"Kacau, Kacau!", Comelnya Anak Eina Azman Ajar Netizen Cara Buat Chocolate Cupcake!

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk isi masa lapang anak. Datin Eina Azman kongsi video anak kembar mengajar netizen cara buat cupcake coklat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mengisi masa lapang bersama anak masing-masing. Begitu juga selebriti Datin Eina Azman yang ada caranya sendiri mengisi masa lapang anak kembarnya, Aubrey dan Karl!

Dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Datin Eina Azman berkongsi dua anaknya mengajar netizen cara buat cupcake coklat!

Apa yang lebih menarik perhatian netizen, bukannya resepi itu, tetapi keletah comel dua anak kecil itu yang berulang kali menyebut “kacau, kacau” setiap kali mahu mengacau adunan kek itu. Comel sangat!

Resepi chocolate cupcake dari anak Eina Azman!

Memang ada banyak resepi cupcake coklat kan? tapi ini resepi dari dari Aubrey dan Karl untuk anda!

https://www.instagram.com/p/CCQzpYLDn5G/?igshid=17ll27dvjiq7w

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 penutup esen vanila
  • Cip coklat (untuk hiasan)
  • Colourful sprinkle (untuk hiasan)

Cara-cara membuatnya : 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang.Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  2. Masukkan serbuk koko, tepung gandum.Kacaulah sehingga benar-benar sebati
  3. Setelah sebati, masukkan minyak masak
  4. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati. Akhir sekali masukkan esen vanila, soda bikarbonat dan baking powder
  5. Masukkan ke dalam cup 
  6. Hiaskan dengan cip coklat dan colourful sprinkle
  7. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius dalam 23 minit (ikut kesesuaian oven, boleh periksa sama ada sudah masak atau belum, jika belum boleh tambah masa)

Sering ajar anak cuba resepi

 

Eina Azman dilihat sering melayan anaknya untuk mencuba resepi. Melalui laman instagramnya, ada beberapa perkongsian anaknya mencuba resepi lain dan kebanyakannya adalah berunsurkan dessert.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini, beliau pernah berkongsi anaknya melakukan perkongsian video mengenai cara-cara membuat corndog, crispy chocolate rice dan biskut coklat!

Manfaat aktiviti memasak bersama anak

kredit photo: libur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa yang bekerjaya, kehidupan harian kita memang dipenuhi dengan urusan pekerjaan. Malah mungkin lebih banyak masa dihabiskan di pejabat berbanding di rumah.

Hujung minggu sahajalah masa yang ada untuk diluangkan bersama anak. Malas mahu beraktiviti di luar? Usah bimbang, banyak perkara yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah yang menyeronokkan malah memberi pendidikan!

Salah satu contoh aktiviti adalah memasak. Anda boleh mulakan dengan resipi yang menggunakan bahan-bahan yang mudah dan ringkas. Contohnya memasak kek batik atau cucur pisang. Dijamin anak-anak mesti suka. 

#1. Mengajar kemahiran matematik

Jangan ingat belajar matematik hanya dengan membuat latihan di buku saja. Asas kemahiran matematik boleh diterap dalam pelbagai cara terutamanya dalam aktiviti masakan.

Cuba terapkan di fikiran kita yang matematik boleh wujud dalam setiap aspek kehidupan seharian kita. Contohnya melihat jam, mengira sukatan bahan, memotong (tebal atau nipis) dan pelbagai lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2.  Strategi pemakanan yang betul

Rakyat Malaysia adalah negara yang tertinggi menghadapi obesiti di Asia Tenggara. Jadi, melalui aktiviti masakan, anda boleh menerangkan tentang perkara-perkara asas seperti khasiat bagi setiap hidangan sekaligus mendidik anak-anak tentang hidangan yang sihat dan berkhasiat.

#3. Pendidikan yang menyeluruh

Kredit foto: Orami Parenting

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Falsafah dalam memasak samalah juga dengan usaha untuk berjaya. Mesti ada persediaan dari awal sampai akhir. Maksudnya, anak-anak akan tahu bahawa setiap hasil yang baik adalah kejayaan satu proses yang dijalankan dengan teliti.

Mereka perlu tahu apa yang akan dicapai, bahan-bahan yang diperlukan, kaedah pelaksanaan yang betul dan peralatan yang diperlukan. Sebab itu anak anda akan memahami konsep ‘proses’ dan ‘penghasilan’ dengan aktiviti memasak.

#4. Memasak adalah satu kemahiran

Satu perkara tentang memasak adalah ia boleh dijayakan sebagai kerjaya suatu hari nanti. Kemahiran memasak tidak boleh dinilai melalui sijil dan pengiktirafan semata-mata sebaliknya melalui deria rasa orang yang memakannya.

Seorang tukang masak kecil ini membawa kemahiran yang boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Asal saja mereka mempunyai minat yang mendalam dan anda menyediakan platform yang betul sedari awal.

Jadi lepas ini, jika anak mahu tolong di dapur, jangan anggap mereka menyibuk ya ibu! Ia adalah salah satu proses pembelajaran juga!

Sumber : Eina Azman, awal.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Jom ajar anak memasak dengan anda mengikut 5 panduan umur ini!

Penulis

Lala Annuar