Kahwin Dah Lama Tapi Belum 'Lekat', Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat
Jangan cakap nak anak sahaja di mulut tapi ikhtiar dan usaha perlu seiring. Jom amalkan doa dikurniakan zuriat, insyaAllah semoga impian dan niat anda tercapai pada tahun ini.
Dalam kita gembira melihat rakan baik menimang cahaya mata namun pasti jauh di sudut hati kita rasa sayu dan bersedih sebab belum dikurniakan anak. Diharap doa dikurniakan zuriat yang mudah diamalkan ini dapat membantu impian anda di tahun ini.
Memang tidak dinafikan ada pasangan suami isteri yang hampir berbelas tahun menunggu untuk kehadiran cahaya mata.
Tak kurang juga yang menunggu anak kedua hampir bertahun lamanya sampai orang kata engkau ni tak nak tambah anak ke?
Namun, rezeki anak itu telah ditentukan oleh Allah SWT dan Dia jua penentu segalanya serta tahu bila waktu yang sesuai untuk kurniakan zuriat buat pasangan suami isteri itu.
Bagi mempermudahkan urusan anda, Ustaz Mujahidin Al Banjari berkongsi zikir dan doa untuk hamil ini sebagai ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata pada tahun ini.
Apapun ujian yang melanda dalam perkahwinan kalian, jangan pernah mengalah untuk mendapatkan zuriat tapi teruslah berusaha dan berdoa untuk mencapai impian anda itu.
Isi Kandungan
Zikir dan doa dikurniakan zuriat yang boleh diamalkan
Langkah 1 untuk para suami:
1) Suami digalakkan mengamalkan selalu zikir Ya Mutakabbir dan ulangi membacanya sebanyak 70 kali. Ia adalah lebih afdhal.
2) Selepas membaca zikir tadi, suami perlu memohon doa pada Allah SWT supaya dipermudahkan apa yang telah anda hajati. Sebaiknya jadikan amalan zikir ini selepas selesai bersolat semasa anda menadah tangan untuk
berdoa. Kemudiannya, bacalah zikir ini.
Langkah 2 untuk isteri:
1) Bagi isteri pula, banyakkan membaca zikir Ya Matiin dan ulangi membacanya sebanyak 70 kali kalau lebih lagi bagus.
2) Selepas membaca zikir, mohon kepada Allah Yang Maha Esa supaya mempermudahkan hajat dan niat dalam hati anda. Jadikan zikir ini sebagai amalan selepas bersolat.
Langkah 3 untuk hamil:
1) Sebelum waktu tidur, ambil segelas air suam dan letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
2) Kemudian baca Surah Al Fatihah dan ulangi sebanyak 7 kali setiap hari.
3) Kemudian baca pula Surah Al-Ikhlas dan ulangi sebanyak 7 kali.
4) Selepas itu, sambung membaca doa Nabi Zakaria seperti berikut:
“Rabbi La Tadzarni Fardaw Wa Anta Khairul Waritsin”
Maksudnya: Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik. (QS Al-Anbiya (21):89)
Kalau boleh amalkan minum air suam yang anda buat ini sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur.
Jika diizinkan Allah SWT, sama ada lambat atau cepat anda akan dikurniakan zuriat. Segalanya adalah di atas keizinan Yang Maha Esa.
7 doa dikurniakan zuriat
Nak anak bukan tahu ‘buat’ sahaja, sebaiknya sebagai muslim juga kita perlu mengamalkan doa untuk hamil supaya segera memperoleh cahaya mata.
Tidak salah sekiranya anda dan pasangan mengamalkan 7 doa dikurniakan zuriat yang mustajab dibaca setiap hari.
1. Doa zuriat
Anda digalakkan membaca surah Maryam yang terdiri daripada 98 ayat. Ia diyakini boleh membantu pasangan memperoleh bayi dengan segera.
2. Doa dimurahkan rezeki memperoleh zuriat
Zikir al-Mussawir merupakan salah satu daripada 99 nama Allah yang diambil dari ayat al-Quran. Bagi yang mengamalkannya, dikatakan zikir ini boleh mempercepatkan proses kehamilan.
Jadi, bacalah “Ya Khaliq, Ya Baari, Ya Mussawir” setiap hari.
3. Doa dikurniakan zuriat
Amalkan potongan ayat dari surah al-Furqan, ayat 74 iaitu:
وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Ayat ini boleh diamalkan oleh pasangan agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.
4. Doa Nabi Ibrahim untuk mendapat zuriat
رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” – (Surah Ibrahim, ayat 40)
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” – Surah Saaffat, ayat 100
5. Doa Nabi Zakaria supaya mendapat anak
وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” – Surah Anbiya, ayat 89
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” – Surah Ali-Imran, ayat 38
6. Doa sebelum bersetubuh
بِسْمِ اللهِ اَللّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: Dengan nama Allah, ya Allah; jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami. (HR. Bukhari).
Tujuannya adalah supaya persetubuhan suami isteri terhindar daripada gangguan jin dan syaitan yang direjam.
7. Doa bersama isteri
Ketika mengeluarkan air mani juga diwajibkan membaca doa supaya boleh memberikan keturunan yang baik.
Ini doanya:
Tips cepat hamil
Proses ovulasi berlaku semasa satu telur atau lebihan telur telah dilepaskan dari ovari dan ia dianggap sebagai waktu subur bagi seseorang wanita.
Biasanya tempoh ini akan berlaku pada 12 hingga 16 hari sebelum haid yang seterusnya bermula.
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari, tempoh ovulasi mereka adalah di antara 13 ke 15 hari.
Apakah tanda yang menunjukkan badan sedang hadapi ovulasi?
- Biasanya semasa proses ovulasi, terdapat perubahan kepada mukus dari serviks. Jika berlaku keadaan ini, mukus mungkin berubah dari lekit sehingga menjadi cair seumpama putih telur.
- Sesetengah wanita, dia sakit di bahagian bawah abdomen dan hampir 20 peratus orang perempuan akan rasa sakit apabila ovulasi datang. Namun kesakitan yang dialami mereka adalah tidak sama bermula rasa yang sangat
ringan sehingga menyucuk. - Perempuan akan rasa seksi dan sangat menggoda. Selain rasa bertambah ghairah untuk bersama pasangan di atas katil.
- Ada kajian yang dibuat mengatakan wanita yang menghampiri tempoh ovulasi akan kelihatan sangat menarik di mata orang lain yang melihatnya.
- Lebih menarik lagi, ada orang kata bau wanita semasa ovulasi sedikit lain macam sebab mereka akan berbau harum di hadapan lelaki.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Mingguan Wanita, Sirap Limau, Mypt3
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Waktu Paling Sesuai Untuk “Bersama” Suami Agar Cepat Mengandung?
Baca juga: Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!
Baca juga: Murah Rezeki Senang Hamil Kalau Anda Amalkan Doa Sebelum Jimak Ini, Cubalah!