Enam Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah, JB.

Enam pesakit telah terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video dari The Star TV

JOHOR BARU: Enam pesakit terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini.

Ratusan pesakit lain, juga telah dipindahkan ke wad lain selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9 pagi, Selasa.

Tujuh orang telah terperangkap dalam bangunan itu dan enam orang daripada mereka telah meninggal dunia dalam “tweet” rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Hanya seorang telah berjaya diselamatkan. Mangsa terdiri daripada empat orang perempuan dan dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Johor Baru (South), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata kesemua mangsa berumur 50-an.

“Kami percaya bahawa semua mangsa meninggal dunia akibat lemas disebabkan oleh asap tebal dalam wad,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asisten Komisioner Sulaiman berkata bahawa, terdapat 193 kakitangan dan 294 pesakit di hospital itu pada masa kejadian.

Beliau berkata terdapat lapan kakitangan dan tujuh pesakit di ICU apabila kebakaran berlaku.

Seorang yang diselamatkan mengalami 80% terbakar pada tubuhnya.

Difahamkan bahawa pesakit dalam wad bersalin, termasuk beberapa yang baru sahaja melahirkan anak, dipindahkan dengan selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Othman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8:56.

“10 jentera bomba dengan 160 anggota dari balai bomba Johor Baru, Tebrau, Kulai, dan Johor Jaya dikerahkan ke tempat kejadian.

“Api tersebut telah menjejaskan dua tingkat bangunan HSA utama tetapi kami berjaya menghentikannya daripada merebak ke tingkat lain,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rencana, gambar dan video dipetik dari The Star 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh