Memulakan bacaan Al-Quran dengan doa belajar dan disudahi dengan doa selepas baca quran adalah sebaik-baik adab yang dituntut dalam islam, selain isti’azah dan basmalah.
Memahami makna dan mengamalkan isi kandungannya yang penuh dengan ilmu tauhid, ibadat, mualamat, munahakat antara kelebihan yang diperoleh bagi sesiapa yang beramal dengan kitab suci ini.
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. , Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Tidak dinafikan juga, mengamalkan doa selepas baca quran dapat mententeramkan hati dan menenangkan jiwa.
Adab membaca Al-quran
Al-Quran adalah kitab suci yang akan kekal sebagai bahan bacaan sepanjang zaman kerana tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah makna dan ajarannya seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil.
Untuk lebih menghayati dan mendapat kefahaman ilmu ketika membacanya, terdapat beberapa adab membaca al-quran yang dituntut seperti yang digariskan dalam islam.
- Suci daripada hadas kecil atau hadas besar dan disunatkan berwuduk.
- Memakai pakaian dan berada di tempat yang bersih.
- Sunat menghadapkan diri ke arah kiblat.
- Membaca isti’azah, membaca basmalah dan ta’awuz.
- Membaca al-quran dengan bertajwid dan tertib.
- Makruh berkata-kata dan gelak ketawa ketika mendengar bacaan Al-Quran.
- Baca dengan teliti, tidak bergopoh-gapah dan menghayati dengan khusyuk dan tawaduk.
- Disunatkan membaca dengan suara yang nyaring tetapi jangan sampai menganggu orang lain, tujuan untuk semangat dan lebih fokus ketika bacaan.
- Tutup bacaan al-quran dengan ucapan صَدَقَ اللّٰهُ الْعَظِيمُ dan doa selepas baca quran seperti dibawah.
Doa sebelum baca Quran
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيَّ مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ وَذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ يَا ذَا ﭐلجَلاَلِ وَﭐلإِكْرَامِ
Rumi:
Allahummaf tah ‘alayya hikmataka wansyur ‘alayya ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa ini rohmatika wa zak kirnii maa nasiitu ya zaljalaali wal ikraam
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah
ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Doa selepas baca Quran yang mudah dan ringkas
اللَّهُمَّ ارْحَمْنِا بِاْلقُرْآن، وَاجْعَلْهُ لنا إِمَامًا وَنُوْرًا وَهُدًى وَرَحْمَة
اللَّهُمَّ ذَكِّرْنا مِنْهُ مَا نُسِّيْنا وَعَلِّمْنِا مِنْهُمَا جَهِلْنا وَارْزُقْنِا تِلاَوَتَهُ آنَاءَ الْلَيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَار وَاجْعَلْهُ لنا حُجَّةً يَا رَبَّ اْلعَالَمْيِنَ
Rumi:
Allahummar HamNaa BilQuran
Waj’al HuLaNaa ImaaMan Wa NuuRan WaHuDan WaRahMah.
Allahumma Zak-KirNaa MinHuMaa Nus-SiiNaa Wa ‘allimNaa MinHuMaa JaHilNaa WarZuqNaa TiLaaWaTahu.
AaNaa AllayLi Wa AthRooFan-NaHarr Waj’alHu LaNaa Hujjatan
Ya Rabbal ‘Alamiin.
Maksudnya:
“Ya Allah berkatilah kami dengan Al-Quran.
Jadikanlah ia pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang terlupa, ajarkanlah kami apa
tak diketahui, mudahkanlah kami membacanya
siang dan malam, jadikanlah ia hujjah (saksi) kami, wahai Tuhan sekalian alam.”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari
Baca juga: Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 5 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini
Baca juga: Selalu Dipanggil Untuk Baca Doa Di Depan Orang Ramai?Ini Doa Majlis Ringkas Untuk Dibacakan