Amal Doa Perlindungan Untuk Anak Dan Tawakal Kepada Allah Anak Di Bawah Jagaan Pengasuh

Amalkan doa perlindungan untuk anak dan tawakal kepada Allah cara terbaik yang boleh dilakukan ibu ayah jika anak-anak di bawah jagaan orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah pastinya bimbang soal keselamatan anak di tempat jagaan dan sentiasa inginkan anak dijauhkan sebarang ganggguan syaitan, anasir jahat dan sebagainya. Oleh itu, sudah pastinya kita sentiasa ingin melindungi mereka dengan membaca doa perlindungan untuk anak di dunia dan di akhirat.

Dan apabila kita dah berikhtiar, serahkan sepenuhnya pada Allah. Jika tetap terjadi musibah itu, maka sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Wallahu’alam.

Menerusi perkongsian oleh seorang bapa di Facebook, Jarir Harun berkongsi amalan yang dilakukannya supaya anak sentiasa dilindungi Allah SWT daripada perkara-perkara buruk.

Setiap kali hantar anak ke taska atau pengasuh, serahkanlah ‘penjagaan’ itu sepenuhnya kepada Allah. Minta Allah jaga anak dan juga jaga hati si penjagannya sebab hati manusia ni Allah yang pegang. 

Abah ajar dulu, keluar je rumah pagi-pagi tu terus baca ayat-ayat ni:
 
1. Bismillahillahi tawakkaltu Alallah 3x 
(بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)
 
2. Bismillahilazi la Yadhurru 3x
(بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ)
3. Ayat Kursi
4. Surah 3 Qul
5. Hasbunall wa ni’mal wakil
(حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر)
 
Dah habis baca, hembuskan pada anak..Ayat-ayat ni bukan je utk hantar anak ke taska, tp juga utk kita bila nak keluar rumah. Moga Allah jauhkan segala bahaya dan niat tak baik orang dari setiap penjuru yg kita tak tahu.
 
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Namun bila mana anak tidak berada di bawah jagaan kita, kita pastinya mula bimbangkan anak-anak terutama di rumah pengasuh atau di taska. Doa perlindungan untuk anak dan tawakal kepada Allah adalah cara terbaik yang boleh dilakukan ibu ayah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 6 Doa Untuk Anak Anak Ini Jika Diamalkan Mereka Akan Dengar Kata, Lembut Hati!

Baca juga : Doa Penerang Hati Untuk Anak, Ibu Ayah Boleh Amalkan Selalu 5 Doa Ini

Baca juga : Ibu, Rajin-Rajinlah Doa Untuk Anak Jadi Bijak, 10 Malam Terakhir Ramadan Amalkan Doa Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi