Bukan Durian Belanda Sahaja Yang Tinggi Khasiat, Daunnya Juga Bagus Untuk Kesihatan Bila Minum Air Rebusannya

Ramai yang tidak tahu bahawa daun durian belanda juga dapat memberi pelbagai manfaat kepada masalah kesihatan tubuh badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah durian belanda mempunyai rasa masam manis yang berlemak dan ramai menjadikannya sebagai minuman. Malah, banyak khasiat yang boleh diperoleh daripada buah ini.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa daun durian belanda juga memberi pelbagai manfaat kepada masalah kesihatan tubuh badan. Di Malaysia, mungkin ramai yang tidak biasa menggunakan daun pokok durian belanda, sebaliknya di beberapa negara lain ia dijadikan sebagai teh daun durian belanda.

Khasiat Durian Belanda

Durian belanda, atau nama saintifiknya Annona muricata adalah sejenis buah yang cukup popular berikutan manfaat kesihatannya. Buah eksotik ini kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan, menjadikannya satu buah yang merumahkan banyak nutrisi. Satu hidangan biasanya (100 gram) buah durian belanda mengandungi:

  • Vitamin C: Ia adalah sumber tinggi vitamin C, yang mana penting untuk menguatkan sistem imun dan kesihatan kulit. Dalam satu hidangan 100 gram buah durian belanda menyediakan kira-kira 20 miligram vitamin C.
  • Serat: Ia adalah sumber terbaik untuk diet serat, membantu sistem pencernaan dan menggalakkan rasa kenyang. Dalam satu hidangan 100 gram mengandungi kira-kira 3 gram serat.
  • Potassium: Ia tinggi potassium, yang mana penting untuk mengekalkan fungsi jantung dan otot yang betul. Ia menawarkan kira-kira 287 miligram potasium untuk setiap 100 gram.
  • Vitamin B: Ia mengandungi variasi Vitamin B termasuklah B1 (thiamine), B2 (riboflavin), dan B3 (niacin) yang mana penting untuk metabolisme tenaga.
  • Antioksidan: Buah ini sarat dengan bahan antioksidan seperti quercetin, acetogenins dan flavonoids, yang mana boleh membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan oksidatif stress dalam badan.

Berikut adalah khasiat durian belanda pada kesihatan:

1. Membantu meningkatkan sistem imun

Durian belanda kaya dengan vitamin C dan sebagainya, ia memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun kita. Vitamin C terkenal dengan kebolehannya untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih, yang mana penting untuk melindungi tubuh daripada jangkitan. Pengambilan durian belanda secara regular dapat membantu mengurangkan risiko penyakit dan jangkitan biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Mencegah kanser

Salah satu manfaat paling menarik adalah kandungannya yang anti-kanser. Beberapa kajian mencadangkan yang kompaun yang ditemui di dalam durian belanda, khususnya acetogenins, boleh jadi mempunyai kebolehan untuk menyekat penularan sel kanser. Sementara banyak kajian yang diperlukan dalam bahagian ini, potensi durian belanda sebagai ejen melawan kanser semula jadi cukup meyakinkan.

3. Kesihatan pencernaan

Kandungan serat di dalam durian belanda boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan sistem pencernaan. Serta menggalakkan pergerakan lancar usus, mencegah sembelit, dan menyokong keseimbangan mikrobiom perut. Tambah lagi, secara tradisionalnya ia digunakan di dalam sesetengah budaya untuk melegakan ketidakselesaan perut dan mengurangkan masalah radang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Kesihatan jantung

Kandungan potassium di dalam durian belanda boleh menyumbang kepada mengurangkan tahap tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pengambilan potasium dengan mencukupi dikaitkan dengan kesihatan kardiovaskular yang lebih baik, kerana ia membantu menyeimbangkan tekanan darah, dan menyokong fungsi jantung.

5. Baik untuk kulit

Bahan antioksidan yang ada di dalam buah ini boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan selaran UV. Sesetengah produk penjagaan kulit juga menggunakan ekstrak durian belanda untuk membantu mengurangkan tanda penuaan dan meggalakkan kulit lebih sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Pelega kesakitan

Dalam beberapa remedi tradisional, daun dan buah durian belanda digunakan untuk mengurangkan kesakitan termasuklah sakit sendi dan otot. Sementara bukti saintifik agak terhad, tetapi laporan yang anekdot mengesyorkan yang durian ini boleh jadi mengandungi sedikit bahan analgesik.

7. Menguruskan berat tubuh

Serat dalam durian belanda boleh membantu dengan menguruskan berat badan dengan mempromosikan rasa kekenyangan dan mengurangkan rasa untuk mengambil makanan tinggi kalori. Memasukkan durian belanda di dalam diet seimbang dapat bermanfaat buat mereka yang inginkan turun berat badan.

Peringatan dan yang perlu dipertimbangkan

Walaupun durian belanda menyediakan banyak manfaat kesihatan, tapi adalah penting untuk kita mengambilnya dalam jumlah yang sederhana. Sesetengah bahagian tanaman buah ini seperti benih dan daunnya mengandungi kompaun yang boleh jadi toksik di dalam amaun yang berlebihan. Tambah lagi, individy yang mempunyai masalah buah pinggang patut mengawal pengambilan potasium ketika mengambil buah ini.

Manfaat Daunnya Dan Cara Mengambilnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut kami kongsikan beberapa kebaikan daun durian belanda untuk kesihatan dan cara memanfaatkan daunnya. Bolehlah anda mencuba selepas ini!

1. Mencegah Kanser

Caranya, ambil 10 helai daun yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan tiga gelas air dan biarkan sehingga mendidih dan surut hingga menjadi segelas air sahaja. Bagi mendapatkan khasiat yang optimum, minum dua kali sehari.

2. Mengurangkan Sakit Pinggang

Bagi mengurangkan masalah sakit pinggang, anda hanya perlu mengambil 20 helai daun buah berlemak ini. Selepas itu, rebus dengan sukatan lima gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi tiga gelas sahaja. Kemudian, minumlah 3/4 gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daun buah ini juga boleh membuat sistem imunisasi badan manusia. Kaedahnya, ambil lima helai daun durian belanda, lalu direbus dengan sukatan empat gelas air. Seusai itu, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas dan minumlah sehari sekali.

4. Mengatasi Diabetes

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun buah ini sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khasiat daun ini boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaik-baiknya minum air rebusan daun buah ini untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun buah ini yang tua kemudian rebus dengan tiga gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat Atau Saraf

Khasiat daun buah yang enak ini dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Mudah sahaja, rebus 10 helai daunnya yang sudah tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Selepas itu, cuci bersih dan rebus dengan sukatan dua gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Tak Suka Bau Daun Ketumbar? Ini 5 Kebaikan Daun Ketumbar Yang Ramai Tak Tahu!

Baca juga : Petua Daun Sireh Ini Boleh Melegakan Hidung Tersumbat & Batuk Anak Anda

Baca juga : Penawar Demam Denggi Dari Daun Betik Berhasil Tingkat Platelet Darah,Tapi Harus Hati-Hati Jika Hamil

Penulis

Nursyamimi