Bekalan Susu Badan Semakin Berkurang? Ada Ibu Makan Ubat Domperidone, Namun Adakah Ia Selamat?

Ubat Domperidone adalah ubat penambah susu ibu. Adakah ia selamat untuk digunakan? Apakah sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan ibu menyusu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu ibu adalah makanan yang paling berkhasiat untuk bayi, tapi sebagai ibu menyusu, anda pasti akan mengharungi beberapa cabaran. Cabaran dalam menyusu termasuk mencari cara banyakkan susu ibu selain bayi tidak mahu atau sukar menyusu, puting susu merekah, payudara membengkak serta bekalan susu yang berkurangan.

Terdapat banyak petua semulajadi untuk meningkatkan bekalan susu ibu termasuk mengurut payudara, makan banyak makanan yang boleh menambah susu, dan pengambilan vitamin tambahan. Sungguhpun sudah ada cara semulajadi, ada ibu yang ambil langkah dengan memakan ubat untuk menangani masalah ini.

Tetapi soalan yang paling penting di sini, adakah ubat ini selamat?

Cara banyakkan susu ibu dengan ubat Domperidone

Kredit: The Bump

Ubat popular yang selalu digunakan untuk meningkatkan bekalan susu ialah Domperidone (Motilium). Ia sering diguna untuk melegakan sakit perut seperti rasa loya dan muntah-muntah.

Kesan sampingan ubat ini adalah kenaikan paras prolaktin.  Prolaktin adalah hormon yang merangsang pengeluaran susu, ia sering dikenali sebagai “hormon ibu”.

Di Malaysia, Domperidone adalah ubat Kumpulan B (Preskripsi sahaja). Tapi ubat ini tidak boleh dijual di Amerika Syarikat, kerana ia tidak diluluskan oleh FDA kerana risiko aritmia jantung, serangan jantung, dan kematian secara tiba-tiba.

Ia jauh lebih bahaya dari keberkesanan dan manfaat untuk menyusu yang sihat.

Apa yang anda perlu tahu tentang Domperidone#1 Kesan sampingan pada jantung bergantung kepada faktor-faktor tertentu

Ubat ini hanya bahaya apabila diberi secara intravena kepada mereka yang sudah sakit tenat.

Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) dari UK berkata individu yang ada risiko yang lebih tinggi adalah:

  • Berusia 60 ke atas.
  • Makan ubat Domperidone dengan dos lebih dari 30 mg
  • Pesakit yang mengambil ubat QT-prolonging atau CYP3A4 bersama dengan Domperidone.

#2 Pengilang ubat ini sudah melarang wanita dari mengambilnya semasa menyusu

Meskipun Janssen Pharmaceuticals memberi pendapat yang berbeza dan menyatakan bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan jika ada jumlah kecil yang akan ditelan oleh bayi (maksimum 0.1% dari dos mengikut berat ibu) berbahaya ataupun tidak.

#3 Rawatan kronik guna Domperidone pada tikus menunjukkan peningkatan tumor payudara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: EndocrineWeb

Pusat Penyusuan Antarabangsa menyebut tentang kajian yang menghasilkan kesimpulan ini. 

Tapi pada masa yang sama, mereka mengingatkan ibu-ibu yang risiko kanser payudara akan berkurangan dengan penyusuan susu ibu.

#4 Domperidone disarankan oleh pakar laktasi dan doktor untuk kes-kes tertentu sahaja

Abbie Yabot, kaunselor laktasi berdaftar, pemimpin La Leche League, dan ahli penasihat ibu bapa untuk theAsianparent, telah menggunakan Domperidone untuk memulakan semula penghasilan susu ibu.

Tapi ubat ini ada kesan sampingan, jadi saya selalu bekerjasama dengan pakar wanita yang juga pakar laktasi,” kata Abbie.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah tugas doktor pakar wanita untuk menilai, memantau keadaan pesakit dan memberi nasihat.

#5 Risiko paling besar apabila wanita memakan ubat itu tanpa nasihat doktor

Kredit: SpunOut

Oleh sebab pil Domperidone adalah cara paling senang berbanding mengepam, atau berjumpa dengan pakar laktasi serta teknik-teknik lain, sesetengah wanita akan memilih untuk mengambilnya dan selalu dalam dos yang salah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di samping itu, apabila dicampur dengan ubat-ubat lain, wanita akan ada risiko yang sangat tinggi untuk arithmia jantung.

#6 Mungkin tidak akan beri kesan

Pakar laktasi dan doktor tidak hanya bergantung kepada ubat ini untuk menambahkan susu ibu kerana kadang-kadang ia disebabkan oleh faktor lain seperti teknik latching yang salah.

#7 Kesan sampingan lain

Perkhidmatan Kesihatan Wanita dan Bayi baru lahir (WNHS) di Western Australia memberi senarai kesan sampingan ini, jika anda mengambil ubat Domperidone untuk menambah bekalan susu ibu:

  • mulut kering
  • sakit kepala
  • kejang perut
  • ruam
  • insomnia
  • rasa pening
  • palpitasi
  • pengsan
  • sawan

Akhirnya..

Kredit: Shutterstock

Ini tip paling penting dari Abbie:

“Cara terbaik untuk meningkatkan bekalan susu adalah dengan meningkatkan kekerapan latching bayi. Jika anda mengepam atau menyusukan anak dengan lebih banyak, maka badan anda juga akan menghasilkan lebih banyak susu. “

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Domperidone harus dilihat sebagai alternatif terakhir dan wanita yang ingin menggunakannya haruslah berbincang dengan kedua-dua pakar perubatan dan pakar laktasi yang berdaftar.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Artikel ini diterbitkan semula dengan izin dari theAsianparent Filipina.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Wahai Ibu Yang Sedang Menyusu: Adakah Bayi Anda Cukup Makan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio