Tahniah kerana anda insan yang terpilih! Walaupun teruja nak berangkat ke tanah suci, bawa barang keperluan haji yang perlu sahaja supaya segala urusan menjadi mudah ketika menunaikan haji/umrah. tidaklah anda pening kepala lagi!
Checklist Barang Keperluan Haji Untuk Jemaah Lelaki & Perempuan
Senarai barang keperluan haji amat penting untuk memastikan segala urusan berjalan lancar terutama apabila membawa keluarga besar. Perkongsian ini dibuat oleh Farhana Goh dalam posting di Facebook miliknya ketika menunaikan haji bersama suami serta ibu bapa.
“Hana kongsikan sebab ramai sangat DM tanya apa nak prepare untuk ibu ayah dan diri sendiri serta suami.”
Beg kita adalah almari sepanjang di sana. Jadi, bila tersusun mudah untuk mengambil dan menyimpan barang semula.
Barang Mandian:
- Syampoo Rambut – Sederhana
- Syampoo Badan – Sederhana
- Sabun Basuh – 1 Buku (kalau tak cukup nak beli liquid atau serbuk punya pun boleh di sana). Nak hantar dobi pun boleh tapi basuh sendiri lagi senang. 30 minit dah kering.
- Ubat Gigi – Sederhana
- Berus Gigi
- Pencuci Muka
- Pelembab Muka – Tak wangi & sah solat
- Deodorant – Tak wangi & sah solat
- Tuala Wanita (sana mahal dan susah cari size)
- Pampers/Panty Liner panjang tebal (Jika kerap terkencing)
- Kain Batik – 2 helai
- Tuala Mandi
- Kain Basahan yang Bergetah (spt berkemban) optional
- Kain pelikat – Digunting cantuman (tidak menjadi kain sarung) – utk lelaki
- Tali ampaian
- Hanger baju lipat . Jual di shopee
- Pengepit baju
- Hanger kecil utk ampai seluar dalam
- Extension Wire
- International Charger
- Pisau Cukur
- Gunting kecil – Tahalul
- Ketip kuku
- Sikat rambut.
- Sejadah sederhana tebal. – solat di bilik @ jamaah di hotel
- Buku Tulis @ Pen – Ada kuliah Haji & info2 Haji
Pakaian:
- Baju Kurung – 2 Psg
- Baju Jubah – 3 Pasang
- Baju tidur : Kelawar@ T-Shirts
- Seluar Panjang – pakai dalam jubah (elak kain terselak oleh angin)
- Telekung – 4 pasang (1 pasang dipakai semasa di padang Arafah warna putih)
- Tudung Ziarah –
- Beg sling spare – letak HP, buku doa dsb. (biasanya beg sling @ sandang TH cepat putus)
- Pin baju – semat name tag bertali di telekung
- Pin bayi – semat kain ihram
- Kain Ihram – 2 pasang
- Baju Jubah
- Baju Melayu/Kurta
- Seluar panjang
- Kain pelikat
- Seluar dalam
- Seluar dalam pakai buang untuk wanita waktu kerja haji . Senang buang terus kalau terkena najis.
- Baju T-shirts
- Bekas Botol Air utk minum
- Ubat- Ubatan dan Vitamins
- Kasut – Cari kasut utk walking shoes @ Selipar Jalan yg selesa
- Botol spray untuk wudhu’
- Minyak urut panas (kita akan banyak jalan memang amat perlu)
- Minyak urut gamat
- Minyak Geliga @ Minyak kapak
- Beg uncang – utk simpan selipar
- Lotion tidak berbau wangi – kulit2 akan kering sebab banyak berjalan atau cuaca panas. Kalau waktu buat Haji tu boleh sapu2 dekat tapak, jari kaki dan tangan.
Barang Keperluan Haji: Kegunaan Di Padang Arafah @ Muzdalifah @ Mina
- Buku Doa & 100 doa
- Al Quran kecil
- Tasbih – zikir
- Penyangkut bentuk “S” – 2 unit semasa sangkutkan plastik barang2 mandian & pakaian.
- Plastik utk sangkut dlm bilik air
- Beg Tarik TH
- beg spare – mcm beg biru ikea
- Bekas simpan air @ Kole Air (untuk ambik air panas di Mina) @ termos kecil
- Selipar Tandas yang boleh sarung stoking. Sebab nak ke tandas kena jaga aurat juga. Akan selisih lelaki perempuan.
- Payung Foldable beli dekat shopee
- Tali Rafia – utk ikat khemah yg koyak atau buat langsir dan penyidai
- beg uncang utk kutip batu
- plastik ais cream – 1 plastik isi 7 anak batu & ikat ( utk melontar)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Elak Ditipu Beribu, Wanita Ini Kongsi Panduan Lengkap Pergi Haji Dengan Pakej VIP
Baca juga: Nak Pergi Umrah Bersama Bayi Hujung Tahun Ini, 10 Tips Ini Paling Praktikal Untuk Ibu Ayah
Baca juga: Nak Kirim Doa Pada Ahli Keluarga Atau Teman Yang Pergi Tanah Suci? Ini Antara Contoh Kiriman Doa Di Depan Kaabah Yang Baik Untuk Dikirim
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!