Sejak beberapa tahun kebelakangan ini istilah swingers sering muncul. Ia merujuk kepada aktiviti tukar pasangan suka sama suka bagi tujuan melakukan hubungan seksual. Namun jangan tidak tahu, swinger Malaysia juga berlaku dan paling menyedihkan majoritinya adalah bangsa Melayu beragama Islam.
Swinger tidak sama dengan curang terhadap pasangan. Hal ini kerana status swinger biasanya telah diketahui oleh pasangan. Jadi ia dilakukan secara terbuka dan suka sama suka.
Dalam artikel ini kami kongsikan artikel lengkap tentang apa itu swinger Malaysia, budaya swinging di Malaysia, aktiviti swinger dan risiko tukar pasangan terhadap kesihatan.
Kenali Apa Itu Swinger Malaysia
Jadi, apakah maksud swingers sebenarnya? Berikut kami ringkaskan definisi apa itu swinger Malaysia untuk menambahkan pengetahuan anda.
Dipetik daripada Madame Noire, ahli terapi seks Dr. Donna Oriowo menjelaskan kewujudan swingers sebenarnya hanyalah untuk keseronokan sementara. Selepas itu, tiada lagi hubungan percintaan.
Trend swinger berbeza dengan curang, di mana perasaan cinta biasanya dibahagikan antara pasangan yang sah dan kekasih yang terlarang. Curang juga tidak selalunya melibatkan hubungan seksual bersama.
“Secara definisi, swinging adalah aktiviti seksual di mana kedua-dua pasangan suami isteri komited terlibat secara seksual dengan orang lain untuk tujuan keseronokan, ” jelas Dr. Donna.
Mempunyai swingers membolehkan seseorang mengalami pengalaman baharu dan sensasi seksual yang berbeza dengan seseorang yang bukan pasangan sah mereka.
Bagaimanapun, Dr. Donna bahawa kewujudan swingers boleh mengelirukan bagi orang yang tidak memahaminya. Adalah lebih baik untuk tidak melibatkan diri anda dengan budaya tukar pasangan suka sama suka ini.
Kesan Tukar Pasangan Terhadap Hubungan Rumah Tangga
Pasangan yang membenarkan swingers biasanya mempunyai perkahwinan terbuka. Dalam kajian 2019 yang dijalankan di Universiti Rochester, penyelidik mendapati bahawa kerahsiaan yang menyelubungi aktiviti seksual dengan orang lain dengan mudah boleh menjadi duri dalam rumah tangga.
Keadaan ini menyebabkan perasaan ditinggalkan, tidak selamat, penolakan, cemburu, dan pengkhianatan, walaupun dalam hubungan bukan monogami atau dengan berbilang pasangan.
Walaupun begitu, berada dalam perkahwinan terbuka tidak selalunya mudah. Pengkaji juga menyatakan bahawa kejayaan hubungan terbuka bergantung kepada komunikasi yang padu antara semua pihak yang terlibat.
Budaya Swinging Di Malaysia
Budaya swingers dalam pasangan Melayu (yang diyakini beragama Islam) telah lama berlaku di Malaysia. Cuma sebelum ni mereka hanya berani mendedahkan aktiviti tukar pasangan suka sama suka di laman Tumblr. Itu pun wajah mereka ditutup.
Dalam Tumblr, mereka giat cari pasangan zina. Siap ada yang berzina secara threesome — suami, isteri, orang luar berzina bersama.
Sebenarnya kini ada banyak “swinger club” secara atas talian. Ada juga yang cari swinger untuk isteri sendiri. Pasangan ini sewa 2 bilik hotel berasingan. 1 untuk suami, 1 lagi untuk isteri berzina dengan orang lain dengan izin suami. Bahkan, suaminya puas bila isterinya berzina dengan orang lain.
Paling mengejutkan, pasangan-pasangan ini sudah pun beranak-pinak. Namun, masih meneruskan gaya hidup songsang dengan kerap berzina dengan orang yang tak dikenali.
Dan menurut cerita di Facebook, amalan swinger Malaysia ini sudah menjadi trend dalam kalangan pasangan Melayu/Islam. Biasanya mereka bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan.
Sebabnya kalau dilihat secara luaran, pergaulan antara pasangan ini tiada keganjilan pun. Contoh pasangan A berkunjung dan menginap di rumah pasangan B. Siapa sangka di dalam bilik, rupanya si isteri A tidur dengan si suami B, dan sebaliknya?
Khabarnya kegiatan seperti ini diamalkan dalam kalangan pasangan elit. Malahan mereka juga tidak kisah kalau pasangan yang mereka mahu bertukar itu berlainan agama, berlainan bangsa, asalkan pasangan terbabit seronok dan mendapat kepuasan. Pasangan A puas, pasangan B juga puas!
Aktiviti Tukar Pasangan
Aktiviti tukar pasangan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk, daripada bertukar pasangan seksual secara langsung kepada menyertai sesi seksual berkumpulan di kelab swinger.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang mungkin berlaku dalam konteks pertukaran pasangan:
- Tukar Pasangan Secara Langsung: Ini melibatkan pertukaran pasangan seksual antara dua pasangan. Setiap pasangan mengambil bahagian dalam hubungan seksual dengan pasangan yang lain, selalunya dalam suasana peribadi, seperti rumah atau hotel.
- Tukar Pasangan di Kelab Swinger: Banyak kelab swinger Malaysia menyediakan persekitaran yang selamat dan terkawal di mana pasangan boleh bertemu dan berinteraksi dengan pasangan lain yang berminat dalam aktiviti bertukar pasangan. Ini mungkin melibatkan penyertaan dalam aktiviti seksual bersama di kawasan yang ditetapkan di kelab.
- Seks Berkumpulan: Sesetengah pasangan mungkin memilih untuk terlibat dalam sesi seksual berkumpulan yang melibatkan lebih daripada dua pasangan. Ini mungkin termasuk bertukar pasangan ganti atau mengambil bahagian dalam aktiviti seksual bersama-sama dalam kumpulan yang lebih besar.
- Langgan Swinger Dalam Talian: Sesetengah pasangan menggunakan web atau apl janji temu khusus swinger untuk bertemu dan berinteraksi dengan pasangan lain dalam talian sebelum mengatur pertemuan secara peribadi.
- Bertemu Di Rumah Sendiri: Sesetengah pasangan memilih untuk mengatur pertemuan di rumah sendiri untuk tukar pasangan. Ini membolehkan privasi dan kemudahan untuk semua pihak yang terlibat.
Risiko Dan Kesan Budaya Swinger Untuk Kesihatan
Pertukaran pasangan, seperti mana-mana jenis aktiviti seksual, boleh memberi kesan langsung kepada kesihatan fizikal, emosi dan seksual seseorang.
Berikut ialah beberapa pertimbangan mengenai kesan pertukaran pasangan terhadap kesihatan:
1. Transmisi Penyakit Menular Seksual (STD): Salah satu kesan swinger ialah penularan penyakit kelamin (STD). Hubungan seksual dengan orang lain meningkatkan risiko penularan STD, walaupun kondom digunakan.
2. Kesihatan Reproduktif: Tukar pasangan juga boleh menjejaskan kesihatan reproduktif, terutamanya bagi wanita. Risiko penularan jangkitan seperti klamidia atau gonorea boleh menyebabkan masalah kesihatan reproduktif, seperti jangkitan saluran pembiakan atau ketidaksuburan jika tidak dirawat.
3. Kesihatan Mental dan Emosi: Pengalaman tukar pasangan boleh menjejaskan kesihatan mental dan emosi seseorang, terutamanya jika terdapat konflik, cemburu, atau rasa tidak selamat yang timbul akibat daripada pengalaman itu.
4. Hubungan Pasangan: Tukar pasangan boleh menjejaskan hubungan antara pasangan, terutamanya jika terdapat perselisihan faham atau konflik berkaitan pengalaman.
Hukum Tukar Pasangan Suka Sama Suka
Islam menghalalkan persetubuhan lelaki dan wanita tetapi mestilah melalui cara yang dibenarkan oleh syarak iaitu perkahwinan.
Perbuatan tukar pasangan suka sama suka ini adalah suatu bentuk zina yang sangat dikeji.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu yang keji dan seburuk-buruk jalan”– Surah al-Isra’ (32).
Para ulama bersepakat menyatakan zina termasuk dalam kategori dosa besar. Bahkan zina adalah suatu perbuatan yang berkait rapat dengan kesempurnaan dan kelemahan iman seseorang.
Antara hikmah pengharaman zina ialah penjagaan nasab iaitu salah satu daripada maqasid syariah. Islam sangat menjaga nasab dan keturunan manusia.
Penjagaan nasab inilah yang menjaga hak-hak manusia seperti boleh dinasabkan kepada bapa, boleh mewarisi harta serta boleh diwalikan oleh bapa kandungnya.
Perbuatan zina adalah suatu bentuk pengkhianatan kepada nasab sehingga menyebabkan anak zina tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Menjijikkan, Bapa Kandung Terlanjur Dengan Anak Perempuan, Kes Suka Sama Suka & Mahu Berkahwin
Baca juga: Pasangan Berumah Tangga, Kalau Selalu Gaduh Tak Ada Sebab Mungkin Ia Angkara Dasim! Hati-Hati
Baca juga: Remaja Kini Makin Berani & Terbuka Bercakap Mengenai Seks Di Online, Ibu Ayah Sila Alert!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!