Susah Bila Anak Selalu Nak Berdukung! Ibu Jangan Stres, Ini Sebab & Cara Menghadapinya!

Dukung anak dengan kerap dan kadang-kadang tidak boleh berenggang membuatkan ibu ayah jadi tertekan. Namun ada cara berkesan anda mengatasi masalah ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah menjadi suatu ‘kewajipan’ untuk ibu ayah dukung anak memandangkan usianya yang masih kecil. Masalah yang biasa terjadi adalah bayi sukar berenggang sehingga semua kerja tergendala dan ibu terpaksa mendukung si manja sampai lenguh tangan!

Bayangkan letak sahaja di atas tilam, terus bayi menangis tak berhenti seolah-olah berlaku sesuatu terhadapnya.

Masalah ibu ayah terpaksa dukung anak 

credit to sources

Pastinya ibu-ibu berada dalam dilema sehingga naik buntu melayani karenah si manja. Menurut perkongsian seorang Occupational Therapist, Maryam Jamadi, keadaan ini terjadi kerana beberapa sebab. Antaranya:

#1. Fitrah setiap bayi memang suka didukung

Perkara pertama adalah ibu ayah perlu faham bahawa anak kecil suka didukung kerana mereka rasa seperti dibuai, selesa dalam pelukan dan didodoi sama macam duduk dalam rahim ibu.

Perkara ini turut berkait dengan Pyramid of Learning oleh Williams & Shellenberger. Sebenarnya ada tiga deria rangsang iaitu tactile (derian sentuhan), vestibular (deria keseimbangan/balance) dan propioception (deria sendi/ joint senses).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi memerlukan kesemua deria ini bagi merangsang perkembangan otak. Sebab inilah bayi normal amat suka dibelai (deria sentuhan), suka dipeluk (deria sendi) dan juga didukung (deria keseimbangan).

Justeru, jangan bandingkan anak anda dengan orang lain kerana tugas ibu ayah hanyalah perlu memenuhi semua keperluan deria ini dalam pelbagai bentuk. Contohnya:

Tactile (deria sentuhan)

  • Sapukan losyen pada kulit bayi dan belai keseluruhan badannya.
  • Semasa menghisap susu, ibu boleh mengusap kepalanya
  • Baringkan bayi di atas pakaian belum dilipat
  • Beri si manja genggam jari jemari ibu ayah
  • Usap tangan dan jari bayi
  • Sediakan mainan dengan pelbagai bentuk dan tekstur.

Proprioception (deria sendi/ joint sense)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  • Lakukan urutan selepas mandi. Ia sangat penting dan jangan lupa buat!
  • Pakaikan bedung bayi baru lahir
  • Selalu lakukan tummy time seawal baru lahir
  • Peluk bayi

Vestibular (deria keseimbangan)

  • Letakkan bayi dalam buaian atau bouncer semasa dia sedar.

#2. Berasa resah apabila berpisah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab yang kedua mengapa anda perlu dukung anak dan dia akan menangis apabila letak bawah adalah disebabkan Separation Anxiety, iaitu resah bila berpisah.

Ia adalah sesuatu yang normal dalam proses perkembangan emosi si manja. Apabila ibu ayah hilang dari pandangan, bayi rasa seolah-olah anda hilang buat selamanya.

Ini biasanya terjadi apabila bayi mula mengenali orang di sekeliling iaitu seawal 6 hingga 7 bulan. Waktu sukar mungkin sekitar 10 hingga 18 bulan dan berterusan sehingga mencecah usia 2 tahun.

Jadi, ibu ayah perlu melakukan beberapa teknik bagi memastikan bayi tidak meragam walaupun ditinggalkan terbaring di atas tilam. Antaranya:

  • Ajarkan perkataan bye-bye

Apabila anda hendak kemana-mana, cakap ”bye, ibu pergi toilet/ dapur ni.” Peringkat permulaan sememangnya bayi akan menangis. Jadi anda perlu bijak main cak-cak dengan dia sehinggalah si manja faham konsep ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Selalu bercakap dengan bayi

credit to sources

Walaupun anak kecil masih tidak faham apa yang dikatakan, ibu ayah perlu selalu berinteraksi agar dia terbiasa bahawa anda hilang sebentar bukanlah untuk meninggalkannya.

  • Biarkan anak menangis

Sekiranya si manja minta dukung, namun anda ada banyak kerja perlu dilakukan, biarkan sahaja dia menangis. Jangan pandang langsung dan buat muka senyum relaks. Selepas siap kerja, cakap ”ok dah siap” sambil pandang anak.

Masa ini barulah anda boleh pergi sebelah anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa untuk pergi pada si manja. Lam kelamaan dia akan percaya bahawa ibu ayah tidak mengabaikannya, cuma ada kerja sekejap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya penyebab berdukung adalah rasa bosan, ibu ayah boleh cuba beri dia pegang apa-apa barang baru yang selamat seperti main senduk, tupperware atau bekas-bekas bagi mengalihkan perhatiannya untuk berdukung.

Perkara paling penting dalam kesemua teknik di atas adalah emosi ibu ayah semasa berdepan dengan ragam anak yang ingin selalu berdukung. Anda perlu lebih tenang, muka tidak berkerut dan sentiasa senyum masa letak anak dekat bawah.

Jauhkan segala rasa bersalah kerana bayi boleh mengesan emosi dan reaksi ibu yang berkerut atau kelam-kabut.

Sumber: Maryam Jamadi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-susah-tidur-malam-menurut-islam-2