Doa Putus Susu Bila Usia Anak 2 Tahun, Ouch!Sedihnya, Tapi Penting Untuk Perkembangan Anak

Putus susu situasi memeritkan dialami ibu dan anak. Cuba amal doa putus susu ini bila usia anak cecah dua tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila hampir masuk usia dua tahun, ibu perlulah bersedia untuk putus susu dengan anak. Situasi ini sangat mencabar mental terutamanya disebabkan itu mungkin dengan cara mengamalkan doa putus susu boleh melancarkan proses ini. 

Walaupun tidak dinafikan bercerai susu adalah momen menyedihkan serta memedihkan ibu dan anak, namun ia sangat penting untuk perkembangan anak ke peringkat seterusnya. 

Jika tidak putus susu pada usia ini, ia dibimbangi akan menganggu proses lain seperti peringkat awal anak ke sekolah yang memerlukan mereka berdikari sendiri.

Doa putus susu bila anak capai usia dua tahun

 

Doa pemutus susu ini dikongsikan pensyarah dan pengamal perubatan Islam, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dalam bukunya yang bertajuk ‘Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Musyajab’. 

Doanya adalah: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

صعصعت تعثوت قطعت عنك (ثدى / أمك / مخدتك / ابهامك) كما حرم عليك لحم الخنزير

Maksudnya: 

“Kau telah memecahkan dan merosakkan teruk, kerana itu aku putuskan daripada (puting emakmu/ bantal kamu/jari kamu) seperti diharamkan ke atas kamu (sebut nama pesakit dan ibunya) daging babi.”

Caranya:
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca doa di atas
3. Hembuskan pada tempat berkenaan (mulut, jari, bantal)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cerai susu umur dua tahun disebut dalam al-Quran

Pentingnoya putus susu susu pada usia dua tahun sehingga ia ada disebutkan dalam ayat al-Quran iaitu surah Luqman ayat 14 membuktikan 

نَا ٱلْإِنسَـٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍۢ وَفِصَـٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ ١٤

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Tips putus susu dari ibu-ibu Malaysia

1.Beritahu anak awal, persiapkan minda mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Perkenalkan susu segar kepada anak

3.Beri anak minum susu menggunakan cawan

4.Jangan sebut mengenai menyusu badan

5.Sebelum tidur pastikan anak kenyang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Tradisional Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Buat Para Ibu

Baca juga: Ibu-Ibu Dah Tiba Masa Untuk Berhenti Menyusu Badan? Ini Cara Cerai Susu Badan, Selamat Mencuba!

Baca juga: Susu Ibu Bagus Untuk Nutrisi Anak & Mampu Merawat Kulit Kering? Ini Kegunaan Lain Susu Ibu Ramai

Penulis

Lala Annuar