X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!

5 min bacaan
Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!

Kali ini kami kongsikan doa rumah tangga berkekalan yang boleh diamalkan oleh suami isteri agar saling menyayangi & memahami satu sama lain.

Banyak kes perceraian berlaku, malangnya tiada statistik kebahagiaan yang dinyatakan padahal pasti berganda lebih banyak dari pasangan yang bercerai. Bagi anda yang sedang diuji, amalkan beberapa doa rumah tangga berkekalan untuk mengurangkan rasa gelisah dan overthinking dengan pasangan.

Tidak ada salahnya bagi pasangan yang berkahwin mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni, tetapi adalah lebih baik jika kita bergantung harap kepada Allah SWT dengan meminta perlindungan dan pertolongan serta memohon doa rumah tangga berkekalan dunia akhirat. 

Doa rumah tangga berkekalan, pengikat kasih sayang

doa rumah tangga

1. Doa agar cepat dapat anak

Salah satu punca penceraian boleh berlaku adalah kerana mereka belum dikurniakan zuriat. Jadi, si isteri boleh cuba amalkan doa ini untuk cepat dapat anak.

ۚوَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah sebaik-baik pewaris.” Surah Al-Anbiya ayat 89

2. Doa murah rezeki

Advertisement

Masalah lain yang boleh mencetuskan keretakan rumah tangga ialah masalah ekonomi. Untuk mengelakkan perkara ini, anda boleh cuba amalkan doa seperti di bawah.

قَالَ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللهم رَبَّنَآ اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَاۤىِٕدَةً مِّنَ السَّمَاْءَوِ تَلَكُمْ َوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِّنْكَ وَارْزُقْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرّٰزِق ِيْنَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (pada hari ia turun) menjadi hari raya bagi kami, iaitu orang-orang yang bersama kami, dan orang-orang yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu. Berikanlah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki.” Surah Al-Mai’dah ayat 114

3. Doa dipermudahkan urusan

Dipermudahkan urusan dalam segala kehidupan yang mendatang sudah pasti menjadi impian semua pasangan suami isteri. 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya:“Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” Surah Al-Kahfi ayat 10

4. Doa melembutkan hati pasangan

Suami isteri yang mempunyai hati yang lembut dan penyayang akan mewujudkan kehidupan rumah tangga yang harmoni.

مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى ۙ اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى ۙ تَنْزِيْلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْاَرْضَ وَالسَّمٰوٰتِ الْعُلٰى ۗ اَلرَّحْمٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوٰى

Maksudnya: “Kami (Allah) tidak menurunkan Al-Quran ini kepada kamu supaya kamu dicederakan! Tetapi untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut. (Al-Quran) diturunkan dari Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan cinta, bersemayam di atas takhta. Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, dan di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah.” Surah Taha ayat 2-5

5. Doa meningkatkan ketakwaan suami isteri

Satu lagi doa untuk menyelamatkan rumah tangga daripada penceraian yang boleh diamalkan buat pasangan suami isteri untuk menambahkan ketaqwaan antara satu sama lain.

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُّن ٍ نَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang (ahli keluarga) yang bertakwa.” Surah Al-Furqan ayat 74

6. Doa meningkatkan kasih sayang antara pasangan

Kasih sayang yang terus bercambah hari demi hari dalam kehidupan suami isteri mampu menjadikan rumah tangga kekal dan harmoni. Untuk itu, amalkan doa dari surah Taha ayat 39.

وَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ

Maksudnya: “Dan Aku telah menanamkan dari kemurahan-Ku perasaan belas kasihan kepada kamu, dan supaya kamu dilindungi dan dipelihara di bawah pengawasanKu.”

7. Doa minta dijauhkan dari orang ketiga

Godaan pihak ketiga adalah satu lagi masalah yang sering dialami oleh pasangan suami isteri. Kehadiran mereka boleh menjadi punca utama kepada perceraian. 

Amalkan doa dari surah Al-Qasas ayat 84 agar rumah tangga terus kekal harmoni dan gembira. 

مَنْ جَاۤءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهٗ خَيْرٌ مِّنْهَاۚ وَمَنْ جَاۤءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجَّلَا يُجَّلَا اٰتِ اِلَّا مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang datang dengan membawa kebaikan (pada hari kiamat) maka dia akan mendapat balasan yang lebih baik daripadanya. Dan sesiapa yang datang dengan amal yang buruk, maka orang yang melakukan kejahatan tidaklah dibalas melainkan apa yang mereka kerjakan.”

8. Doa supaya suami isteri bertambah erat

Ada doa yang bertujuan agar hubungan suami isteri sentiasa rasa dekat dan bertambah erat, tidak kira rohani dan jasmani. Doa ini boleh diamalkan lebih-lebih lagi jika pasangan menghadapi pelbagai masalah dan ujian dalam rumah tangga.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ ، وَنَجِّنَا مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا ، قَابِلِيهَا ، وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا

Maksudnya: “Ya Allah, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan silaturrahim antara kami, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhkan kami dari segala keburukan, yang nampak dan yang ghaib. Berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, isteri kami dan keturunan kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-Mu, orang-orang yang memuji nikmat-Mu, orang-orang yang menerima nikmat-Mu, dan sempurnakanlah nikmat-Mu kepada kami.”

Semoga bermanfaat buat pasangan suami isteri yang sedang dilanda ujian untuk menghadapinya dengan tenang dan sabar.

Pop Mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari

Baca juga: Ini Doa Pengantin Baru Buat Pasangan Yang Baru Bernikah Agar Mendapat Keberkatan Dalam Rumah Tangga

Baca juga: Suami Abaikan Perasaan Isteri Secara Sengaja, Boleh Sempitkan Rezeki & Sukar Untuk Berjaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham