Doktor Yang Tak Mementingkan Diri Sendiri
Salah satu ciri-ciri doktor yang baik adalah mereka yang mementingkan pesakit lebih dari diri sendiri. Beginilah kisah bagi doktor bernama Amanda Hess ini.
Beliau telah bergegas menyelamatkan bayi lain yang berada dalam kesusahan walaupun ketika beliau sendiri sedang sarat mengandung.
Hess, seorang pakar obstetrik dan pakar wanita dari Frankfort, sedang memakai gaun hospital dan menunggu gilirannya untuk persalinan teraruh di Pusat Perubatan Frankfort apabila dia mendengar seorang wanita di bilik bersalin lain sedang meraung kesakitan.
Kelahiran Kecemasan
Rupa-rupanya wanita tersebut adalah Leah Halliday Johnson, salah seorang pesakit Hess.
Jururawat memberitahu Hess bahawa mereka mendapati tali pusat bayi Leah telah terbelit dengan longgar di lehernya. Bayi Leah memerlukan bantuan segera, tetapi doktor bertugas telah pun pulang untuk berehat.
Baca juga:
10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Setiap Bakal Ibu Perlu Ambik Serius
Lalu, tanpa memikirkan keadaannya yang sedang sarat mengandung dan menunggu giliran untuk melahirkan anak sendiri, Hess pastas pergi menolong Leah melahirkan anaknya.
“Saya cuma mempunyai masa untuk menutup bahagian belakang dengan gaun satu lagi dan memakai kasut. Saya terus ke biliknya,” kata Hess kepada WKYT. “Saya ingat saya telahpun bertugas sehingga minit-minit terakhir, tetapi ini betul-betul sehingga saat terakhir,” katanya bergurau.
Jururawat bertugas telah meminta Leah untuk berhenti menolak kerana takut bayinya akan lemas, tetapi Leah sudah tidak dapat menahan kesakitan.
Apabila Hess masuk ke bilik untuk membantu, Leah tidak perasan bahawa doktor itu juga memakai gaun bersalin.
Akhirnya Semua Selamat
Akhirnya, Leah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Tidak lama selepas itu, doktor bertugas telah tiba dan mengambil alih tugas Hess. Hess pun kembali ke bilik persalinannya dan pada malam yang sama, dia juga melahirkan seorang bayi perempuan bernama Ellen Joyce.
Sungguh murni usaha doktor tersebut untuk menyelamatkan salah satu pesakitnya itu! Semoga Tuhan sentiasa melindungi beliau dan anaknya yang baru lahir.
Kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan sihat. Doktor Hess dijangka akan mengambil cuti bersalin selama 8 bulan.
Masih ada insan berhati mulia di dunia ini yang tidak mudah berputus asa untuk menyelamatkan nyawa.
Tepukan gemuruh untuk mereka yang bertugas siang malam di hospital bagi menjaga pesakit, dan mereka yang selalu mementingkan pesakit lebih dari diri sendiri. Sumbanganmu amat dihargai.
Sumber: Mirror, The Washington Post, NBC News
Baca juga:
Doktor Keguguran Semasa Menyambut Bayi, Rupanya Dia Sendiri Mengandung Luar Rahim!