X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Jimak Untuk Mudah Hamil, Amalkan Sebelum & Selepas Bersama, Cubalah!

6 min bacaan
Doa Jimak Untuk Mudah Hamil, Amalkan Sebelum & Selepas Bersama, Cubalah!

Ada baiknya sebelum bersetubuh, pasangan suami isteri membaca doa jimak ini. Ia boleh memurahkan rezeki anda untuk cepat hamil! Ini doanya...

Bagi sesiapa yang mencuba bersungguh-sungguh, kekuatan doa itu juga mampu mengabulkan keinginan kita. Salah satunya apabila anda mengharapkan cahaya mata dalam keluarga. Mungkin anda boleh cuba doa jimak ini,sebelum dan selepas agar usaha yang anda jalankan lebih diberkati. 

▲▼Isi Kandungan

  • Doa Sebelum Jimak Untuk Suami Isteri
  • Cara Bertahan Lama Semasa Bersetubuh
  • Doa Selepas Melakukan Persetubuhan
  • Menurut Mufti Wilayah Persekutuan

Doa Sebelum Jimak Untuk Suami Isteri

Dalam Islam, suami isteri disarankan untuk berdoa sebelum melakukan sesuatu. Ini termasuklah sebelum melakukan hubungan intim. 

Rasulullah SAW telah mengajar sebuah doa sebelum jimak yang khusus untuk suami isteri yang menginginkan cahaya mata. Dari ‘Ibnu Abbass r.a berkata: 

Rasulullah SAW bersabda “Jika salah seorang dari kalian (suami) ketika ingin menggauli isterinya, maka seeloknya ia membaca doa sebelum jimak ini.” Bismillah, allahumma jannibnas-syaithaan wa jannibis-syaithaana maa razaq-tanaa. 

Ertinya: “Dengan (menyebut) nama Allah SWT, ya Allah, jauhkanlah kami dari (gangguan) syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.”

Keutamaan Membaca Doa Sebelum Jimak Ini Buat Suami Isteri

Menurut Almanhaj.or.id, doa ini memiliki keutamaan khas, yang disebut dalam hadis dari Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, 

“Kemudian jika Allah menakdirkan (lahirnya) anak dari hubungan intim tersebut, maka syaitan tidak boleh mencelakakan anak tersebut selamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut menunjukkan adab dalam berjimak, iaitu seorang suami haruslah membaca bismilah dan mengiringi perbuatan bersama isteri itu dengan doa sebelum jimak tersebut. 

Doa ini juga memiliki beberapa manfaat, apabila Allah SWT menakdirkan lahirnya anak bagi mereka hasil dari hubungan tersebut, maka anak itu adalah keberkatan Allah SWT. Dan doa yang dibaca akan mendatangkan perlindungan, sehingga syaitan tidak boleh mencelakainya. 

Doa Saat Mengeluarkan Air Mani

Selain doa sebelum melakukan hubungan seks, ketika mengeluarkan air mani juga, suami harus berdoa agar air mani yang dikeluarkan boleh memberi keturunan yang baik.

Berikut merupakan doa ketika mengeluarkan air mani:

“Allahummaj’alnuthfatna dzurriyyatan thayyibah” Ertinya: Ya Allah, semoga sperma yang kami keluarkan boleh menghasilkan keturunan yang baik.

Doa selepas selesai berhubungan intim suami isteri

Tidak hanya sebelum berjimak, doa setelah selesai berhubungan intim juga sebaiknya dilakukan oleh pasangan. Pasangan suami isteri harus berdoa dengan mengucapkan alhamdulillah. 

Doa ini dibaca untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberi kenikmatan luar biasa ketika melakukan hubungan intim. Doanya berbunyi begini:

Alhamdulillaahi Lladzii Khalaqa Maa I Basyaraa,” Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan)

Cara Bertahan Lama Semasa Bersetubuh

  1. Bacalah doa sebelum bersetubuh.
  2. Alihkan perhatian otak dengan berfikir tentang perkara lain dan jangan terlalu fokus pada kenikmatan.
  3. Kira nombor secara berulang-ulang (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10) untuk mengalihkan perhatian.
  4. Gunakan sarung getah (tetapi elakkan penggunaan jika sedang berusaha untuk mendapatkan bayi).

Doa Selepas Melakukan Persetubuhan

Berikut adalah doa yang boleh dibaca oleh suami isteri selepas melakukan persetubuhan:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ خَلَقَ مِنَ المْـَــاءِ بَشَـــرًا

“Alhamdu lillaahi dzdzii khalaqa minal maa i basyaraa”

Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan).

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan

Di dalam Islam diajar berkaitan adab-adab daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara dan ini menunjukkan akan kesempurnaan agama Islam. Di samping itu juga, antara tujuan Nabi SAW diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ini kerana, sebelum daripada diutusnya Nabi SAW, masyarakat pada waktu itu hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertamadun.

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, no. Hadith 273][Lihat juga: al-Jami’ al-Saghir, no. Hadith 2584]

Berdasarkan soalan di atas, kami tidak menemui mana-mana doa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW pada saat keluarnya mani seseorang itu ketika bersama dengan isterinya. Akan tetapi, Imam al-Ghazali (505 H) ada menyebut satu doa ketika keluarnya mani ketika membahaskan berkaitan adab-adab berkahwin. Kata Imam al-Ghazali:

Apabila hampirnya atau inzal (keluar mani) maka sebutlah di dalam hati kamu dan jangan kamu gerakkan bibir kamu:

الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang menjadikan manusia daripada air mani, lalu dijadikannya mempunyai zuriat dan pertalian keluarga. Dan Sememangnya Tuhanmu itu berkuasa mencipta apa jua yang dikehendakinya.” [Lihat: Ihya’ ‘Ulum al-Din, 50/2]

Doa ini diambil daripada sepotong ayat al-Quran iaitu:

  • Firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا ۗ وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

al-Furqan:54

Stories Rakan Kongsi
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!

Maksudnya: “Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya).”

Di dalam kitab al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra ada disebut oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (974 H) berkaitan doa di atas:

قَالَ بَعْضُهُمْ وَيُسَنُّ أَنْ يَقْرَأَ قَبْلَ ذَلِكَ الْإِخْلَاصَ ثَلَاثًا وَيُسَبِّحَ وَيُهَلِّلَ وَيُكَبِّرَ وَيُجْرِي عَلَى قَلْبِهِ عِنْدَ الْإِنْزَالِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ مِنْ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَلَا يَتَلَفَّظُ بِهِ

Maksudnya: “Sebahagian mereka (ulama’ bermazhab al-Syafie) mengatakan disunatkan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali, bertasbih, bertahlil dan bertakbir serta sebutlah di dalam hati ketika inzal (keluarnya mani) “الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ مِنْ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا” dengan tidak melafazkannya (dibibir).” [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 107/4]

Tambahan pula, kita dianjurkan atau disunatkan sebelum mendatangi isteri (sebelum melakukan persetubuhan) agar membaca satu doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

  • Daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma , bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu ingin mendatangi isterinya maka bacalah:

 بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Maksudnya: Dengan nama Allah, ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami.

 Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [Riwayat al-Bukhari (6388)]

 Doa ini juga disebut oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami ketika ditanya berkaitan zikir ketika ingin bersetubuh bersama isteri dan ia juga disunatkan bagi isteri untuk membacanya atau keduanya sekalipun pasangan itu pada kebiasaannya tidak mendapat anak (seperti mandul atau sebaginya) kerana di sana sentiasa ada kemungkinan pasangan tersebut mendapat anak, juga hikmahnya bahawa rezeki Allah itu lebih umum berbanding untuk mendapatkan anak sahaja. [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 107/4]

 Satu perkara yang perlu dititikberatkan ketika setiap pasangan itu sedang melakukan persetubuhan adalah tidak dibenarkan untuk membaca al-Quran kerana pada waktu itu pasangan tersebut berada di dalam keadaan berjunub melainkan ia dibaca di dalam hati tanpa melafazkannya di bibir sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami di atas

Semoga doa ini menjadi penghantar yang baik sebelum dan sesudah melakukan hubungan intim. Semoga anda hamil kelak!

***

The Rohani, MuftiWP

Anda boleh sertai komuniti keibubapaan terbesar di Asia Tenggara dengan memuatnaik aplikasi theAsianparent kami untuk berinteraksi dan saling berkongsi maklumat tentang kehamilan, penyusuan, dan perkembangan bayi dengan klik gambar di bawah ini. 

Doa Jimak Untuk Mudah Hamil, Amalkan Sebelum & Selepas Bersama, Cubalah!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Cara Betul Untuk Cepat ‘Melekat’, Tak Perlu Angkat Kaki Lepas Seks, itu Mitos Saja!

Baca juga: Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

Baca juga: Pasangan Suami Isteri Yang Guna Alat Mainan Seks Terbukti Lebih ‘Bahagia’. Pernah Cuba?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Doa Jimak Untuk Mudah Hamil, Amalkan Sebelum & Selepas Bersama, Cubalah!
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham