Wanita Patut Ada 2 Anak Saja Jika Mahu Kekal Cantik & Awet Muda - Kajian

Kajian ini menjelaskan mengapa dua anak cukup. Menurutnya, kehamilan berulang kali boleh menyebabkan stress oksidatif yang membuatkan kita nampak tua!

Ibu, mari dengar. Kajian ini memberikan berita baik buat para ibu yang ingin kekal menarik dan awet muda. Jika anda ingin nampak lawa dan awet muda, kajian ini memberikan anda satu pilihan iaitu – dua anak cukup!

Ya, anda tak salah membacanya.

Ada satu kajian yang dijalankan di Jagiellonian University, Poland dan ia menyatakan yang untuk kekal nampak muda dan lawa, anda boleh mempertimbangkan untuk ada keluarga kecil saja.

Menurut kenyataan para pengkaji kepada American Journal of Physical Anthropology:

“Wanita yang melahirkan sedikit anak sering dilihat sebagai lebih tampak menarik, muda dan sihat berbanding ibu yang ramai anak. Dalam kajian kami, ibu yang ada ramai anak (7 ke 9 orang) mendapat markah lebih rendah untuk setiap kategori.” 

Malah, kalau menurut kajian ini lagi, ibu yang ada ramai anak sering kelihatan kusut dan “tidak cantik”.

Dua anak cukup menurut kajian, kenapa ibu hilang seri kalau ramai anak?

Kami ingin cuba memahami kajian ini lagi. Jadi, kami bertanyakan soalan ini: kenapa dua anak cukup? Apa jadi pada ibu kalau ada anak lebih dari itu?

Penjelasan yang kami dapati daripada kajian ini adalah kehamilan yang berulang kali akan memberikan kesan kepada fizikal wanita.

“Tahap stress yang tinggi pada wanita yang ramai anak mungkin menjelaskan mengapa mereka cepat nampak tua dan kurang menarik. Penemuan ini menyatakan yang reproduksi telah memberikan kesan kepada rupa fizikal wanita.”

Walaupun kami berasa ragu-ragu pada mulanya tentang hasil penemuan kajian ini, namun apabila difikirkan semula, ada benarnya juga.

Ibu yang ramai anak berkerja lebih keras di rumah, menguruskan segala hal dan kurang masa untuk memberi perhatian pada diri sendiri. Ini terutamanya benar bagi mereka yang tiada pembantu rumah.

Ini pula tip untuk ibu yang ada ramai anak 

Tapi, kami juga merasakan yang ada saja ibu ramai anak di luar sana yang pandai menjaga diri, walaupun sibuk dengan anak.

Bagi mereka yang tiada masa untuk diri, cuba ikuti tip berikut ini:

  • Kongsi tanggungjawab jaga anak dengan suami
  • Dapatkan rehat yang mencukupi
  • Berlapang dada apabila nampak rumah kurang kemas. Minta anak atau suami bantu
  • Sibukkan anak dengan aktviti menarik sementara anda berehat
  • Nikmati kehidupan dengan nikmat ramai anak yang dikurniakan Tuhan
  • Makan makanan seimbang dan banyakkan minum air kosong
  • Kekalkan stamina dengan bersenam sekali-sekala
  • Manjakan diri dengan me-time

Cara membuat anak kembar kalau anda fikir dua anak cukup!

credit to sources

Tentu ada pasangan suami isteri yang memasang impian untuk memiliki cahaya mata kembar. Jadi untuk membantu anda, di sini ada beberapa tips  mudah yang mungkin boleh diamalkan. Apapun kita hanya ikhtiar dan yang menentukan adalah yang Maha Esa. 

Mintalah pertolongan daripadanya supaya ada denyut nadi lain dalam rahim isteri anda tidak lama lagi. 

#1. IVF merupakan salah satu teknologi dalam bidang reproduksi yang sering dimanfaatkan bagi membantu proses kehamilan adalah intervensi medical supaya membantu perempuan cepat mengandung.

#2. Ada sesetengah ubat mampu meningkatkan kesuburan dan biasanya berfungsi untuk meningkatkan jumlah sel telur yang diproduksi di indung telur perempuan. Apabila proses ini terjadi pada saat bersetubuh, ia sekaligus meningkatkan peluang untuk ibu hamil kembar.

#3. Jika ingin hamil kembar, ibu perlu cuba memperbanyakkan mengambil susu dan produk tenusu. Ia dianggap baik untuk ana yang sedang merancang kehamilan kembar.

#4. Pola makan juga turut menjadi salah satu faktor penting bagi anda yang sedang merancang kehamilan kembar. Jadi, perbanyakan makan makanan yang bersumberkan protein seperti bijian, ubi dan lain-lain.

#5. Posisi seks juga penting untuk meningkatkan peluang mengandung kembar misalnya seperti doggy style, women on top dan missionary.

Semoga info ini berguna untuk semua ibu-ibu di luar sana yang ingin tampil muda dan lawa sentiasa 😉

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hebatnya Seorang Ibu Bila Menyusukan 2 Anak Sekaligus, Ini 9 Tips Agar Anda Berjaya Menyusukan Anak

Baca juga: Berapakah Bilangan Anak Yang Ideal? Mesti Tahu Sebelum Kahwin Lagi, Kalau Tak…

Baca juga: Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan – Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

Penulis

Noor