TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Amalan Berpantang Di Luar Negara Yang Cukup Unik, Ibu Dilayan Istimewa Seperti Bayi!

4 min bacaan
Amalan Berpantang Di Luar Negara Yang Cukup Unik, Ibu Dilayan Istimewa Seperti Bayi!

Amalan berpantang di negara luar mungkin mempunyai sedikit perbezaan, namun matlamat berpantang masih kekal iaitu para ibu perlu berehat.

Amalan berpantang dikenali sebagai tempoh selepas bersalin bagi wanita. Berpantang ini merupakan amalan tradisional di mana wanita lepas bersalin akan dikuarantin atau ‘dikurung’ di dalam rumah sehingga mencukupi satu tempoh bagi berehat dan memulihkan kembali tubuh selepas melahirkan anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Amalan berpantang di luar negara yang unik dan istimewa
  • Cuti bersalin di negara-negara maju
  • Amalan berpantang bagi ibu selepas bersalin di Malaysia
  • Cara berpantang mengikut kaum

Penjagaan diri selepas bersalin dikatakan amat penting bagi memastikan tubuh ibu benar-benar sihat. Jika dahulu tempoh berpantang sehingga 100 hari, namun kini ramai wanita pantang moden kerana tidak sanggup melaluinya dengan begitu lama.

Amalan berpantang di luar negara yang unik dan istimewa

#1. India

– 40-60 hari bergantung pada kawasan
– Pengunjung tidak digalakkan
– Urutan harian menggunakan minyak biji sawi

#2. Afrika

– Kuarantin untuk 10-40 hari
– Dibantu oleh kaum keluarga dan rakan-rakan dalam tempoh pantang
– Menerima makanan istimewa dari keluarga, jiran dan lain-lain

#3. Jepun

– Ibu baru dilayan seperti bayi
– Tidak dibenarkan bergerak dengan banyak
– Pemakanan yang sihat

#4. Korea

– Perlu sentiasa berada di bilik yang bersuhu panas sedikit
– Tidak dibenarkan keluar dari rumah
– Sup rumpai laut tiga kali sehari

#5. China

– Rehat secukup-cukupnya (sebulan)
– Tidak digalakkan mencuci rambut untuk sebulan
– Tidak boleh mengambil makanan yang bersifat sejuk

#6. Belanda (The Netherlands)

– Ramai yang bersalin di rumah
– Dijaga oleh jururawat materniti selama lapan hingga 10 hari

#7. Amerika Latin

– Dikuarantin selama 40 hari
– Dibantu oleh saudara mara
– Penjagaan dan pantang bertujuan untuk mengelak daripada masalah seperti sakit kepala kronik

Wah, pelbagai jenis cara berpantang ya di negara luar. Menarik juga jika kita lihat kembali amalan berpantang mereka.

Cuti bersalin di negara-negara maju

Amerika Syarikat merupakan salah satu negara maju yang tidak mempunyai program cuti bergaji. Berlainan cerita pula dengan negara Sweden, di mana ibu dan juga bapa baru layak menerima 48 minggu cuti bergaji selepas mendapat kelahiran bayi mereka.

Di UK, mereka mendapat 38 minggu manakala di Russia, 28 minggu (cuti bergaji). Malaysia dan negara India juga tidak ketinggalan menawarkan cuti bergaji selama 12 minggu kepada ibu baru.

Lain orang, lain caranya. Ada ibu berpantang sudah berani keluar rumah bagi melakukan tugasan meskipun belum masuk minggu ketiga berpantang. Bukan itu sahaja, bayi yang terkena penyakit kuning juga memerlukan ibu ulang alik ke klinik pada setiap minggu.

Amalan berpantang bagi ibu selepas bersalin di Malaysia

Umum sedia maklum bahawa di Malaysia terdapat tiga etnik utama iaitu:

  • Melayu
  • Cina
  • India

Ketiga-tiga bangsa ini mempunyai amalan berpantang tradisional yang tersendiri. Meskipun amalan berpantang ketiga-tiga bangsa ini berbeza, namun matlamat utamanya adalah untuk menyokong ibu baru supaya lebih cepat pulih selepas melahirkan anak.

Mana tidaknya, tubuh badan seorang ibu selepas bersalin adalah sangat lemah, dipenuhi darah beku, luka berjahit dan sebagainya. Inilah masanya untuk ‘recover’ kembali.

amalan berpantang

Suatu masa dahulu, ada ketika di mana ibu baru bersalin tidak boleh berjumpa atau menerima kedatangan tetamu semasa tempoh dalam berpantang.

Stories Rakan Kongsi
Give your child so much more for his overall growth and development
Give your child so much more for his overall growth and development
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
Why Choose Gerber Baby Food?
Why Choose Gerber Baby Food?
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk

Amalan ini bertujuan untuk membolehkan ibu baharu berehat dengan sepuas-puasnya tanpa gangguan daripada orang luar.

Walau bagaimanapun, kini pada zaman moden, keadaan kian berubah. Terdapat langkah-langkah tertentu yang tidak diamalkan lagi, namun kebanyakan langkah yang utama masih tetap diteruskan.

Cara berpantang mengikut kaum

amalan berpantang

Secara puratanya, tempoh berpantang bagi orang Asia adalah sebulan atau lebih, bergantung kepada amalan setiap kaum.

  • Bagi masyarakat Cina Malaysia, tempoh berpantang adalah selama sebulan dari tarikh selepas bayi lahir.
  • Bagi wanita Melayu pula, tempoh berpantang selalunya berakhir pada hari ke-44 selepas bersalin dan ada juga yang lebih lama daripada tempoh tersebut.
  • Wanita India Malaysia juga menjalani tempoh berpantang selama 30 hari hingga 40 hari.

Walau bagaimana pun, jika seseorang memerlukan lebih penjagaan, contohnya ibu yang menjalani kelahiran pembedahan – maka tempoh berpantang akan dipanjangkan sehingga benar-benar pulih.

Baby Talk Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

Baca Juga: “Tak Reti Duduk Saja” Agak Mustahil Untuk Berpantang Penuh Bagi Wanita Yang Bekerjaya -Vivy Yusof

Baca Juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Berpantang
  • /
  • Amalan Berpantang Di Luar Negara Yang Cukup Unik, Ibu Dilayan Istimewa Seperti Bayi!
Kongsikan:
  • Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

    Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

  • 11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

    11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

  • Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

    Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

  • Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

    Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

  • 11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

    11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

  • Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

    Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham