Selepas solat, luangkan masa sebentar dengan mengamalkan doa selepas solat fardhu lima waktu. Sibuk macam mana pun tetaplah menadah tangan berdoa memohon perlindungan dari-Nya. Biar doa menjadi pelengkap bagi solat walaupun hanya sepotong ayat.
Diriwayatkan oleh Fudhalah Bin Ubaid, Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa selepas solat.
Maka baginda bersabda, “Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat fardhu) dengan mengagungkan dan memuji Allah.
Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini”.
Tatacara memulakan doa ringkas selepas solat
Mulakan dengan beristighfar
Bacaan: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
“Astaghfirullah al ‘adzim allazi laa ilaha illahu wal haiyul qaiyum wa atubu ilaih”
Maksudnya: Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya
Menyebut tahlil
Bacaan: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
“Lailahaillallah Wahdahula Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa Ala Kulli Syai-in Qadir”
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Bacaan: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى أَزْوَاجِهِ، وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ، وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
“Allahumma salli `ala muhammadin wa’azwajihi wazurriyyatih, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa’azwajihi wazurriyyatih, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid”
Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Doa mohon keampunan bagi ibu bapa dan kaum mukminin
Bacaan: رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا
Maksudnya: Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.
Doa mohon keluarga bahagia dan zuriat yang soleh
Bacaan: رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Doa mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan amalan diterima
Bacaan: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
“Allahumma inni as-aluka ‘ilman nafi’an wa rizqan thayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan”
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Doa memohon perlindungan dari kesusahan
Bacaan: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wassolihidin, wa ala bati rrijal”
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kedukaan dan kesedihan, Aku berlindung kepada Mu dari sifat lemah dan malas, dari sifat pengecut dan kedekut, dari bebanan hutang dan penindasan manusia.
Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat
Bacaan: وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
“ Rabbanaa aatinaa fiddunnyaa hasanah, wa fil akhirati hasanah waqinaa ‘adzaa ban naar”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin
Baca juga: 7 Doa Bayi Baru Lahir Yang Ringkas Agar Terhindar Gangguan & Membesar Dengan Sihat
Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk Permulaan Hari Yang Baik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!