7 Doa Selepas Solat Dalam Bahasa Arab & Rumi Yang Boleh Anda Amalkan Selalu

Doa selepas solat fardu adalah amalan digalakkan. Justeru adalah lebih baik jika anda tidak terus bangun selepas menunaikan solat fardu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas solat, luangkan masa sebentar dengan mengamalkan doa selepas solat fardhu lima waktu. Sibuk macam mana pun tetaplah menadah tangan berdoa memohon perlindungan dari-Nya. Biar doa menjadi pelengkap bagi solat walaupun hanya sepotong ayat.

Doa Selepas Solat Pertama

Bacaan Doa Selepas Solat Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.

Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.

Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.

Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.

Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.

Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.

Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.

Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksud Doa Selepas Solat:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.”

“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.”

“Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.”

Doa Selepas Solat Kedua

Bacaan Doa Selepas Solat Rumi

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud doa:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

Doa Selepas Solat Ketiga

Bacaan Doa Selepas Solat Rumi

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

Wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Maksud Doa Selepas Solat

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.”

“Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid.”

“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Doa Selepas Solat Keempat

Doa selepas solat keempat iaitu doa yang terakhir juga merupakan doa yang anda boleh membaca selepas solat Maghrib.

Anda boleh membaca “Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir “ sebanyak 10 kali.

Maksud Doa Selepas Solat:

Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.

Doa Selepas Solat Kelima

Doa yang keempat adalah doa ringkas yang anda boleh membaca selepas solat Maghrib. Bacalah  “Allahumma Ajirnii Minan-nar “ sebanyak 7 kali.

Maksud Doa Setelah Solat:

“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka.” (Riwayat Abu Daud)

Doa Selepas Solat Keenam 

Maksud Doa Setelah Solat:

Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada Engkau akan petunjuk yang boleh membawa kami kepada bertaubat terus terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan; dan sebaliknya kami berlindung dengan Engkau daripada melakukan perbuatan keji dan sebab-sebab yang boleh mendorong kami untuk terus melakukannya. Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengingati Engkau semasa datangnya serangan dorongan perasaan hati untuk melakukan perbuatan keji itu dan daripada memikir-mikir/ mencari jalan untuk menuju kepadanya. Hilangkanlah di dalam hati kami perasaan yang mengakui bahawa perbuatan keji itu mendatangkan manfaat dan gantikanlah dengan perasaan benci selalu terhadap perbuatan keji itu serta tanamkanlah di dalam hati kami akan perasaan tamak haloba untuk melakukan kebaikan iaitu bertaubat kepada Engkau.

Doa Selepas Solat Ketujuh

Maksud Doa Selepas Solat Fardhu

Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada Engkau iman yang berkekalan,hati yang penuh khusyuk, ilmu yang memberi manfaat, keyakinan yang sebenar, amalan yang baik, bergiat dan berusaha dalam urusan agama, sihat dan kesegaran tubuh badan yang cukup sempurna, tahu berterima kasih terhadap kesegaran tubuh badan serta juga kami pohonkan kekayaan (harta, benda, iman, ilmu, keperibadian dan lain-lain) yang lebih daripada sekalian manusia.

Kelebihan Doa Selepas Solat

Diriwayatkan oleh Fudhalah Bin Ubaid, Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa.

Maka baginda bersabda, “Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakannya dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini”.

1. Mendapatkan Berkat Dan Rahmat Allah

Ia adalah waktu yang mustajab untuk memohon berkat dan rahmat dari Allah. Ini adalah kesempatan untuk memperkuat hubungan dengan Allah dan memohon petunjuk-Nya.

2. Menghapus Dosa

Terutama dengan memohon keampunan, dapat membantu menghapus dosa dan kesalahan. Ia merupakan masa untuk bertaubat dan membersihkan diri dari dosa.

3. Mendapat Ketenangan Hati

Memberikan ketenangan dan ketenteraman hati. Ia membantu melepaskan tekanan dan kerisauan, serta membawa rasa damai dalam jiwa.

4. Memperoleh Perlindungan dan Keselamatan

Memohon perlindungan dan keselamatan dari segala bentuk bahaya, termasuk perlindungan dari musibah, penyakit, dan ancaman lainnya.

5. Memohon Petunjuk dan Kebaikan

Merupakan waktu yang baik untuk memohon petunjuk Allah dalam membuat keputusan dan mencari kebaikan dalam hidup. Ia membantu dalam mendapatkan bimbingan dan keberkatan dalam setiap aspek kehidupan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin

Baca juga:  7 Doa Bayi Baru Lahir Yang Ringkas Agar Terhindar Gangguan & Membesar Dengan Sihat

Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk Permulaan Hari Yang Baik

Penulis

Noorhidayah