasih suami isteri yang patut diamalkan pasangan. Ia diajarkan alim ulama untuk menambah rasa cinta dan sayang. Bukan hanya suami isteri tetapi juga ahli keluarga dan rakan. 

Doa Pengasih Suami Isteri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ. اللَّهُمَّ صَلَّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. يَا رَحِيمُ يَا وَدُود، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي/اجْعَلْنَا مَحْبُوبًا فِي قُلُوبِ __ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati __ (nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”

Bila Waktu Dibaca? 

Doa ini bukan hanya untuk suami isteri, ia juga boleh menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ahli keluarga sama ada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, anak terhadap ibu bapa atau sesama kawan.

Doa ini mudah dan ringkas. Ia boleh dihafal dan amalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tempat kosong tersebut, boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini, contohnya:

1. Suami/isteri
2. Ibu Bapa
3. Anak
4. Saudara-mara
5. Kawan
6. Guru-guru
7. Orang-orang soleh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usah risau,  jika tidak mampu sebutkan dalam bahasa oleh diucapkan dalam bahasa Melayu atau bacakan maknanya kerana  Allah Maha Mengetahui segalanya.

Ikhlas, Gembira Dalam Berdoa

Paling penting kita gembira dan ikhlas dalam berdoa. Oleh itu selain amalkan untuk diri, sama-sama kita ajarkan juga doa ini kepada ahli keluarga agar selalu membacanya.

Facebook Ustazah Asma’ Harun

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenali Apa Itu Swinger/ Swinging, Trend Tukar Pasangan Suka Sama Suka Untuk Puaskan Nafsu

Baca juga: Suami Isteri Tidak Boleh Bergaduh Lebih Dari Sehari, Jika Berpanjangan Itu Ego Namanya!

Baca juga: Adakah Berdosa Jika Seorang Isteri Berhenti Kerja Dan Tidak Membantu Suami Yang Bergaji Kecil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar