Islam mengajarkan pentingnya berdoa untuk kesembuhan yang dipanggil doa syifa menggunakan ayat-ayat syifa di dalam Al-Quran sebagai ikhtiar untuk memohon kesembuhan kepada Allah. Berikut adalah beberapa ayat dan doa syifa yang boleh diamalkan.
Isi Kandungan
Doa Syifa
Daripada Aisyah R.anha berkata, Nabi Muhammad biasa membacakan doa perlindungan kepada sebahagian mereka (sahabatnya), baginda mengusap orang tersebut dengan tangan kanan baginda lalu baginda membacakan doa:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Rumi: Allahumma rabban nasi, adhhibil ba’sa. Washfi, antash shafi, la shifa’a illa shifa’uka. Shifaan la yughadiru saqaman
Maksudnya: “Ya Allah, tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit ini dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain).” (Sahih Riwayat al-Bukhari, 5743)
Tips: Baca doa ini sambil usap bahagian yang sakit dengan tangan kanan anda. Semoga dengan izin dan kuasa Allah yang Maha Menyembuhkan, penyakit anda disembuhkan.
Selawat Syifa
Selain mengamalkan bacaan Doa Syifa, anda juga dianjurkan untuk mengamalkan membaca selawat syifa atau juga dikenali sebagai selawat tib.
Berikut ialah bacaan selawat syifa:
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).”
Ayat-Ayat Syifa Dalam Al-Quran
1. Ayat 57 Surah Yunus – Doa untuk sakit-sakit dada & berkaitan
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌۭ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
2.Ayat 82 Surah al-Isra’
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًۭا
Maksudnya: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
3. Ayat 80 Surah asy-Syu’ara
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
4. Ayat 19, Surah Waqiah – Mengubati sakit kepala dan migrain
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ
Maksudnya: Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
5. Ayat 22, Surah Qaf – Menyembuhkan rabun
لَّقَدْ كُنتَ فِى غَفْلَةٍۢ مِّنْ هَـٰذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلْيَوْمَ حَدِيدٌۭ
Maksudnya: (Serta dikatakan kepadanya): “Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”.
Hadis Sakit Penghapus Dosa
- “Tidaklah menimpa seorang Muslim suatu keletihan, penyakit, kecemasan kesedihan, kesulitan, kesedihan, kesakitan dan kepedihan, bahkan hingga duri yang menusuknya, melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
- “Tidaklah menimpa seorang Muslim suatu penyakit, keletihan, kepedihan, kesedihan, hingga kecemasan yang dirasakannya, melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – (Hadis Riwayat Muslim)
- “Tidaklah menimpa seorang Muslim suatu bencana berupa penyakit dan yang lainnya melainkan dengan Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
- “Sesungguhnya Allah Ta’ala akan menguji hamba Nya dengan penyakit hingga penyakitnya itu akan menghapus segala dosa darinya.” – (Hadis Riwaya Al Hakim)
Tips Kekal Positif Apabila Diuji Dengan Sakit
Sakit dapat dianggap sebagai penghapus dosa jika seseorang sabar dan bersabar dalam menghadapinya. Ini tercermin dalam hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengajarkan bahawa sakit adalah salah satu cara di mana Allah SWT mengampuni dosa-dosa hamba-Nya.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
“Tiada satu penyakit pun yang menimpa seorang muslim, baik itu sakit ringan atau yang lebih dari itu, melainkan Allah akan menghapus kesalahannya sebagaimana pohon gugur meluruhkan daun-daunnya.”
Namun ini tidak bererti bahawa setiap sakit itu menjadi penghapus dosa tanpa adanya taubat dan usaha untuk memperbaiki diri. Sakit merupakan ujian dan ujian itu boleh menjadi penghapus dosa bagi orang yang sabar dan bersabar.
Penting untuk diingat juga bahawa dalam Islam, sakit tidak hanya dipandang sebagai penderitaan semata, tetapi juga sebagai kesempatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, merenungkan hidup dan meningkatkan ketabahan serta kesabaran.
eCentral
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat
Baca juga: 15 Surah & Doa Mudah Bersalin Normal (Alquran & Rasulullah)
Baca juga: Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan