Hampir 9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini menikmati manfaat tambahan menerusi program MyKasih, iaitu bantuan bulanan keperluan harian yang disalurkan terus ke dalam cip MyKad.
Namun begitu, MyKasih tidak boleh ditebus dalam bentuk wang tunai. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang terpilih di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar dalam program MyKasih. Penerima MyKasih digalakkan untuk mengetahui senarai barang MyKasih yang boleh ditebus, tempat yang boleh guna Mykasih dan cara penebusan.
Senarai Barang Mykasih
Apa Itu MyKasih? MyKasih adalah sebuah inisiatif di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang menyasarkan isi rumah miskin dan miskin tegar berdasarkan maklumat daripada sistem eKasih.
Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam cip MyKad penerima, dan hanya boleh digunakan di kaunter bayaran pasar raya dan kedai yang mengambil bahagian.
Langkah ini diambil untuk mengelakkan penyalahgunaan bantuan serta memastikan dana digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
Berikut adalah senarai barang MyKasih:
-
Beras
-
Roti
-
Telur
-
Minyak Masak
-
Tepung
-
Biskut
-
Mee Segera: Bihun, Mee Segera (Mamee, Maggi, Indo Mie)
-
Minuman: Boh, Vico, Fernleaf, F&N, Marigold, Horlicks
-
Makanan Dalam Tin: Sardin, Sos Spageti, Tuna
-
Bahan Perasa: Kicap, Sos, Marjerin, Stok Ayam
-
Produk Kebersihan: Sabun, Ubat Gigi, Pad Wanita
-
Ubat-Ubatan: Ubat batuk, ubat selesema, panadol
-
Barang Persekolahan: Kasut sekolah, Pakaian Seragam Sekolah, Alat Tulis
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kedai Yang Boleh Tebus MyKasih
MyKad MyKasih boleh digunakan di premis yang mengambil bahagian dalam program ini. Antara tempat yang menyokong penggunaan MyKasih termasuklah:
-
Mydin
-
Giant
-
Lotus
-
The Store
-
Pacific
-
Econsave
-
99 Speedmart
-
Milimewa
-
Pasar raya dan pasar mini bebas
Senarai pasar raya dan kedai runcit yang boleh tebus MyKasih boleh disemak melalui pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Cara Tebus MyKasih
Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:
1. Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
3. Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
4. Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
5. Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Cara Semak Baki MyKasih
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
- Semakan portal rasmi MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Semakan pada resit pembelian:

Adakah Saya Perlu Bayar Lebihan Amaun Jika Pembelian Melebihi Baki?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Adakah Baki MyKasih Dimasukkan Ke Bulan Seterusnya?
Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.
Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
Tarikh Luput SARA
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2024.
Bolehkah Orang Lain Buat Pembelian Guna Mykad Saya?
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.
Talian Bantuan MyKasih
Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my atau Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!