Mendoakan sesama umat Islam merupakan tindakan yang sangat terpuji. Salah satu contohnya adalah berdoa untuk keselamatan dan kelancaran bagi mereka yang melaksanakan ibadah haji. Berikut adalah doa untuk orang berangkat haji sesuai sunnah.
Isi Kandungan
Anjuran Menunaikan Ibadah Haji
Pada dasarnya, ibadah haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan bagi umat Islam yang mampu dan memenuhi syarat. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab “Fiqhul Islam wa Adillatuhu” oleh Wahbah Az-Zuhaili, Juz 3.
Selain itu dijelaskan bahawa ibadah haji memiliki keistimewaan untuk menghapus dosa-dosa kecil dan menyucikan jiwa daripada segala perkara maksiat. Hal ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis seperti Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan at-Tirmidzi:
“Barang siapa menunaikan haji tanpa mengucapkan kata-kata kotor dan tidak berbuat maksiat, nescaya dia bersih dari dosa-dosanya seperti ketika dia baru saja dilahirkan ibunya.”
Perintah haji disebutka dalam surat Ali ‘Imran ayat 97:
فِيْهِ اٰيٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ مَّقَامُ اِبْرٰهِيْمَ ەۚ وَمَنْ دَخَلَهٗ كَانَ اٰمِنًا ۗ وَلِلّٰهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ اِلَيْهِ سَبِيْلًا ۗ وَمَنْ كَفَرَ فَاِنَّ اللّٰهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعٰلَمِيْنَ
Rumi: fîhi âyâtum bayyinâtum maqâmu ibrâhîm, wa man dakhalahû kâna âminâ, wa lillâhi ‘alan-nâsi ḫijjul-baiti manistathâ’a ilaihi sabîlâ, wa mang kafara fa innallâha ghaniyyun ‘anil-‘âlamîn
Ertinya: “Di dalamnya terdapat tanda-tanda yang jelas, (di antaranya) Maqam Ibrahim. Siapa yang memasukinya (Baitullah), maka amanlah dia. (Di antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, (iaitu bagi) orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Siapa yang mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) dari seluruh alam.”
Bacaan Doa untuk Orang Berangkat Haji
Berikut adalag doa untuk orang berangkat haji sesuai sunnah yang sesuai dibaca ketika perjalanan akhir jemaah sebelum menunaikan haji.
أَسْتَوْدِعُ الله دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Rumi: Astaudi’ullaha diinaka wa amaanataka wa khawaatima ‘amalik
Ertinya: “Aku menitipkan agamamu, amalanmu dan akhir amal perbuatanmu kepada Allah.” (HR Tirmidzi)
Bacaan Doa agar Jemaah Mudah Menunaikan Haji
اللهم بلغنا مكة والمدينة والْعَرَفَةَ وَارْزُقْنَا الْحَج المبرور وَارْضَ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allahumma ballighna makkata wal maddiinata wal ‘arofata warzuqnal hajjal mabruuroo wardho ‘annaa waghfirlanaa warhamnaa anta maulaanaa fanshurnaa ‘alal qoumil kaafiriin
Ertinya: “Ya Allah, sampaikanlah kami ke Kota Mekah dan Madinah serta Padang Arafah. Anugerahilah kami haji yang mabrur, semoga Engkau redha kepada kami dan mengampuni dosa-dosa kami, rahmatilah kami, sesungguhnya engkau penolong kami, tolonglah kami dari kaum yang kafir.”
detik.com
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rezeki Dapat Tunai Haji Di Usia Muda, Berkat Ibu Konsisten Buat Potongan Gaji Setiap Bulan
Baca juga: Surah Yusuf Ayat 4 – Doa Penyeri Wajah, Elok Wanita Amalkan Lebih Manis Dan Bertambah Seri
Baca juga: Senarai Barang Keperluan Haji Yang Perlu Di Bawa, Sediakan Awal Lebih Baik!