4 Cara Betul Untuk Cepat "Melekat", Tak Perlu Angkat Kaki Lepas Seks, Itu MITOS Saja!

lead image

Anda tak perlu angkat kaki selepas seks untuk cepat hamil. Sebaliknya, cuba lakukan cara-cara ini.

Ramai kaum isteri yang risau peluang mereka untuk hamil akan tipis apabila melihat sperma suami asyik meleleh, walaupun tiada pergerakan lepas seks. Apa cara nak buat anak dengan betul?

Adakah sperma ini cukup? Boleh ke anda hamil? Bertenang. Orang dulu-dulu pula kata, lepas berhubungan intim, anda perlu berbaring selama 20-30 minit atau mengangkat kaki supaya sperma “cepat lekat”. 

Betul ke? Sebab itu anda wajib tahu cara nak buat anak dengan betul. 

Cara Nak Buat Anak Dengan Betul – Perlu Ke Saya Risau Sperma Suami Asyik Meleleh?

cara nak buat anak dengan betul, cara buat anak, cara buat anak kembar, gambar posisi cepat hamil, cara cepat hamil menurut islam, cara cepat hamil setelah haid selesai, posisi bercinta untuk program hamil, cara cepat mengandung selepas haid, cara bersetubuh menurut ajaran islam, petua cepat hamil cara tradisional, produk untuk mengandung, kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil, cara bersetubuh agar cepat hamil, cara untuk mengandung, cara cepat mengandung, apa perlu buat selepas bersetubuh,

Oleh sebab isu ini sering menjadi persoalan di kalangan wanita di Malaysia, theAsianparent telah meluangkan masa dengan doktor pakar untuk menyoal isu cara buat anak dengan betul ini. 

Menurut Dr Mohamed Iqbal Cassim, pakar kesuburan dari Afrika Selatan, isteri tidak perlu risau jika sperma suami kerap meleleh selepas hubungan seks. Ia adalah normal

Sperma yang meleleh itu bermaksud suami telah mengeluarkan ejakulasi yang mencukupi. Malah, normal untuk anda nampak sperma suami meleleh selepas dilepaskan dalam vagina.

Ini kerana tidak semua air mani yang dikeluarkan suami itu mengandungi sperma. Hanya 5% daripadanya adalah sperma, manakala 95% lagi merupakan air.

Cara Nak Buat Anak Dengan Betul: Jika Sperma Sikit, Boleh Ke Saya Hamil?

cara nak buat anak dengan betul, cara buat anak, cara buat anak kembar, gambar posisi cepat hamil, cara cepat hamil menurut islam, cara cepat hamil setelah haid selesai, posisi bercinta untuk program hamil, cara cepat mengandung selepas haid, cara bersetubuh menurut ajaran islam, petua cepat hamil cara tradisional, produk untuk mengandung, kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil, cara bersetubuh agar cepat hamil, cara untuk mengandung, cara cepat mengandung, apa perlu buat selepas bersetubuh,

Jika 95% air mani suami adalah air, adakah 5% sperma itu cukup untuk buat anda hamil? Jawapannya ya. 

Apabila suami melepaskan air maninya ke dalam vagina anda, ia akan tetap sampai ke dinding serviks anda. Walaupun ada banyak air mani yang meleleh keluar selepas itu.

Jadi, anda tidak perlu mengangkat kaki, atau berbaring selama 20-30 minit untuk membenarkan sperma “sampai” ke dinding rahim. Cukuplah sekadar berbaring sekejap, tanpa ke tandas.

Jika diizinkan Tuhan, peluang untuk hamil anda tidak akan tipis walaupun air mani suami banyak meleleh. Jangan risau. Teruskan usaha seperti biasa. 

Apa Tips Cepat Hamil Yang Berkesan?

cara nak buat anak dengan betul, cara buat anak, cara buat anak kembar, gambar posisi cepat hamil, cara cepat hamil menurut islam, cara cepat hamil setelah haid selesai, posisi bercinta untuk program hamil, cara cepat mengandung selepas haid, cara bersetubuh menurut ajaran islam, petua cepat hamil cara tradisional, produk untuk mengandung, kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil, cara bersetubuh agar cepat hamil, cara untuk mengandung, cara cepat mengandung, apa perlu buat selepas bersetubuh,

Apa kata anda cuba tips cepat hamil ini pula.

  1. Tahu waktu subur anda: Jika anda tidak tahu bagaimana ingin mengira waktu subur, sila semak artikel ini.
  2. Jangan buat seks terlalu kerap: Seks yang kerap bukan bermaksud peluang lebih tinggi. Sebaliknya, cuba buat seks pada waktu-waktu tertentu ini untuk cepat hamil.
  3. Capai orgasma: Bukan saja suami, isteri pun kena capai orgasma atau rasa puas. Barulah anda lebih cepat hamil!
  4. Jangan merokok dan amalkan gaya hidup sihat: Banyakkan bersenam, jangan minum terlalu banyak kafein, dan lebihkan makanan asid folik dalam diet anda

Cara Nak Buat Anak Dengan Betul: Dapatkan Pandangan Pakar

cara nak buat anak dengan betul, cara buat anak, cara buat anak kembar, gambar posisi cepat hamil, cara cepat hamil menurut islam, cara cepat hamil setelah haid selesai, posisi bercinta untuk program hamil, cara cepat mengandung selepas haid, cara bersetubuh menurut ajaran islam, petua cepat hamil cara tradisional, produk untuk mengandung, kedudukan selepas bersetubuh untuk hamil, cara bersetubuh agar cepat hamil, cara untuk mengandung, cara cepat mengandung, apa perlu buat selepas bersetubuh,

Jika anda telah bertahun-tahun mencuba, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata, tiada salahnya untuk anda pergi berjumpa pakar.

Antara sebab kebanyakan suami isteri sukar untuk hamil mungkin kerana masalah kesihatan yang tersembunyi. Antaranya seperti masalah ketidaksuburan, endometriosis dan lain-lain.

Senggugut yang teruk setiap kali datang haid juga bukanlah normal. Jadi, lakukan pemeriksaan berkala. Apapun, jangan lupa berdoa dan jangan menunding jari di antara satu sama lain.

Isu ketidaksuburan bukan terletak di bahu isteri semata-mata, maka dapatkan pemeriksaan buat kedua-dua pasangan. Terdapat juga pelbagai kaedah lain yang boleh digunakan untuk mendapat anak.

Apa yang penting, jangan berputus asa ya! Semoga info ini berguna buat anda. Selamat mencuba!

Sumber rujukan: WebMDHealth 24, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

9 Cara Berhubungan Intim Agar Cepat Hamil Setelah Haid

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner