Hukum Meminta Duit Raya Berdosa & Dilarang Di Sisi Agama

Ibu ayah jangan ajar anak minta duit raya pada orang lain ya kerana hukumnya berdosa dan dilarang kerana tanpa keperluan dan darurat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Ingin diingatkan kepada ibu ayah agar pantau cara dan gerak geri anak. Pastikan mereka tidak meminta-minta duit raya. Tahukan anda hukum meminta duit raya adalah berdosa. 

Hukum Meminta Duit Raya Berdosa

Amalan meminta duit raya yang biar pun kepada individu yang berkemampuan hukumnya berdosa. Jangan anggap ia sebagai perkara remeh. 

Jumhur ulama menyebut bahawa haram hukumnya meminta-minta sedekah tanpa sebarang keperluan yang darurat atau masih mampu. Larangan ini ada dinyatakan berdasarkan hadis Abu Hurairah:

لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ وَلاَ لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ

Maksud: “Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).” (Hadis Riwayat An-Nasaie, no. 2597)

Dalam riwayat lain juga ada disebut oleh Sahl Ibn Hanzaliyyah RA yang menceritakan perbualan Nabi SAW:

(مَن سأَل وعندَه ما يُغنيه فإنَّما يستكثِرُ مِن جمرِ جهنَّمَ ) قال: يا رسولَ اللهِ وما يُغنيه ؟ قال:) (ما يُغدِّيه ويُعشِّيه)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksud: “Barangsiapa yang meminta-minta, padahal dia mempunyai sesuatu cukup untuk dirinya, maka bererti hanya memperbanyak bara api neraka jahannam.” Lalu, para sahabat bertanya: “Bagaimana yang dikatakan cukup baginya?” Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam.” (Riwayat Abu Daud, no. 1629)

Hukum Memberi Duit Raya Harus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, pemberian duit raya kepada keluarga serta jiran tetangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah harus hukumnya.

Ini bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim, serta budaya kunjung mengunjung.

Pemberian duit raya tidaklah dilakukan secara memaksa diri untuk memberi dengan jumlah yang besar. Golongan yang menerimanya perlulah bersyukur dengan kadar yang diterima dan tidak diungkit-ungkit. Sebaliknya bersyukur dan mendoakan kebaikan untuk pemberi.

Sebaiknya diutamakan pemberian kepada golongan fakir, miskin dan mereka yang memerlukan. Ini kerana, asnaf untuk sedekah yang wajib iaitu zakat adalah merupakan asnaf yang sama untuk kita beri keutamaan semasa memberikan sedekah sunat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, tidak kira tua atau muda, amalan meminta sedekah tanpa darurat ini adalah dilarang di sisi agama. Jika ia satu keperluan yang mendesak, maka ia dibolehkan.

Jadi, ibu ayah kena pastikan agar anak-anak tidak melakukan perkara meminta-minta duit raya ketika Syawal menjelma nanti ya. Selamat hari raya!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda

Baca juga: Mencari Tempat Untuk Tukar Duit Raya? Nah, Ini Senarai Lokasi Mesin ATM Untuk Penukaran Wang Raya

Baca juga: Cara Tukar Duit Raya Maybank Di Mesin ATM, Tak Sampai 10 Minit Pun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad