Jika Rindu Pada Insan Yang Telah Tiada, Sedekahkan Doa Untuk Orang Meninggal

Anda boleh membacakan doa untuk orang meninggal untuk insan tersayang yang telah tiada untuk ketenangan mereka di sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila kita bersendirian, satu persatu kenangan bersama insan tercinta yang telah tiada muncul. Hati mula terasa rindu, alangkah baiknya jika anda membacakan doa untuk orang meninggal untuk insan tersayang yang telah tiada.

Sebagai umat Islam, kita juga dianjurkan membaca doa untuk memohon keampunan untuk mereka. Ia ada diceritakan dalam sebuah peristiwa ketika Baginda SAW selesai menguburkan jenazah, kemudian Baginda berdiri dan berkata :
استغفِروا لأخيكم ، واسألوا له بالتَّثبيتِ فإنَّه الآن يُسألُ
Maksudnya :
Mohonkanlah ampun untuk saudara kalian dan mintalah kekuatan untuknya kerana sesungguhnya dia sekarang sedang ditanya.—Dari Uthman Bin Affan, 4/264. Disahihkan oleh Al-Albani

Di dalam berdoa terdapat keluasan selagimana doa atau makna doa itu adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama maka ia dibenarkan di samping tidak menafikan bahawa doa yang terbaik adalah doa yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW yang sahih.

Di samping itu juga, doa yang terbaik juga adalah doa yang difahami dan tidak semestinya di dalam bahasa arab. Ini kerana, jika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.

Berikut adalah doa-doa yang boleh anda amalkan :

1. Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ثَــبـِّـــتْهُ
Maksudnya :
Ya Allah, ampunilah dia dan kuatkanlah dia (untuk menjawab pertanyaan malaikat)
Ia adalah salah satu bakti terakhir yang boleh dihadiahkan kepada mereka. Sama ada insan tersebut adalah di antara kalangan kita mahupun yang tidak dikenali, boleh saja hadiahkan doa ini kepada mereka.

2. Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal Lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
 
Bacan rumiAllahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah lelaki),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

3. Doa Ringkas Untuk Orang Meninggal Perempuan

Untuk jenazah perempuan, lafaz hu diganti menggunakan lafaz ha seperti berikut:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Bacan rumi : Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya : 
Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah perempuan),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Doa Untuk Ibu Bapa

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya : 

Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.
Bacalah doa ini untuk ibu bapa kita ketika mereka hidup dan juga telah meninggal dunia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 6 Doa Banjir Yang Boleh Diamalkan Agar Dilindungi Dari Musibah & Banjir Segera Surut

Baca juga : Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Baca juga : Panduan Doa Qunut Nazilah Untuk Keselamatan Umat Islam Di Palestin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi