Kenali Ubat Duphaston Bantu Wanita Hamil Dengan Endometriosis Yang Menjejaskan Kandungan

Siapakah yang boleh mengambil ubat Duphaston ini? Ketahui lanjut berkaitannya dalam artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Duphaston untuk program hamil digunakan secara meluas bagi menangani masalah endometriosis dan kesihatan wanita yang lain kerana ubat ini mengandungi hormon progesteron.

Apa itu ubat duphaston untuk program hamil?

Seperti yang dijelaskan di atas, ubat Duphaston mengandungi hormon progesteron yang juga dikenali sebagai dydrogesteron yang mempunyai ciri-ciri yang agak berlainan. Maka dengan itu, hormon tersebut muncul dalam ubat berjenama Duphaston yang digunakan untuk wanita hamil dengan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kandungan atau wanita yang ada masalah kitaran haid.

Fungsi ubat Duphaston

1. Ubat Duphaston membantu masalah pendarahan haid yang berlebihan dari segi kuantiti dan tempoh kitaran haid.

2. Bantu memastikan kitaran haid kembali normal pada setiap bulan dan pendarahan berada dalam kawalan.

3. Wanita yang mengalami sakit melampau semasa datang haid turut disyorkan makan ubat Duphaston.

4. Wanita yang mengalami endometriosis juga dicadangkan untuk ambil ubat ini iaitu satu keadaan di mana tisu rahim didapati tumbuh di luar rahim sekaligus menyebabkan pendarahan di kawasan tersebut  pada setiap kali datang haid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Berfungsi untuk menguatkan rahim dan mencegah keguguran. Namun perlu mendapatkan kelulusan serta arahan dari doktor terlebih dahulu.

Kesan sampingan yang boleh berlaku

Berikut adalah kesan yang boleh berlaku sekiranya anda mengambil ubat ini: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Loya, muntah dan pening
  • Sakit kepala
  • Berat badan bertambah
  • Payudara sakit dan bengkak
  • Kurang darah
  • Kemurungan
  • Tidak bermaya
  • Kurang selera makan dan sakit sebelah kanan
  • Alergik

Cara pengambilan ubat Daphaston

– Doktor akan terang secara teliti sebelum memberikan ubat ini dan biasanya ia wujud dalam bentuk tablet. Anda juga disarankan untuk tidak ambil secara berlebihan.

– Perlu diambil setiap hari tanpa gagal di atas arahan doktor. Selain itu, doktor yang akan tentukan dos yang perlu diambil supaya bersesuaian dengan keadaan wanita tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Individu yang tidak boleh mengambil Duphaston

Ada segelintir individu atau pesakit yang tidak boleh mengambil ubat ini kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seterusnya menjejaskan fungsi ubat tersebut dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Berikut ini adalah golongan yang dilarang:

  • Pesakit yang mempunyai ‘deep vein thrombosis’.
  • Pesakit yang mempunyai barah payu dara dan serviks
  • Pendarahan yang masih tidak diketahui puncanya.

Walaubagaimanapun sebaiknya anda rujuk dengan doktor terlebih dahulu untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat ini jika bercadang untuk mengambilnya. Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Sumber: 

Baca juga

https://my.theasianparent.comubat-berbahaya-untuk-bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan