X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Air Mani Dikatakan Miliki Khasiat, Apakah Hukum Jika Isteri Menelan Air Mani Suami?

4 min bacaan
Air Mani Dikatakan Miliki Khasiat, Apakah Hukum Jika Isteri Menelan Air Mani Suami?Air Mani Dikatakan Miliki Khasiat, Apakah Hukum Jika Isteri Menelan Air Mani Suami?

Kandungan air mani dikatakan mampu memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan isteri. Namun apakah hukum jika anda telan air mani?

Jika bercakap mengenai kandungan air mani tentunya ada di antara anda yang masih kabur dan malu-malu untuk bertanya. Tapi sebenarnya seronok apabila berbual mengenai sesuatu yang unik ini.

Baik suami atau isteri, anda perlu tahu apa yang terkandung di dalam air mani ini. Dan benarkah air mani berkhasiat seperti yang diperkatakan?

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Apakah kandungan dalam air mani lelaki
  • Air mani mungkin menjadi penyebab kepada alahan
  • Apakah rasa & bau air mani, adakah ia sama bagi setiap lelaki?
  • Makanan yang mampu membuatkan air mani lebih wangi
  • Antara kebaikan lain air mani
  • Hukum isteri menelan air mani suaminya

Air mani mengandungi sperma dan cecair. Hanya 1 hingga 5 peratus kandungan sperma dalam air mani. Dan 80 peratus daripadanya pula adalah air.  Ya, tidak semuanya kandungan air mani itu adalah kandungan genetik untuk menghasilkan bayi! 

Apakah kandungan dalam air mani lelaki?

telan air mani

Selain air dan sperma, air mani juga mengandungi asid amino, protein, gula, zink, kalsium, vitamin C dan macam-macam lagi. 

Tapi semuanya boleh dikatakan dalam kuantiti yang sedikit. Sebenarnya anda perlu minum bergelen-gelen air mani jika inginkan kandungan protein yang ideal yang mana amatlah mustahil.

Mengikut kajian Journal of Andrology pada tahun 2013 mendapati kandungan protein dalam air mani adalah sebanyak 5,040 miligram dalam 100 ml. Dan memandangkan setiap pancutan mengandungi 5 ml air mani, ini bermakna kandungan protein hanyalah 252 mg dalam setiap 'hidangan'. 

Jika ia mengandungi nutrien sudah tentu ia mengandungi kalori bukan? Ya, memang benar, tapi itu juga sangat sedikit. 

Air mani mungkin menjadi penyebab kepada alahan

Ya, jangan terkejut. Air mani juga dikatakan boleh mengakibatkan alahan pada wanita. Jika anda pernah mengalami kerengsaan vagina selepas pancutan, ini bermakna anda mengalami alahan. 

Ia bukanlah sesuatu yang serius, rengsaan itu akan hilang dalam beberapa minit. Dan ia adalah disebabkan Human Seminal Plasma hypersensitivity (HSP).

Apakah rasa & bau air mani, adakah ia sama bagi setiap lelaki?

Tiada jawapan spesifik untuk rasa air mani, kerana ia adalah berbeza bagi setiap orang. Bergantung kepada pemakanan masing-masing. 

Ada sesetengah merasakan ia seakan manis, ada juga yang merasa ia pahit dan sedikit masam. Jangan bimbang rasanya boleh diperbetulkan!

Makanan yang mampu membuatkan bau air mani lebih wangi

air mani sedap

  • Saleri:  Ambil kandungan saleri dalam satu batang setiap hari. Enak dibuat jus!
  • Daun parsli:  Boleh diletakkan dalam makanan harian anda, dalam sup pun sedap!
  • Rumput gandum:  Jika anda jenis yang bersenam, jadikan ini suplemen harian.
  • Kulit kayu manis:  Bukan makan begitu saja, boleh didapati dalam bentuk serbuk. Letak sedikit dalam kopi.
  • Buah pala: Makan jeruk buah pala pun boleh. Atau halwa yang anda boleh campurkan dalam pemanis mulut.
  • Nanas: Amalkan setiap pagi, selain membuat air mani rasa sitrus ia juga elok untuk penghadaman.
  • Betik: Juga baik untuk penghadaman tidak rugi untuk makan!
  • Oren:  Tidak kira dalam bentuk jus atau buah. Kedua-dua pun dapat memberi manfaat.

Antara kebaikan lain air mani

Membantu tidur dengan lebih baik

Sperma sebenarnya mengandungi melatonin yang merupakan bahan kimia yang menyebabkan tidur dan rasa yang tenang. Ia sama seperti anda mendapatkannya melalui hubungan seks, sperma akan memasuki aliran darah anda yang sekaligus menjadikan tidur anda lebih baik. Disebabkan itu kebanyakan pasangan akan tidur lena selepas bersama!

Hukum isteri menelan air mani suaminya

hukum isteri menelan air mani

Pada asasnya air mani dianggap suci, namun para ulama mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hukum menelan atau memakannya. Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya, terdapat dua pendapat mengenai hal ini.

Pendapat yang sahih lagi masyhur ialah air mani tidak halal untuk dimakan atau ditelan kerana ia dianggap sebagai suatu yang menjijikkan dan kotor.

Firman Allah S.W.T:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: ''Dan ia mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.''

Manakala pendapat kedua pula- iaitu pendapat yang dhaif dalam mazhab Syafi'i- sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Haramain dan selainnya menyatakan bahawa makan air mani adalah harus kerana ia adalah suci dan tiada kemudaratan padanya. Ini merupakan pendapat al-Syeikh Abu Zaid al-Marwazi.

Stories Rakan Kongsi
Calling all Hot Wheels fans to Sunway Putra Mall this school holidays
Calling all Hot Wheels fans to Sunway Putra Mall this school holidays
The importance of family togetherness and how to create it
The importance of family togetherness and how to create it
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Life skills for children: Teach your kids these important life skills

Kesimpulannya, Maktab al Bakri cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa menelan air mani adalah haram dan tidak dibolehkan kerana ia menjijikkan.

Healthline, Martabah Al Bakri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Suka Isteri Yang Mulakan Seks, Rangsang Titik Sensitif Ini Untuk Lebih Ghairah!

Baca juga: Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

Baca juga: 5 Posisi Seks Untuk Mendapatkan Anak Kembar Dengan Mudah & Terbukti Berkesan 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Air Mani Dikatakan Miliki Khasiat, Apakah Hukum Jika Isteri Menelan Air Mani Suami?
Kongsikan:
  • Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

    Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

  • Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

    Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

    Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

  • Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

    Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.