X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Amal Zikir 99 Nama Allah Ketika Mengandung, Doa Dipermudahkan Proses Kehamilan, Kelahiran

4 min bacaan
Amal Zikir 99 Nama Allah Ketika Mengandung, Doa Dipermudahkan Proses Kehamilan, Kelahiran

Ketika mengandung, zikir 99 nama Allah atau Asmaul Husna elok diamallkan bagi memberi ketenangan dan kemudahan kepada ibu sepanjang kehamilan.

Penghayatan 99 nama Allah atau Asmaul Husna ketika mengandung banyak fadilatnya. Setiap nama Allah itu mempunyai maknanya yang sangat dekat dengan kehidupan hambanya.

Apabila seseorang itu mengamalkan zikir dengan menyebut atau berdoa dengan 99 nama Allah, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat dalam memudahkan urusan harian seseorang.

Disebabkan itulah ibu mengandung yang beragama Islam digalakkan untuk berzikir dengan 99 nama Allah ini. 

Baca juga: Nak Anak Sentiasa Mendengar Kata, Ibu Ayah Boleh Amalkan 7 Doa Mustajab Ini

99 nama Allah dijadikan zikir harian, mudahkan proses kehamilan, kelahiran

99 Nama Allah

Menurut artikel yang dikongsi Kelab Ikhtiar Hamil dan Klinik As Maul Husna, antara zikir 99 nama Allah yang boleh diamalkan termasuklah:

Ketika sedang mengandung

(zikir dibaca sebanyak 3 kali semasa melakukan aktiviti sambil berdoa dalam hati)

#1. Memohon keselamatan kandungan

Zikir : Ya Hafizh, Ya Muhaimin

Doa : Ya Allah daku memohon dipelihara memohon kandungan ini selama 9 bulan 10 hari

#2. Mendoakan kesejahteraan anak

Zikir: Ya Salaam, Ya Mu’min

Doa: Ya Allah, berikan kehidupan yang sejahtera kepada anak, di dalam kandungan ini. Jadikan dia anak yang beriman dan soleh

#3. Memohon bimbingan kepada anak 

99 Nama Allah

Zikir: Ya Nuur, Ya Haadi, Ya Haq

Doa: Ya Allah, alirkan ilmu kebijaksanaan kepadaku dan pasanganku dalam mendidik anak-anak kami. Terangi keluargaku dengan cahaya makrifatMu yang mulia

#4. Memohon kebijasanaan mendidik anak

Zikir: Ya ‘Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, Ya Nuur

Doa: Ya Allah alirkan ilmu kebijaksanaan kepadaku dan pasanganku dalam mendidik anak-anak kami. Terangi keluargaku dengan cahaya makrifatku yang mulia.

#5. Memohon anak yang cerdik

Zikir: Ya ‘Alim( Ya Hakim, Ya Rashid, Ya Nuur

Doa; Ya Allah, alirkan ilmu kebijaksaan kepada otak anakku beserta dengan cahayaMu. Jadikanlah dia khalifah yang bijak

Ketika proses melahirkan

(zikir dibaca sebanyak 3 kali semasa melakukan aktiviti sambil berdoa dalam hati)

#1. Saat menunggu untuk bersalin

Zikir: Ya Mu’mim, Ya Fattah, Ya Baari’ 

Doa : Ya Allah, aku berdebar untuk menghadapi saat bersalin, kurniakanku keamanan hati dan mudahkan proses bersalinku.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

#2. Semasa kelahiran

Zikir: Ya Fattah, Ya Waasi’, Ya Salam, Ya Awwal

Doa: Ya Allah, bukakanlah laluan yang luas memadai untuk anak ini keluar, kurangkanlah kesakitan. Ya Allah yang maha mempercepatkan, cepatkanlah proses kelahiran ini

#3. Selepas kelahiran

Zikir: Ya Khaliq, Ya Muhyi, Ya Majid, Ya Hamid  

Doa: Ya Allah, engkaulah yang mencipta dan menghidupkan anak ini. Kurniakanlah anak ini pekerti yang mulia dan sifat terpuji 

#4. Memohon tautan kasih sesama anak

99 Nama Allah

Kredit foto: Said Mohamad

Zikir: Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jaami’

Doa: Ya Allah, alirkanlha kasih sayangmu kepada anak-anakku (sebut nama). Tautkan hati mereka dengan talimu agar mereka sentiasa berkasih sayang dan hormat menghormati

Ketika berpantang

(zikir dibaca sebanyak 3 kali semasa melakukan aktiviti sambil berdoa dalam hati)

#1. Sakit luka jahitan

Zikir: Ya Salaam, Ya Waajid, Ya Hafiz, Ya Muhaimin

Doa: Ya Allah, sembuhkanlah sakit luka jahitanku dan sempurnakanlah cantumannya. Lindungi luka ini daripada jangkitan kuman atau segala yang memudaratkan

#2. Memanfaatkan masa berpantang

Zikir: Ya Nuur, Ya Haadi, Ya Naafi’

Doa: Ya Allah, kurniakanlah ku cahaya petunjuk hidayahmu agar tempoh berpantangku digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan redhamu. Aturkanlah lidahku untuk sentiasa berzikir memujimu.

#3. Memikirkan masa depan anak

Zikir: Ya Hafizh, Ya Muhaimin, Ya Khobiir

Doa: Ya Allah pelihara anakku daripada nafsu syaitanyang menyesatkan. Aku menyerahkan pemeliharaan jiwa anakku kepadamu kerana engkaulah sehebat-hebat pemelihara dan waspada

15 amalan ibu mengandung menurut Islam

  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah
  2. Banyak berdoa kepada Allah
  3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  5. Banyakkan berzikir
  6. Banyakkan membaca Al-Quran
  7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
  10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
  13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  14. Rajin mengukirkan senyuman
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kelab Ikhtiar Hamil , Klinik As Maul Husna

Baca juga: 6 Doa Cepatkan Proses Bersalin Untuk Bakal Ibu, Jadikan Ini Sebagai Panduan!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Amal Zikir 99 Nama Allah Ketika Mengandung, Doa Dipermudahkan Proses Kehamilan, Kelahiran
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham