Jangan Tangisi Jika Ada Endometriosis, Anda Juga Berpeluang Hamil Dengan 3 Cara Ini

Walaupun sangat sukar hamil, namun wanita dengan endometriosis masih berpeluang untuk mengandung.

Ramai yang tertanya-tanya bolehkah endometriosis dan kehamilan terjadi? Sebab, penyakit ini biasanya mempengaruhi kesuburan wanita hingga menyukarkan pesakit untuk berbadan dua. 

Tapi sebelum kita berbincang lebih lanjut tentang endometriosis dan kehamilan, apakah yang dimaksudkan dengan endometriosis

Endometriosis adalah gangguan yang menyebabkan pertumbuhan yang dipanggil endometrium. Ia tumbuh sama ada dalam atau di luar rahim. Namun, yang paling sering terjadi adalah pada sel telur, falopian tiub dan jaringan yang melepasi panggul. 

Endometrium akan menebal, rosak dan berdarah pada setiap kali menstruasi. Oleh sebab tiada cara untuk mengeluarkannya maka ia terperangkap. 

Oleh sebab itu juga, ia menyebabkan rasa sakit yang teruk semasa menstruasi atau datang bulan. Malah, turut mempengaruhi kesuburan hingga memberi kesukaran untuk mengandung.

Keadaan Endometriosis Dan Kehamilan 

Kredit: Ultrasound Care

Ada beberapa punca yang dikaitkan dengan endometriosis yang boleh mempengaruhi ovarium dan saluran tiub folopian. Ini kerana, sel telur perlu melakukan perjalanan dari ovarium melalui saluran tiub folopian sehingga terjadinya persenyawaan. 

Jika seseorang wanita mengalami endometriosis di saluran tiub folopian, maka jaringan tidak dapat menuju ke arah rahim dengan sempurna. Bahkan ia boleh merosakkan sel telur dan sperma. 

Dalam beberapa kes yang berlaku, doktor akan rekomen untuk melakukan pembedahan supaya endometriosis dibuang bagi meningkatkan peluang untuk hamil.

Namun begitu, ada tiga cara yang membolehkan endometriosis dan kehamilan terjadi, seperti berikut:

Endometriosis dan kehamilan – 3 cara wanita dengan endometriosis boleh hamil 

#1. Pembekuan sel telur 

Seperti yang kita tahu, endometriosis boleh mempengaruhi sel telur. Maka dengan itu, doktor akan sarankan wanita menyimpan sel telur supaya kehamilan boleh berlaku. 

Namun, pilihan ini memerlukan pembiayaan yang sangat mahal, tapi ia boleh diambil dengan bayaran melalui insurans. 

#2. Superovulation & intauriterine insemination (SO-IU) 

Ini merupakan pilihan bagi wanita yang mempunyai saluran folopian tiub normal dan tidak terganggu dengan endometriosis. Bahkan sperma lelaki juga berkualiti baik. 

Doktor biasanya akan memberi ubat kesuburan seperti Clomiphene bagi membantu menghasilkan dua hingga tiga sel telur matang. 

Doktor juga akan memberi suntikan progestin pada wanita berkenaan. 

Kemudian, doktor akan melihat menerusi ultrasound bagi memastikan telur mana yang paling bagus. Ketika sudah menemuinya, doktor akan masukkan bersama sperma yang telah dikumpulkan dari pasangan anda. 

#3. In vitro fertilization (IVF)

Rawatan IVF membabitkan pengambilan sel telur dan sperma dari pasangan. Kemudian kedua-duanya akan melalui proses persenyawaan di luar tubuh dan kemudian dimasukkan ke dalam rahim. 

Keberhasilan IVF bagi wanita yang memiliki endometriosis adalah 50% dan rata-ratanya berjaya hamil dengan rawatan ini. 

Cara meningkatkan pn ubat kesuburan bagi meningkatkan hormon kehamilan dalam tubuh anda

  • Wanita disarankan menjaga berat badan dengan baik dan teratur.
  • Mengambil makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak dan bijirin.
  • Melakukan senaman ringan seperti berjalan di taman, skuad, yoga dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, peningkatan kesuburan untuk hamil dikaitkan dengan usia yang lebih muda kerana wanita yang lebih berusia berisiko untuk keguguran dan timbulnya masalah lain. 

Semoga artikel ini memberi semangat untuk anda supaya tetap yakin  yang suatu hari nanti, anda juga bakal bergelar seorang ibu. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil