Apabila mendapat berita yang anda hamil tentunya teruja tak terhingga bukan? Tapi dalam masa yang sama muncullah rasa gelisah bagaimana nak menjaga kandungan dengan sihat. Apatah lagi apabila anda mempunyai sejarah keguguran. Jikalau anda ke pakar, sudah tentu duphaston adalah jawapan untuk menguatkan rahim.
Tapi tahukah anda bukan saja duphaston mampu mengelakkan anda dari keguguran, mengikut kajian air mani pun mampu memperkuatkan kandungan tau!
Berita baik untuk semua pasangan yang sudah berkahwin, kini adalah masanya untuk anda tingkatkan kekerapan seks oral. Mengikut kajian, pasangan yang selalu melakukan seks oral dan minum air mani dapat kurang risiko untuk keguguran.
Seks oral kurangkan risiko keguguran
Mengikut kajian yang dicetak dalam Journal of Reproductive Immunology melihat kepada dua kumpulan wanita. Kumpulan pertama melibatkan wanita yang mempunyai sejarah keguguran yang mana sekurang-kurangnya tiga kali keguguran dalam 20 minggu pertama.
Kumpulan kedua pula melibatkan wanita yang mempunyai pengalaman mengandung yang cukup istimewa.
Apabila bertanya mengenai tabiat seks oral mereka, pengkaji mendapati 41 daripada 72 orang wanita yang pernah mengalami keguguran pernah melakukan seks oral, tapi bukan ketika mengandung. Manakala 70 daripada 96 wanita menyatakan mereka memang melakukan seks oral.
Walaupun pengkaji tidak mendapat bukti yang sahih mengenai kebenaran air mani mampu menguatkan kandungan. Tapi kaitan yang kuat antara pengamal seks oral ketika mengandung dengan kekurangan risiko mereka untuk keguguran adalah bukti yang agak kukuh setakat ini.
Kemungkinan besar ini kerana kandungan protein dalam sperma lelaki yang mampu menguatkan sistem imunisasi kandungan lantas menghasilkan kelahiran hidup yang tinggi.
Sememangnya kumpulan kajian ini agak kecil namun kebarangkaliannya tetap ada. Dan para pengkaji berharap dan melakukan kajian yang lebih terperinci mengenai fenomena ini.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengkhuatiri kekuatan kandungan anda, seeloknya berjumpa dengan pakar, dan janganlah bergantung semata kepada kesan air mani ini.
Pengambilan duphaston juga mampu mengurangkan risiko keguguran, tapi anda perlulah berdisiplin dalam pengambilannya!
khasiat lain telan air mani
Air mani seorang lelaki mengandungi pelbagai unsur nutrien yang boleh diserap masuk ke dalam aliran darah.
Dan kajian telah membuktikan nutrien ini amat berguna untuk badan wanita!
Tapi, jangan anda pergi minum air mani tersebut pula! Segala nutrien daripada air mani boleh diperoleh apabila ia dilepaskan dalam faraj.
Menurut theAsianparent Filipina, wanita boleh bahagia kerana kandungan zat yang ada dalam air mani. Antaranya ialah:
Zat endorfin, estrone, prolaktin, estrogen, oksitosin, prostaglandin, tirotropin dan serotonin: kandungan zat ini boleh meningkatkan mood anda.
Melatonin: memudahkan anda untuk tidur
Kortisol: meningkatkan perasaan sayang dan mengurangkan tekanan
Dua hormon wanita iaitu hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing: menghilangkan tekanan dan menggalakkan ovulasi
Imunosupresan: zat semulajadi dalam air mani yang menghalang sistem imun badan wanita membunuh sperma
Gula: air mani mengandungi fruktosa untuk memberi makan pada sperma
Air: Kepekatan air mani bergantung pada jumlah air yang ada di dalamnya. Makin pekat air mani, makin banyak nutrisi yang bermanfaat untuk wanita.
Sumber: Health
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga:
Air Mani Dikatakan Miliki Khasiat, Apakah Hukum Jika Isteri Menelan Air Mani Suami?