Surah Yusuf Ayat 4 - Doa Penyeri Wajah, Elok Wanita Amalkan Lebih Manis Dan Bertambah Seri

Doa penyeri wajah yang kami kongsikan ini boleh diamalkan oleh semua wanita agar muka anda tenang dan berseri sentiasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki wajah yang cantik menjadi impian setiap wanita. kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah, sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan salah satunya adalah amalan doa penyeri wajah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Doa Penyeri Wajah, Doa Pemanis Wajah / Naik Seri / Jodoh

Setiap orang bercita-cita memiliki wajah yang menenangkan untuk dipandang. Selain menjaga kebersihan dan kesihatan kulit terdapat juga doa yang dapat diamalkan untuk menyerikan wajah. Antara yang boleh diamalkan adalah surah yusuf ayat 4.

Doa itu hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan sapukan ke seluruh wajah. Boleh diamalkan setiap kali sebelum keluar atau sebelum bertemu orang. Sebaik-baiknya diamalkan juga setiap kali selepas selesai solat fardhu.

Surah Yusuf Ayat 4 – Doa Penyeri Wajah

Amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 sekiranya ingin wajah berseri-seri tanpa sebarang solekan di wajah. 

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَٰجِدِينَ

Rumi: Wa-idh qāla Yūsufu li-abīhi yā abatī innī ra-aytu aḥada ‘ashara kawkaban wa ash-shamsa wal-qamara ra-aytuhum lī sājidīn.

Maksud: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

Huraian – Doa Penyeri Wajah

Permulaan kisah Nabi Yusuf adalah dengan mimpi yang dialaminya. Baginda menceritakan kepada ayahnya bahawa dalam mimpinya, ia melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan, semuanya tunduk kepada baginda.

Terdapat satu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki Nabi Yusuf (A.S), di mana ketika dirinya melalui kumpulan wanita yang sedang memotong buah-buahan, terhiris jari mereka dengan pisau kerana terpukau melihat ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf (AS) seolah-olah melihat berlian yang bersinar terang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain mampu mengeratkan hubungan suami isteri, surah Yusuf ayat 4 juga boleh diamalkan untuk keluarga dan sahabat supaya hubungan kekal harmoni.

Walau bagaimanapun, berdoalah dengan ikhlas dan niat yang baik. Percaya bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa hambaNya pada waktu yang tepat. InsyaAllah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Agar Wajah Sentiasa Berseri

Untuk mendapatkan wajah berseri, berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan:

  1. Membaca “Ya Qawwiyu”.
  2. Tidak mencuci muka dengan cleanser pada waktu pagi.
  3. Menggunakan tiga jari tengah ketika mencuci atau membilas wajah.
  4. Berselawat sebanyak tiga kali pada bedak wajah dan berdoa “Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa tenang melihatku”.
  5. Sentiasa membaca doa ketika melihat cermin.

Jom sama-sama kita amalkan Surah Yusuf ini. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

eCentral

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Belum Mendapat Jodoh? Amalkan Doa Jodoh Sebagai ‘Jambatan’ Memohon Pertolongan Allah

Baca juga : Teka Teki Sweet Untuk Pasangan Bercinta, Cuba Tau!

Baca juga : Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi