Duduk bersila masa pantang boleh atau tidak? Mungkin ramai yang masih belum tahu, terutamanya ibu baharu di luar sana.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Ibu berpantang moden selamba duduk bersila selepas melahirkan bayi
- Badan ibu mengembang ketika hamil
- Kenapa tidak disarankan bersila ketika dalam pantang
Jika dahulu amalan berpantang amatlah ketat sehingga ibu tidak dibenarkan aktif bergerak dan berjalan pun kena kepitkan kaki. Namun kini kebanyakan ibu moden telah tidak mengamalkannya.
Ada yang bangga berkongsikan kisah selepas bersalin di hospital, mereka duduk bersila kerana tidak merasakan apa-apa kesan jahitan.
Ibu berpantang moden selamba duduk bersila selepas melahirkan bayi
Amalan berpantang dikenali sebagai tempoh selepas bersalin bagi setiap wanita.
Berpantang ini merupakan amalan tradisional di mana wanita lepas bersalin akan dikuarantin atau ‘dikurung’ di dalam rumah sehingga mencukupi satu tempoh bagi berehat dan memulihkan kembali tubuh selepas melahirkan anak.
Penjagaan diri selepas bersalin dikatakan amat penting bagi memastikan tubuh ibu benar-benar sihat. Jika dahulu tempoh berpantang sehingga 100 hari, namun kini ramai wanita pantang moden kerana tidak sanggup melaluinya dengan begitu lama.
Ha, jangan terkejut sebab amalan berpantang di luar negara sememangnya lebih unik dan istimewa tau! Si ibu dijaga dan dilayan istimewa seperti bayi pun ada.
Badan ibu mengembang ketika hamil
Untuk pengetahuan anda, bila kita mengandung kebanyakan badan para ibu akan menjadi longgar sebab nak memuatkan pembesaran bayi.
Sebab itulah para ibu akan merasa kesakitan di bahagian punggung – ia terjadi apabila bahagian pinggang dan punggung sedang melonggar kerana bayi sedang membesar di dalam rahim.
Bila bersalin pula, bayi sudah keluar dari perut dan sepatutnya kedua-dua bahagian iaitu pinggang dan punggung akan mula mengecut.
Tapi bergantung juga kepada setiap individu, ada yang tulang akan lebih cepat merapat. Ada yang anak pertama cepat, anak kedua lambat pula merapat.
Apabila tulang di bahagian punggung dan pinggang lambat mengecut atau merapat, para ibu akan kerap merasa sakit di bahagian pinggang dan punggung ketika berjalan dan juga bergerak.
Dari segi fizikal, kita hanya akan kelihatan mengembang dan lebih berisi daripada biasa.
Kenapa tidak disaran duduk bersila ketika dalam pantang?
Berbalik kepada topik yang ingin dibahaskan:
“Para ibu boleh duduk bersila ke jika sedang berpantang?”
Penjelasannya adalah ketika duduk bersila, bukaan punggung akan menjadi besar. Bukaan punggung kan sudah membesar asbab mengandung, dan masih belum mengecut serta merapat lagi. Tiba-tiba ditambah pula dengan duduk bersila.
Ketika duduk bersila, bermakna kita duduk dengan posisi yang tidak membantu pengecutan di bahagian punggung dan pinggang. Oleh itu, seeloknya ketika berpantang, ibu-ibu disarankan untuk duduk bersimpuh (yang macam kepit-kepit tu).
Dan adalah lebih baik untuk mengamalkan pemakaian bengkung bagi memastikan tulang pinggang dan punggung cepat merapat. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Berpantang Berpeluh-Peluh Terutama Di Waktu Malam, Menurut Doktor Ini Yang Anda Perlu Tahu!
Baca juga: Amalan Berpantang Di Luar Negara Yang Cukup Unik, Ibu Dilayan Istimewa Seperti Bayi!
Baca juga: Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut